Kawan atau Lawan?

Baru-baru ini, memang sangat trending mengenai kes kematian yang melibatkan seorang artis cantik dari Thailand. Boleh dikatakan dari Thailand, Malaysia sampai Indonesia masing-masing tengah top dengan kes ni.

Mana taknya, daripada kenyataan yang dikatakan beliau lemas tapi sebenarnya ada unsur pembunuhan disitu oleh kawan beliau sendiri.

Seriau kan dengar. Sedih dan sangat menyayat hati. Semoga kematian beliau mendapat keadilan..

Jadi, daripada kisah beliau ni dapat aku kaitkan yang kita sebenarnya tak boleh terlalu percaya pada kawan-kawan kita sendiri sebab kadang kawan tu jugalah yang jadi lawan kita. Kalau nak juga berkawan, kawan berpada-pada cukup.

Sebenarnya, kisah ni membuatkan aku terpanggil untuk menulis kisah aku mengenai kawan.

Aku sendiri sampai sekarang ada masalah “trust issue” dengan orang termasuklah kawan-kawan dan orang yang dulunya aku sangat rapat dan anggap mereka ni tiada niat jahat.

So aku ringkaskan disini kenapa aku jadi macam sekarang ni dan punca aku jadi begini. Semua berkait rapat sejak aku darjah 3.

Aku pernah kena tuduh dengan cikgu masa dalam dewan peperiksaan atas tuduhan aku nak meniru sebab cikgu dapat nota atas meja aku.

Tapi sebenarnya ada kawan sebelah yang kirim nota tu masa aku buat tengah jawab peperiksaan. Itulah kali pertama aku kena dengan kawan aku.

Sepanjang hidup aku dari darjah 3 sampailah sekarang, terlalu banyak yang berlaku pada diri aku.

Aku pernah hampir kena tampar dengan cikgu sebab mulut dan tuduhan kawan sekelas aku, aku pernah dipulau oleh kawan-kawan sekelas sebab aku pelajar cemerlang dan majoriti menjadi pelajar kesayangan guru-guru.

Aku pernah kena ugut bunuh oleh kawan baik sendiri sebab terlalu bijak, pernah diburukkan oleh kawan yang cemburu dengan aku dari segi akademik dan paras rupa.

Aku juga pernah bergaduh dengan kawan-kawan yang dulunya baik dengan aku. Semua berpunca dari mulut mereka.

Pernah dikhianati oleh kawan baik sendiri, kawan rapat dan juga hampir nak kena perangkap dengan kawan rapat masa zaman belajar dulu.

Ada benarnya apa yang adik aku cakap, orang macam aku memang tak boleh ada kawan baik.

Hanya kawan biasa saja. Aku kadang seronok tengok orang lain boleh ada kawan baik dan kekal saja hubungan mereka tu. Tapi perkara tu tidak berlaku pada aku.

Sampai sekarang, aku memang bawa haluan sendiri saja. Cuma aku hanya akan kawan biasa saja dengan semua orang.

Setiap kali aku berkawan dengan orang dan mulai rapat, mesti lepas tu hubungan aku dengan kawan tu akan mulai renggang dan pasti akan ada isu tak puas hati dan cemburu dengan aku.

Ini apa yang mereka ada luahkan dekat aku dan ada juga yang menyepi mcm tu saja.

Mungkin aku nampak paranoid, tapi sebab banyak yang jadi pada aku dulu yang buat aku susah nak percaya orang dan buat aku jadi begini. Segelintir mungkin akan percaya tapi sebahagian besar yang lain tidak.

Kadang, kawan ni mula-mula saja mereka baik dengan kita tapi bila sekali dah mula rapat,

Mula tahu banyak perkara tentang kita macam kelebihan kita dan sebagainya yang mereka tiada, masa itulah muncul rasa tak puas hati dan berniat tak baik pada kita.

Sebab apa, sebab mereka cemburu dan tak mampu nak jadi sebiji macam kita.

Setiap kita mempunyai personaliti dan keunikan masing-masing tapi kalau asyik nak tengok kelebihan orang lain dan tidak redha dengan diri sendiri, memang akan ada masalah hati.

Jadi sekarang, makin dewasa memang makin kecil “circle friends” aku. Aku memang dah decide untuk tiada kawan baik. Sahabat aku hanyalah suami aku dan adik-adik aku saja. Cinta hati aku hanya suami tercinta.

Jiwa raga aku hanya ibu bapa aku, family aku, ibu bapa mertua aku. Dan kawan rapat aku hanya dalam 3 orang macam tu..

Itu pun kira kawan yang masih ada keep in touch dengan aku, tapi tak terlalu rapat. Cuma antara banyak-banyak kawan, mereka ni yang better sikit.

Memang betul bukan semua orang senasib dengan aku sebab ada orang memang ada sahabat sampai mereka tua. Itu hak dan rezeki masing-masing.

Pada pendapat aku la, kalau setakat cemburu sikit-sikit dengan kawan tu lumrah hidup sebab setiap manusia ada hasad dalam diri cuma macam mana cara kita kawal hasad tu.

Ada yang melayan hasad tu sampai jadi teruk dan toksik pada diri sendiri dan orang lain. Maksud aku cemburu yang melampau lampau sampai memudaratkan orang yang mereka cemburukan tu, tu yang tak sepatutnya.

That’s why aku sekarang pilih untuk banyak bersendiri dari kawan-kawan sebab dah serik dengan apa yang jadi. Terlalu pahit untuk dikenang.

Apa yang aku cerita ni hanya melibatkan aku dengan kawan perempuan saja, tapi tidak jadi pada kawan-kawan lelaki sebab aku sendiri tak pernah ada isu macam ni dengan kawan lelaki.

Kesimpulannya, buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.

-Kisah benar dari seorang yang bernama Najjah-

– Najjah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *