Hi semua, nama aku Nursha. Kat sini aku bukan nak cerita pasal aku. Tapi aku nak cerita pasal kawan baik aku. Yang aku namakan sebagai Burger dan Tayar.
Kami rapat di tahun 2020. Aku dan Burger sudah berkahwin dan mempunyai 1 orang anak di tahun 2023, manakala Tayar masih single. Kami berumur di penghujung 20an.
Kami sama macam orang lain, keluar lepak have fun…. Tayar ada bekas kekasih dan kekasihnya bukan tidak sama agama dengan kami. Mereka sudah berkawan hampir 5 tahun dan tanpa restu family, sebab apa? Sebab mereka berlainan agama.
Apa yang aku nampak dalam hubungan mereka? Tayar sahaja yang beria nak kan bekas kekasihnya macam macam yang dia lakukan termasuk lah terlanjuran bersama…
Burger dan aku kami dah puas nasihat, puas pujuk puas memberi pendapat. Tapi Tayar hanyut dibuai kemanjaan.
Fast forward, tiba tiba dalam kegoyangan Tayar dan bekas pasanganya. Slow slow Tayar pun moveon dan bukak hati untuk pasangan baru yang aku namakan si Arnab.
Tapi apa yang membuatkan Burger terlampau marah dengan Tayar? Si Arnab ini juga bukan agama yang sama malah dikirakan warga asing….
Hubungan kami tetap sama, sehingga kami bersalin pada tahun 2023. Si Tayar kena marah dengan suami Burger sebab mengganggu bininya baru lepas bersalin.
Ikut kan cerita ya mungkin si Burger baru lepas melahirkan jadi mahukan masa untuk berehat. Tapi Tayar hanya bertanya khabar waktu tu. Aku? Aku hanya jadi orang tengah mendengar cerita dua pihak…
Fast forward, Tayar makin hanyut dengan percintaan si Arnab… Dan makin berjauhan dengan si Burger.. Melihat kawan nya lebih jauh dan tidak sering bertanya khabar si Burger dan sering menggunakan alasan bermalam dengan si Burger padahal bersama pakwenya Arnab..
Si Burger buat pengakuan terus ke keluarga si Tayar tentang percintaan Tayar dan si Arnab….
Dari siapa Arnab, apa kelakuan dan apa penipuan selama si Tayar hidup kepada mak dan ayahnya terus…..
Boleh bayangkan pergaduhan besar antara Tayar dan family? Pertingkahan, hancur nya mak dan ayah nya? Bila dapat tahu dari orang luar? Ya sangat…..
Sebab itu kalau cerita jahat, semua jahat tapi bila sudah kantoi kejahatan itu bukan jahat.. Itu kita dah sangat buruk dimata masyarakat..
Tapi nasi dah jadi bubur, sekarang sebab kan hal ini. Tayar dan Burger dah tak rapat dan langsu. Apa yang aku dengar… Bagi Tayar dia seolah ditikam oleh kawan baiknya.
Bagi Burger dia menceritakan sebab dia pun ada anak perempuan untuk mengelakan dia rasa lebih bersalah dengan diri dia. Bagi aku? Aku tidak boleh percaya sesiapa pun orang luar kecuali diri aku sendiri…..
Dan bagi anda? Saja aku share, sebab sejak kejadian tu jadi dua perkara dalam hidup aku berubah. Takut mengenal dan bercerita. Kedua aku sunyi, hilang susuk kawan untuk bercerita dan berjalan…
Kepada Burger dan Tayar. Andai kamu baca luahan ini… Aku tidak berharap apa apa. Aku tidak berpihak dan menyalahkan sesiapa..
Aku cuma rindu kita yang dulu, keluar lepak makan jalan walaupun kita jarang bersama. Moga anda berdua dilindungi dan sentiasa baik baik selalu <3
Apa yang korang buat kalau korang di posisi Tayar dan Burger?
– NurSha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit