Hai semua. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan.
Nama aku Anim. Aku pernah lanjutkan pelajaran di utara tanah air. Di sana, aku berkawan rapat dengan 3 orang sahabat. 3 tahun belajar, grad pada tahun 2013. Selepas grad, salah sorang dari kami berubah.
Walaupun dah lama grad, hubungan kami semua rakan sekelas masih kuat, selalu berhubung melalui whatsapp group walaupun masing-masing tercampak di negeri masing-masing. Masing-masing ada life sendiri. Ada yang dah bekerjaya, berkahwin, ada anak, seronok kami share serba sedikit life sekarang. Sekian lama A dalam group Whatsapp tanpa dia tegur atau mencelah walau sekali, akhirnya dia ‘left’. Kami hairan, mungkin ada sesiapa tersakitkan hati dia. Tapi tak ada sesapa pun bercakap pasal dia, yelah dia pun tak pernah bertegur walau sekali ‘hai’.
Beberapa minit lepas ‘left’, dia ada muatnaik status di facebook mengatakan dia terpaksa ‘left’ group-group whatsapp yang terdiri dari kawan-kawan negatif katanya. Dia baru ja berhenti kerja sebab katanya dia tak boleh kerja bawah arahan orang, kemudian dia join MLM. Buat pengetahuan readers, dia digelar ‘ratu update status’ oleh sesetengah kenalan kami. Kami tak sangka kami kawan negatif bagi dia, apa salah kami?
Sejak dia join MLM dia banyak sangat berubah. Apa sahaja dia buat mesti dia akan share di facebook. Tapi hak dia, biarlah. Pantang betul dia kalau orang mengata MLM. Haha. Tapi aku dan beberapa kawan kami masih positif, beli produk dia. Support kawan-kawan. Tapi dia anggap kami hanya pelanggan, tak lebih. Dia pernah mengaku dia hanya akan berkawan dengan orang berniaga saja. Pelik betul. Dia sangat sinis, banyak muatnaik status perli perniagaan orang, perli kawan-kawan, perli pelanggan.
Kami rakan sekelas ramai yang bekerja makan gaji berbanding ada perniagaan sendiri. Dia selalu muatnaik status mengeji kerja makan gaji. Kalau ada yang bantah, dia maki je kat ruangan komen. Setahu aku, dia hanya tolong promotkan produk orang, bukan label sendiri.
Lepas beberapa bulan, aku terdetik untuk beli lagi sekali barang yang dijual sebab berkesan. Terus aku buka “wall” dia untuk rujuk harga. Tapi dah tak ada. Aku laju je private message tanya dia. Katanya dah tak berniaga, ada masalah. Dia nak jual barang lain. Dia tinggalkan dunia MLM dan jual produk lain pula. Lepas tu aku tengok makin berkembang, Alhamdulillah. Sejak dia ada buat COD ramai je pelanggan. A ni memang berbakat berniaga. Cuma sikap dia ja. Aku dan kawan-kawan masih setia support dia, order lagi. Macam biasa, dia anggap kami hanya pelanggan. Aku terasa betul.
Beberapa bulan lepas tu, senyap. Dah tak jual apa-apa. Entah kenapa. Kali ni aku dah tak tanya, aku sendiri dah malas. Kalau orang taknak berkawan dengan kita, tak perlu dah kita terhegeh. Ikhlas dalam persahabatan lebih penting.
Baru-baru ni dia muatnaik status dia minta kerja, sebagai waiter. Minta kerja?? Makan gaji?? Aku terkejut sebab dia pernah cakap kerja makan gaji tak jamin apa-apa, tak boleh hidup, orang makan gaji ni mampu telan air liur tengok orang yang berduit shopping, tunggu hujung bulan je mampu. Ramai yang terguris hati. Bagi aku setiap orang ada rezeki masing-masing. Dia yang sekarang, mengeji pula MLM. Apakah??
Semenjak ni, ramai kawan yang bertunang dan nikah. Dia masih sabar menanti teman lelaki masuk meminang. Lepas giliran aku bertunang, dia terus muatnaik status, bahawa tak perlu upload gambar bertunang, buat orang menyampah, nanti putus malu. Aku tak terasa pun sebab ramai ja kawan-kawan kami bertunang pada minggu itu. Sedangkan setiap hari dia akan upload gambar teman lelaki. Aneh-aneh jelah dia ni.
Terus terang, aku tak faham kenapa dia macam ni. Kenapa terlalu pelik dan tak matang, padahal usia dah boleh jadi mak orang tapi masih kebudakan dengan muatnaik status. Aku paling tak faham kenapa dia tak nak berkawan dengan kami, anggap kami aura negatif. Aku kesian sebab dia selalu jadi bahan ketawa ramai orang. Entah dia sedar ke tidak. Aku kesian bila orang hentam dia, sebab pernah jadi kawan baik. Aku doakan dia berubah.
Sekian luahan rasa,
Anim.
– Anim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit