Kawan Baik Yang Menjadi Business Partner Mengecewakan

Aku dah start business sendiri secara full time sejak 2016. Masa itu buat dekat rumah. Actually memang dah buat juga secara freelance sejak berlesen dari tahun 2011. Tapi masa tu masih bekerja dengan syarikat lain.

Bila berhenti kerja pada pertengahan 2016 tu, aku pun start fokus pada business tu. Akhir tahun 2016 cuba sewa office dan hire seorang staff. Modal memang 100% sendiri lah. Tak ada loan mana-mana mahupun pinjam family atau kawan-kawan.

Aku ada seorang kawan… Bidang business yang sama tapi fokus yang berbeza. Contoh macam kedai makanlah… Aku fokus makanan dia fokus minuman. Target market kami sama.

Jadi kalau ade orang datang makan, nak beli air juga kan… Sama juga dengan dia, bila ada orang beli air, mungkin nak beli makanan sekali. Ni contoh ya. Business kami bukanlah business food & beverage ni.

Dijadikan cerita, business aku makin berkembang. Dan semakin ramai client datang minta servis yang aku tak boleh sediakan tu, tetapi member aku ni boleh sediakan.

Dia pun macam aku juga.. Kerja dengan orang. Tapi akhirnya berhenti. Bila dia berhenti, aku kenen2 lah dia ajak join venture. Tapi dia tak nak. Nak offer dia kerja under aku… Demand gaji dia terlalu keras… Belas2 ribu. Aku sendiri pun yang run business sendiri ni… Berdeket2… Berani ambil gaji takat 3-4k je. Lagikan nak hire dia kan. Aku diamkan lah.

Dia buat grab. Sebab kitorang ni kawan baik.. Jadi aku nampaklah turun naik kewangan dia. Dia pun selalu pinjam duit dengan aku. Actually sejak dari belajar dulu dia memang banyak kali pinjam duit dari aku. Aku tak kisah sebab dia tak ade masalah bayar balik. Tak pernah hilang dari radar. Dia pinjam pun amaun yang aku boleh dengar lah… Setakat seribu dua… Aku boleh lah.

Aku bukan orang have2 atau dari keluarga orang ada2. Sebab tu aku peka dengan pola kewangan aku. Aku perlu banyak mana, aku akan kerja lebih sikit. Kalau dah cukup2… Relex sikit. Bila ada kawan2 minta tolong.. Ok.. Aku usaha lebih sikit untuk tolong kawan.

Bila lama-lama aku tengok dia pun tak boleh bertahan bawa grab. Macam2 kerenah passenger dia cerita dekat aku yang sampai buat dia kene tanggung rugi. Akhirnya dia berhenti grab dan kembali kerja dengan orang. Tapi akhirnya kerja sendiri juga. Business dari rumah macam yang aku pernah buat awal-awal dulu tu.

Dari 2019 aku mula lamar dia kembali, berkali-kali selama bertahun-tahun untuk business sama-sama. Tapi syarikat lain-lain. Maksudnya, aku business aku… Akaun aku.. Management aku.. Dia pulak, business dia, akaun dia dan management semua dia. Cuma aku ajak 1 bumbung. Dia tak confident.

Lama-lama business aku bertambah baik dan ada rezeki lebih sikit, staff pun dah cecah 5 org berbanding sebelum ni 2-3 org je. Dari 1 tingkat, sekarang pejabat aku dah 2 tingkat.

Aku tak berhenti dengan tawaran aku pada dia. Kali ni aku cakap dengan dia, kalau dia risau modal starting, aku tolong cover dulu. Nanti business dah ada… Rolling lah dengan keuntungan perniagaan dia. Mungkin dia mula consider bila tengok aku dah 5 tahun masa tu… steady je buat business ni kan. Padahal aku style koboi je.

Sebab aku bukan aim nak kaya. Aku cuma nak jalani kehidupan dengan baik je. Ada kerja… Ada pendapatan dan dalam masa yang sama pun boleh bagi orang lain kerja. So aku seikhlas hati nak tolong dia yang masih tak ada official office. Masih run business mobile dari rumah.

Tahun 2021, aku pun bagi tahu dia sekarang aku boleh rezab dalam beberapa belas ribu untuk starting modal business dia.

Tapi tu business dia, dia yang handle, dia yang manage. Aku tolong modal je. Setakat nak tolong attend client pun no prob.. Aku boleh tolong… Free2 pun tak apa. Sebab target aku, ade walk-in client ke office aku dan tak mensia-siakan client yang ambil servis aku dan dalam masa yang sama juga nak servis yang dia ada.

Dia risau.. Takut tak ada client. Aku yakinkan dia… Bila kita buka niaga ni, ada office, insyaAllah ada pelanggan. Aku dah 5 tahun… Selalu juga ada rasa nak berhenti bila rasa penat, tapi masih tak boleh tutup sebab client non-stop ada.

Dijadikan cerita, akhirnya dia setuju. Mulalah kami serius setup office space untuk dia. Aku modalkan dulu. Dia bayar lah balik nanti-nanti dari keuntungan business dia. Dia insist nak aku ambil percent dari setiap client dia yang walk-in atau rekemen dr aku.

Aku pulak tak nak pikirkan keuntungan dulu. Komisyen ke percent ke nanti-nanti lah dulu. Start business dulu lah kan. Business jalan.. Untung ada… Baru boleh bincang bab bahagi untung ni.

Sebenarnya aku agak terkejut dengan karektar dia yang agak berubah bila kami mula bincang business dengan cara yang serius. Pada aku, santai2 sudahlah. Kita kawan lama kot. Susah senang sama-sama sebelum ni. Tiba-tiba dia jadi sangat protokol bila bincang business ni. Siap nak panggil aku Puan dan dia warning aku mesti panggil dia Puan juga.

Start dari tu mcm jadi awkward sikit lah. Tapi sebab benda ni dah mula, takkan aku nak u-turn pulak. Aku pun mengalahlah dan ikut cara dia. Sebab dia tu pangkat kakak dengan aku. Jd aku respectlah seniority dia tu. Aku pun start keluarkan modal renovate office untuk dia seperti yang aku janjikan.

Sejak aku mula ada office sendiri, inilah sebenarnya kali pertama aku renovate office. Sebelum ni, offfice untuk aku.. Aku guna jelah yang sedia ada. Tak de renovate ikut citarasa sendiri. Sebab aku sgt particular dengan cost. Macam aku cakap aku bukan orang have2 yang ade duit simpanan.

Tapi permintaan dia… Nak ada office yang tak nampak mcm dia share office dengan aku. Lepas tu nak office kelihatan besar lah. Mcm2 lah. Jadi aku cuba lah renovate ikut budget yang aku dah bagitahu dia, yang aku mampu, yang aku ada. Sebab aku tak mahu pinjam duit orang lain. Biar guna duit aku je.

Akhirnya siaplah renovate dalam tempoh sebulan tu. Dia tak dtg pun semasa proses renovation. Busy lah dengan urusan dia kot kan. Business dia officially start pada 1/1/2022, seorang staff dia masuk bersama seorang practical student. Selepas beberapa hari, dia pun datang.

Malangnya berlaku sesuatu yang agak mengecewakan aku. Dia datang2 je dia kata dia tak puas hati dengan office yang aku dah siapkan tu. Siap cakap “kenapa tak ada seorang pun yang bagi tahu saya sebelah sini tak ada pintu?”

Aku macam terkesima sebab itu laluan am. Staff aku pun akan guna laluan tu untuk ke hall. Dan tiada keperluan untuk pasang pintu pun di situ, lebih-lebih lagi budget aku dah lari wei… Aku budget renovate simple2 dlm 5-6k je. Tapi atas permintaan dia, renovation tu sampai 10k. Nak nangis aku dengar. Aku sabar lagi.

Kitorang pun sit down. Masa ni dia ajak bincang tentang kos. Ok.. Aku follow. Dia beriya nak bayar sewa office.

Aku setuju lah untuk dia bayar harga sewa office RM500 sebulan termasuk utiliti dan office equipment (tnb, air, unifi, photostate, pantri termasuk coway, peti ais, microwave dan sebagainyalah) dan penggunaan public space tadi tu tempat yang aku tak pasang separation pintu tu macam hall dan waiting area.

Lesen perniagaan, signboard bunting, resit, file2, alat tulis, kerusi meja dan segala macam keperluan asas perniagaan semua aku dah uruskan dan ready dalam minggu pertama operasi tu juga. Dia memang cuci kaki, lenggang kangkong je datang office.

Aku terkilan lagi denga satu perkara yang memang buat aku sampai nangis malam tu. Lepas aku tunjukkan bill renovation 10k tu aku cakap lah kita bagi 50-50, aku bayar 5k, dia just cover balik 5k je bayar dekat aku nanti. Eh… Dia tak nak. Dengan berlagaknya dia kata “tak pe, syarikat dia akan bayar full balik semula RM10k tu”.

Aku macam.. Eh confident benor hakak sorang ni. Seorang client pun tak de lagi… Berlagak mengalahkan aku yang dah handle 2-3 ratus file client. Aku pujuk dia lagi… “tak apa kak, saya dan staff saya pun akan guna common space yang sama.. Jadi ibaratnya renovation ni kita kongsi sama2”.

Dia balas, “hall ni nanti kalau ada orang sewa, puan yang ambil sewa, so office puan je lah yang untung?” tersentap aku. Terdiam tak terkata. Eh apa ni? Kenapa macam ni? Belum tentu ade orang nak sewa pun hall yang asal besar tu tp permintaan ko nak office ko besar… Hall tu dah jadi kecik.

Dulu memang aku berangan-rangan cerita dengan ko, nk buat sewa lah hall tu.. Boleh buat cover sewa bulanan office. Tapi ko punya keinginan melebihi tuan tanah.. Ko dah ruin semua angan-angan aku.

Ntahlah aku sangat upset dan perbincangan kami tergendala bila orang pasang signboard business dia datang. Aku biarkan dia attend orang pasang signboard tu sampai dia boleh pulak bergaduh dengan cina kedai bawah. Ah lantak ko lah… Aku tengah bengang. Malam tu memang aku nangis dan aku wasap kekecewaan aku pada dia. Tapi dia balas macam orang tak de perasaan.

Aku malas nak pikir. Esok-esok harinya aku teruskan business macam biasa. Aku pun cuma berurusan dengan staff dan student praktikal dia je. Dia tak de pun datang-datang office tu. Rupa-rupanya dia sibuk setup office lain. Tepuk dahi aku.

Sebelum ni punya liat dan tak nak buka office. Bila aku dah tolong tumpangkan space office aku untuk dia setup office, boleh pulak dia setup office lain? Aku dah macam “ape benda ni?” kalau ko dah ada plan nak setup office sendiri, kenapa ko terhegeh-hegeh datang balik dekat aku dan kata setuju untuk aku setupkan office untuk ko?

‘Ape ko nak buktikan sebenarnya” “office sini siapa yang nk handle kalau ko pergi setup office lagi satu tu?” Aku? Aku sendiri ada business aku. Ni sekarang business ko. Macam contoh aku bagi tadi. Aku reti masak je… Aku tak reti buat air. Aduiiii.

Nak tak nak, office dah ade… Business dah jalan. Aku dengan staff dia lah yang jalankan business dia. Apa keperluan staff dia semua aku sediakan dan penuhi. Siap aku buat sekali kerja dia. Macam kemas-kemas cawan, hantar minuman kepada customer, promosi edar-edar flyers, layan customer nak minum ape, staff dia cuma buat air je (ni contoh ye).

3 bulan pertama aku keluarkan lagi beberapa ribu… Untuk topup modal operasi dan bayar semua gaji pekerja dan elaun praktikal student dia. Dia tak tanya aku sikit pun dan tak amek tahu pun ape jadi. Business dia memang slow. Dia lepas 100% tanggungjawab operasi dan marketing pd aku. Sedangkan aku ni patut cuma tolong-tolong je.

Bulan ke-4 aku buat kira-kira dengan staff dia. Memandangkan dia pun lepas tangan, sebab duit hasil perniagaan semua pun aku yang kena pengang dan simpankan, jadi aku pun bincang dengan staff dia, mana2 file yang dah settle, boleh lah kita serap sebagai untung dan guna untuk rolling business. Staff dia pun setuju. Staff dia ni sebenarnya official partner dia dalam business ni.

Tiba-tiba bulan ke-5 staff dia kata, dia marah aku kata aku tak reti urus busines dan salah urus duit perniagaan. Dia minta aku refund balik semua duit niaga yang aku guna untuk bayar gaji staff dia.

Aku macam “hah?” serius aku tercengang. Aku mula down bulan ke-6 tu aku rase give up sangat nak teruskan. Aku pujuk hati aku. Sabarlah sikit… Sabar lagi. Aku akur dengan permintaan dia.. Aku keluarkan lagi saving aku untuk “ganti balik” duit niaga tu.

Aku dah memang tak de hati… Balik kerja… Aku nangis dalam kereta. Aku call dia… Aku wasap… Aku ckp aku rasa down sangat macam ni. Dia masih dengan nada tegak dia tu.

Aku nangis dan nangis lagi dalam kereta tepi jalan. Nak balik rumah pun rasa stress… Nak cerita dengan husband pun aku rasa macam bodoh sangat. Cuma aku bersyukur, aku tak usik duit husband aku atau duit family aku. Tapi memang duit aku dah nak abes licin ni.

Jadi lagi hal mengarut. Staff dia tak urus satu file tu dengan betul. File terawal aku refer pada dia. Aku tahu selok belok untuk uruskan kes tu, cuma dia yang ada lesen untuk handle size file macam tu. Aku tak ada kapasiti tu tapi aku mahir untuk file yang sama jenis tapi size kecil.

Aku bagi tahu dekat dia, aku boleh rekemen kepada client untuk ubah ke size yang lebih kecil cuma makan masa panjang sikit.

Tapi dia dengan staff dia ignore aku dan buat pandai. Dia pergi tanya kawan dia yang sama level tapi bagi solution “tak masuk akal”. Senang cerita solution memang nak suruh client terminate service. Masalahnya, bila ko bagi solution mcm tu, client akan terminate dan aku yang kena refund balik duit client.

Aku memang bengang yang amat. Mmg aku maki dalam hati. “korang buat taik, aku yang kene basuh”. Tapi aku ni jenis tak suka gaduh. Kira hal ni dah kemuncak. Sebabkan aku dah abes keluarkan duit refund bayar gaji staff tu, kali ni aku terpaksa usik duit ASB aku. Tak pasal-pasal RM10k aku lebur lagi untuk refund dekat client ni dengan cover lagi untuk 2 bulan gaji staff dia.

Aku terus cakap, aku stop. Samaada stop terus atau bagi aku tenang dulu. Tapi dia tak nak, dia kata dia malu nanti dengan kawan2 dia kalau dia tutup office tu. Berkali-kali dia cakap aku mungkir janji. Aku tak faham ape yang dia nak malu sangat dan yang paling aku tak faham apa yang aku mungkir janji.

Aku dah buat semua yang dia nak.. Semua yang dah dibincangkan dan diputuskan dari awal. Setup business, marketing, refer client, bayar gaji staff… Semua aku dah laksanakan. Tapi asyik claim aku mungkir janji. Aku cuba pujuk2 hati aku…

Aku minta dengan dia setidaknya bagi aku masa untuk bertenang dulu… 2-3 bulan. Dia tak nak juga. Aku keras kan hati juga… Tp dia bagi solution, untuk aku tak payah bayar lagi gaji staff dia, staff dia akan ditransfer ‘sementara’ ke office dia tu. Ok lah setidak-tidaknya aku dah tak payah tanggung gaji staff dia tu.

Pelikkan. ade duit syarikat dari File-file client yang dah tutup dari bulan 1… Tapi walaupun dah bulah 8 operasi, masih tak boleh usik. Katanya kena tunggu setahun baru boleh declare tu duit office dan guna untuk overhead office. Mati keringlah staff dia tak bergaji kalau tak de orang macam aku yang cover duit gaji dan operasi.

Disebabkan dia degil dan tak nak pertimbangkan sebarang usul aku untuk solve masalah business dia, aku cakap “sy serah balik pada puan, handle lah dengan cara puan2 yang betul tu” aku campak balik business tu dekat dia dan partner dia. Dia kata dia nak abeskan setahun kemudian buat meeting untuk putuskan nak diteruskan atau tak.

Masa tu ikutkan adalah almost rm20k dalam akaun business dia tu. Pada aku, kalau resolve time tu, at least tolaklah modal2 yang aku dah keluarkan… Ade jugaklah lebihan sikit2 boleh consider sebagai ‘untung’. Then re-start lah balik business dengan business model yang baru atau ko run je business ko dekat office ko yang ko tiba2 setup selepas aku setupkan office untuk ko tu.

Aku tabah tunggu setahun yang dijanjikan. Tapi sejak dari tu memang aku tak beriya apa dah nak ‘amek order air atau cari customer beli air’. Kalau ade, aku refer… Tak de… Pandai korang lah, ko lagi “pandai” business dengan urus duit kan dari aku.

Aku tak lupa kata2 berunsur kecaman, penghinaan yang merendah-rendahkan aku. Aku tak balas kasar. Aku tunggu nak tengok bila ko boleh buktikan yang ko betul dan aku memang tak reti urus perniagaan.

Habis setahun, dia tak nak stop wei. Beriya-riya dia kata ,”mana ada business macam ni yang boleh untung dalam masa setahun. Paling tidak 2 tahun.”

Dia tambah lagi “masa tu nanti puan nak tengok je ke kitorang berjaya?”. Aku memang menyampah gila dengar. Ape ko dah buat setahun ni, tak mengambarkan langsung yang korang akan sukses pada tahun kedua.

Nak je aku cakap, 1st year aku buat business ni fulltime, 5 tahun lepas, aku dah boleh bawak semua staff aku, husband dan anak-anak aku, mak bapak aku dan mak bapak mertua aku bercuti ke sarawak 100% aku tanggung. Tapi ko, 1st year, sewa office aku sebulan RM500 pun tak boleh bayar. Ape daaaaa.

Aku diam… Ko nak teruskan… Teruskan lah… Since aku dah tak terikat lagi untuk modal kan ape2 lagi dekat business ko. Tapi aku sangat sakit hati tengok office ko yang ko tinggal kan kosong terbiar macam tu je.

Maka abes lah tahun ke-2. Tahun pertama tu adelah aku bawak masuk client berbelas-belas… Business akaun ade lah dalam dekat2 RM20k masa aku give up dekat dia. Ape jadi pada tahun ke-2. Tak sampai 6 orang new client ko. Dan tak de pun kes size besar.

Lebih menyayat hati, duit banyak2 yang aku tinggalkan tu.. Tinggal baki tak sampai RM2k. Tapuk dahi wei… Tepuk dahi. Busines aku sendiri… Cukuplah aku gambarkan, aku beli kereta baru harga hampir RM200k.

Aku ingat dia nak insaf. 1/1/2024, kami duduk lah round table bincangkan hal ni. Saje je aku mention “dulu masa aku minta stop, aku ada bagitahu aku boleh abaikan je pasal renovation kos. Tapi sebab puan2 berkeras nak teruskan business ni, sekarang kena kiralah semua kos2 tu”

Aku tambah lagi “korang tak ada office, aku dah tolong setupkan office, dah tolong buat marketing, dah tolong run business korang tapi korang kata aku tak buat apa malah tuduh aku mungkir janji”.

Tiba-tiba dia melenting dan cakap, “eh saya dah memang ada office dekat rumah masa tu. Saya bukak office tu sebab puan yang nak”.

Eh ko dah kenapa? Takkan selamanya ko nak beroperasi dari rumah je. Dan tu business ko 100% kot. Aku ada business aku sendiri. Dari awal aku cuma pump modal je. Dah lah ni business professional. Perlu lesen. Tak boleh main-main. Ko boleh main bukak lepas tu ko abaikan office ko ni. Aku tak boleh brain orang gini.

Ape kesudahannya? Staff dia minta berhenti tapi diorang dah bincang sebelum aku datang staff dia akan berhenti lagi setahun. So maksudnya nak habiskan tahun 2024 ni baru nak close the business officially. Hmm aku tak terkata apa dah.

Dia sibuk minta aku determin berapa % aku nak. Aku ni tak nak dengar benda tu… Ape benda pecent2 yang ko sibuk nak bahagi2 ni kalau business pun tak de. Duit pun abes. Eh tak sudah lagi ego dan berlagak dia “modal2 yang puan dah keluarkan ni PUT ON ME, sy akan bayar balik semua guna duit saya”. Ish berlagak nak mampus. Aku memang tak terkata.

Tak sangka betul, kawan yang dulunya sangat matang dan rasional pada aku, rupanya begini. Ntahlah pembaca describe lah sendiri.

Meeting tu suddently stop bila dia dapat call dari bank katanya dan dia langsung keluar tinggalkan aku dengan staff dia tu tanpa sebarang kata. Staff dia cakap dia tertekan dengan masalah kewangan. Tunggakkan rumah, kereta bakal ditarik dan macam2 lagi. Then ape pasal yang ko berlagak lagi. STOP LAH.

Aku ni masih setia tunggu keputusan ko sebab aku ni ade semangat setia kawan macam apa yang dah dipupuk dari zaman universiti dulu. Tapi ko yang nak berlagak ego tak bertempat ni kenapa?

Bulan 2 baru ni aku minta lah staff aku hubungi dia, tanyakan pasal sewa office 2023 yang dah lepas tu. Setahun tak bayar langsung sewa office yang dia beriya sangat nak bayar. Itupun aku kurangkan kepada RM150 je kot sebulan.

Dia boleh balas dekat staff aku “mana ada orang kerja dengan satu syarikat, lepas tu syarikat tu suruh bayar duit renovate office, sewa office, dan beli alat pejabat sendiri?”

Bila staff aku bagi tahu dekat aku, serius aku tersandar dan tercengang. Kerja? Bila dia tu jadi pekerja aku? Bila mana pulak business dia tu jadi syarikat aku?

Uh… Parah. Aku pun cakap dekat staff aku.. Tak pe lah… Nampaknya dia mengalami salah faham yang sangat teruk ni. Tunggu lah dia bangun dan sedar sendiri nanti. Aku tak berhutang dengan dia… Kalau dia sedar dia ada hutang dengan aku… Datanglah jumpa aku.

Aku tahu kalau habis tahun ni pun, duit memang tak ada untuk cover modal2 yang aku dah laburkan. Tak apa… Aku dah pasrah dari bulan ogos 2022 dulu. Aku cuma nak kata putus je dari dia supaya aku boleh utilise semula office yang dia dah abandoned selama 2 tahun ni.

Dulu aku ingat bila dah berkawan baik selama berbelas tahun ni, boleh lah menjadi business partner dan berjaya sama-sama… Namun ntahlah… Aku kot yang silap percaturan.

Aku cuma tak nak berakhir dengan putus kawan. Sebolehnya biarlah dengan cara baik. Semoga confession ni dibaca olehnya.

– Ev (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. maaf kata, kebodohan awak boleh buat awak jatuh sekali.
    nak bukak bisnes kena kejam, tak boleh berhati terlalu lembut.

  2. Cerita ini ibarat awak “melepaskn anjing tersepit”, dah ditolong, mnyalak kuat n gigit org yg dah tolong dia lg.. mmg begini la perangai ‘anjing’ yg disangkakn jinak, tp rupa2nya ‘anjing giler’.. (nsib bk aq x bgi gelaran binatang haram yg sekor lg tu..) klaw aq, dah ‘stop’ sejak dia tunjuk perangai ‘pelik’ or at least bla xnak byr sewa ruang tu, bg kta 2, nk byr or just ‘get out’, sbelom rugi lbh bnyak.. infact, biz puan dah jln elok jer sbelom makhluk asing ni dtg, x mngenang budi kwn langsung.. takpe la benda dah nk jd.. I suggest, puan sruh la dia or staf dia ‘kira’ balik brp kos yg dia kta nk byar sgt tu, or puan pon bole kirakn, (of coz, dgn bukti bill or whatever account tht has been deducted or still commited), klaw bule hire sorang accountant or lawyer yg bertauliah.. mmg la klaw bule xnak pergi sejauh tu, n melibatkn cost lg, tp tindakan dia dh ‘melampau’ sgt, so kna la buat really official or legal.. mmg sakit la dia nt n maybe ‘putus kwn’, tp siapa nk tanggung semua kos tu sampai ujung thn ni, itu pon blom tentu lg dia akn byr blk.. semoga dipermudahkan segala urusan Puan.. wasalam

  3. Nak JV macam ini, kena ada agreement. Semua pihak kena jelas sejauh mana peranan masing-masing even sewa RM500 tu pun kena ditulis dan jelas hitam putihnya. Dalam keadaan ini, sahabat tu play victim dan rasa dia jadi mangsa sebab TT yang berusaha keras suruh dia buka pejabat. Sedangkan suami isteri yang jadi partners pun boleh bercerai-berai inikan sekadar kawan.

  4. Semangat setia kawan yang bukan-bukan ya. Dari awal tahu perangai kawan tu dah lain, lagi pump duit untuk bisnes dia.

  5. benci pulak baca confession ko ni kak. kau yg bodoh sebenarnya. org bodoh jumpa org jahat jd lah mcm ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *