Kawan atau Beban ?
Assalammualaikum, saya bukan pelajar UIA tetapi pelajar dari IPT dari Sabah. Aku ceritakan kisah ini bukan sebagai luahan tetapi untuk para pembaca mengambil pengajaran daripadanya.
Aku ada seorang kawan dari sekolah. Aku gelarkan dia si HH Agak lama kami berkawan tetapi setelah menjejakkan kaki ke IPT, hubungan kami semakin rapat. Mengambil kos yang lebih kurang sama denganku. Selama setahun kami berdua sentiasa bersama namun hatiku tidak pernah jaga senang. Kenapa? Ke kelas harus menunggunya, berada dalam satu kumpulan ‘assignment’ dengannya. Sehari bersamanya, tidak pernah tidakku dengar segala keluhan dari bibir dia. Ada masa aku tidak tahan, aku akan tegur dalam nada bergurau. Tidak aku nafikan dia memang pelajar pandai dan aku gelarnya ‘budak dekan’. Kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah, semuanya siap dan sempurna.
Kenapa aku rasa dia adalah satu beban?
Semasa pra-pendaftaran subjek untuk semester hadapannya, HH menyusun jadualku agar sama dengan jadualnya. Ketika itu aku senang kerana menyusun jadual bukan kepakaranku. Mungkin silap aku disitu. Semester baru, aku mulakan dengan azam yang baru tetapi ujian yang datang juga suatu yang baru iaitu berkaitan dengan kawanku itu. Oleh kerana sikap malunya yang tidak bertempat, kumpulan untuk tugasan aku carikan, hampir semua subjek aku bantu dia (bukan sukarela). Bagi memudahkan segalanya, aku masukkan sahaja dia dalam kumpulanku. Hampir setiap hari, telingaku diberi santapan yang menyakitkan tidak kira pagi atau petang. Hanya hujung minggu aku peroleh ketenangan kerana hujung minggunya akan ke luar bersama rakan-rakannya untuk ‘senangkan’ hati.
Suatu hari, entah kenapa baru buah kelapa menghentak kepalaku membuat mataku terbuka luas, melihat segala sikapnya seolah-olah mempergunakan aku. Kerja yang perlukan kerjasama dia endahkan kerana aku ada menerangkan tugas-tugasnya. Itulah yang HH setkan dalam mentaliti. Sepanjang perbincangan kumpulan, dia bersama gajetnya. Jika aku bertanyakan cadangan, HH tidak peduli dan terus leka dengan benda sosial. Hanya kerana ingin menjaga perspektif dari rakan-rakan lain, aku biarkan walau hati bagai direbus dalam minyan yang panas. Kerana atas nama kawan, aku diamkan perangainya yang betul-betul menyusahkan aku.
Aku luahkan kegeraman hati ini dengan kakak angkat dan bapa. Kedua-duanya mengatakan perkara yang sama. Sabar dan terus sabar. Inilah yang dinamakan ujian. Selama ini aku mengikut gerakan Islam untuk menyebarkan dakwah di luar sana padahal kawan yang sentiasa berada disebelahku, aku biarkan. Bila aku sibuk mencari tarbiyah hingga hendak ke kampung, sedangkan dari sekeliling aku boleh peroleh tarbiyah itu. Saat aku dikelilingi sahabat yang sentiasa mengingatkan aku akan Tuhan, padahal dia dikelilingi kawan yang sentiasa ajaknya berhibur untuk tenangkan hati. Aku telah diberi dua pilihan. Meninggalkan dia dan biarkan dia terus begitu kerana aku rasa dia sebagai bebanan atau terus bersama dan sentiasa ada disisinya saat dia memerlukan orang macam aku.
Kalau kamu pilih yang mana?
– Maaf sekiranya ada kesalahan tatabahasa
– Sang Lilin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit