Kawan Cantas Rezeki Kawan

Assalamualaikum, admin dan pembaca semua. Terima kasih admin sekiranya confession aku kali ini disiarkan. Nama aku, Mekna. Aku pernah menulis confession bertajuk Buli Pelajar Practical dulu (kalau ada yang ingat dan pernah membaca). Aku dah habis practical, sekarang ni tengah sibuk mencari kerja tetap. Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni, melainkan kalau kau ada ‘orang dalam’ yang boleh membantu kau. Aku dapat tawaran bekerja di tempat aku practical dulu tapi aku tak ACCEPT! Salah satu sebab kenapa aku tak accept is.. Aku menyampah dengan perangai akak kat situ dan ditambah pula dengan HR aku satu kepala dengan dia. That’s the reason why aku tak mengadu or report dekat HR masa akak tu mengarah (buli) aku.

Ok, based on the title above.. KAWAN CANTAS REZEKI KAWAN? Ermmm kisah ni terjadi dekat aku dan kawan-kawan aku yang lain. Kami ada seorang kawan ni, nama dia Din (bukan nama sebenar) ermm usia dekat 30 lebih dah. YES, kawan-kawan aku semua lebih tua dari aku. Rakan sebaya ada lah berapa ketul je. Ok, Din ni dah menganggur dekat bertahun. Dia suka mencantas rezeki orang lain, suka show off, dia tak senang tengok orang lain lagi lebih dari dia, dia suka acah leader acah pandai dan acah tahu segala benda. Ceritanya macam ni, setiap kali aku atau kawan-kawan aku dapat job, kami suka berkongsi job yang kami dapat. Kami fikir kawan-kawan apa salahnya berkongsi rezeki tapi lain pula dengan Din. Rezeki dia, dia punya. Rezeki orang, dia punya juga. Buruk perangai. Ada masa menjadi dan ada masa tak menjadi.

Hari tu kawan aku dapat job mintak dana untuk pusat tusyen. Dia kena buat kertas kerja, slaid dan sebagainya untuk bentang benda tu dekat pihak berkaitan. Dan-dan la si Din ni kata nak tolong. “Aku ada pengalaman dalam bab-bab ni haa aku tolong ye. Benda ni buat sorang-sorang tak jalan. Kena buat dalam berkumpulan. Cepat siap.” So, dia kaut lagi sorang kawan untuk tolong dia dan kawan aku. Kawan yang dia kaut tu pun sama tak boleh pakai. Nama dia, Yid (bukan nama sebenar). Ok lah, Din pun acah-acah ketua kumpulan mengarah macam-macam. Setiap pendapat atau cadangan kawan aku dia tolak/bantah mentah-mentah. “Tak boleh macam tu. Kena buat macam ni.. Macam tu.. Haa aku tahulah aku ada pengalaman. Kan, Yid? Apa kata kalau aku tolong kau buat semua ni. Kau lek-lek je, sempat ni nak siap sebelum hari presentation.” Yid tu pun angguk-angguk mengiyakan. Dia tak habis-habis ulang dia ada pengalaman dan paling tak patut dia memperlekehkan kawan aku tu. So, dia nak buat sangat haa buatlah. Dalam masa yang sama kawan aku buat juga, dia tak rasa yang Din akan buat semua tu. Kami dah masak dengan dia cuma malas bermusuh.

Sehari sebelum hari presentation, satu apa pun tak siap. Dengan selamba badak Din kata, “Sorry bro. Aku tak sempat nak buat benda ni. Busy la. Sempat kut kalau kau nak siapkan ni. Esok presentation ermm sempat ni. Kau buatlah, takpun lupakan je pasal job dana-dana tu. Kau bukan dapat apa pun. Buang masa kau je.” Kawan aku marah tu marah juga tapi tahan sebab fikir kawan. Kalau tak fikir kawan tu lebam dah biji mata dia. HAHA. So, kawan aku pun kata, “It’s ok, benda dah siap tinggal nak gi esok ni je. Terima kasih sebab MEMBANTU sangat. So, kalau benda ni jadi erm tak perlulah aku share habuan dengan kau dan Yid.” Dan-danlah Din tu kata dia nak join presentation esok siap tanya berapa bahagian dia sebagai ketua kumpulan haha dia ingat kawan aku nak layan. Bye-bye jelah. Lepas tu, mulalah dia tabur cerita dekat kawan-kawan yang lain yang kawan aku ni kedekut dan tak fikir yang dia bersusah payah buat semua tu sampai siap. Kau rasa ada yang nak percaya? TAK ADA. Mereka buat tak tahu je.

Lagi satu, bila Din dapat job, dia suka show off dan bangga yang dia dapat job tu. Hari tu, katanya dia dapat tawaran kerja bergaji RM2000 per month. Dia heboh dalam group WhatsApp kami mengatakan dia dapat tawaran kerja tu dan dia memperlekehkan pekerjaan kami yang kadang ada kadang tak ada ni. Ada di antara kami ni freelance event crew, technician, plumber dan sebagainya. Tak ada kerja tetap, orang panggil kami pergi. Petang tu kami ke rumah dia, mak dia buat makan-makan kononnya meraikan anak dia dapat tawaran kerja gaji RM2000 per month tu. Itu baru tawaran kerja beb. TAWARAN, belum tentu dapat. Ayah dia tanya, “Din, kau tak nak recommend kawan-kawan kau kerja situ ke?” Nak tahu apa dia jawab? “Sorry, dah penuh. Takde kosong.” Untuk pengetahuan korang, sepanjang dia menganggur, parents dia yang hulur duit belanja dekat dia setiap hari. Dia lelaki, anak sulung dan parents bagi duit belanja SETIAP HARI. Fuhh, senang banyak hidup dia. Dia tak ada teman hidup lol tak ada siapa nak sebab dia tak bekerja dan tak reti jaga penampilan diri. Mujur adik-adik dia tak macam dia, adik-adik dia ok. Ok, berbalik kepada dia kata tak ada kosong tu tadi, ada kawan aku panas hati. Bukan panas hati sebab dia dapat kerja tu, kami semua tak heran dengan gaji 2K dia tu, panas hati dengan perangai dia yang tak padan dengan umur. So, kawan aku pun kata, “Takpe pakcik. Kami semua ada job masing-masing. Saya dapat tawaran kerja dekat Singapore, kawan recommend. Gaji sedap. Rezeki masing-masing.” Kami mengangguk dan ada yang tambah-tambah cerita sebab panas hati juga. Tiba-tiba Din mencelah, “Kerja dekat Singapore? Eh, best tu. Ada kosong tak? Nak follow jugak gi sana.” Dengan serta merta kawan aku jawab, “Maaflah, bawah 30 tahun je. Nak yang muda, tua-tua macam kau dorang tak nak. Kau dah dapat kerja kan? Gaji berapa entah? 2K? 2K eh? Gi lah kerja gaji 2K kau tu. Tak payahlah sibuk nak join kerja orang lain. Rezeki masing-masing, terima jelah.”

Masa tulah kawan aku tu sembur semuanya, depan parents dia lagi. Betul-betul panas hati tu tapi sayangnya tak terkesan sikit pun dekat Din. Kawan aku tu acah je dapat kerja dekat Singapore lol dia panas hati sangat. Din tak dapat kerja gaji 2K dia tu hahaha pastu dia masih lagi tak nak nampak dia kalah, dia kata, “Aku malas nak kerja situ. Tak best. So, masa interview tu aku tak serious supaya aku dapat kerja tu. Lagipun yang interview aku tu entah apa-apa.” Aku cuma boleh kata, dengar boleh percaya jangan. Tak lama tu dia ‘sekolah’kan aku. Dia suruh aku duduk rumah belajar dan jangan buang masa itu ini. Aku tengah practical, nak belajar apa? Buang masa? Siapa lagi banyak buang masa? Aku atau dia? At least aku ada juga kerja nak dibuat. Dia tu haa menganggur bertahun, tak buang masa gitu? Dia ada tanya, “Apa cita-cita kau?” Aku pun teranglah kat dia yang aku nak jadi apa nanti. Aku sebut juga pasal nak buat business, dia buat aku macam umur 5-7 tahun tak tahu apa-apa pasal business. Aku bukanlah nak kata yang aku ni pro tapi tak perlulah nak memperlekehkan aku. Dia kata, kalau aku nak buat business nanti dia nak tolong sebab dia ada pengalaman. YES, pengalaman nak menjatuhkan orang. YES! Itulah pengalaman dia selama ni.

Ohh, tidak.. Ini bukan sekali terjadi, dah banyak kali terjadi tapi dekat orang lain. Bila dia kata nak tolong tu cepat-cepat aku tolak. Dia pernah tolong kawan aku buat business, bila business tu dah berjaya dia ‘kick’ kawan aku tu. So, hasil semua kaut dekat dia. Kawan aku tak dapat sesen padahal dia bawak keluar modal. Hanet perangai Din ni. Selepas dia kaut hasil, business tu dia tak teruskan. Berhenti dekat situ je. Lepas dah tahu dia macam tu, kami berjaga-jaga. Seboleh-bolehnya elak daripada bekerjasama dengan dia. Tapi, disebabkan dia kawan kami ermm nak tak nak ada masa memang kena bekerjasama dengan dia juga. Sekarang ni dia kerja dekat syarikat pengendalian event, jawatan dia dispatch tapi dia cerita dekat kami yang dia setup event besar-besar dan megah-megah. Kami sebagai kawan yang memahami layan jelah cerita palsu dia. Kebetulan abang yang bekerja dengan dia ada dekat situ, aku tanya abang tu apa jawatan Din dekat sana dan jawapan abang tu, “Dia tu dispatch je.” HAHA, gelak besar kami semua. Din nak cover, so dia kata, “Memang dispatch tapi adalah tolong sikit-sikit.” Cehh.

Kalau diikutkan banyak lagi perangai Din ni. Kami semua kenal dia dah lama, masak hangus rentung dah dengan perangai dia. Ada masa kami kena ‘cantas’ juga walaupun tahu dia macam tu. Dia licik, tapi.. Selicik-licik dia, ada yang lagi licik dari dia. Dia je tak tahu sebab yang dia tahu dia je licik. Kalau korang ada kawan macam ni, MOHON BAWA BANYAK BERSABAR. Kami tak bermusuh dengan Din walaupun dia macam tu. Hati kena kering, kena kental. Benci, marah, meluat atau menyampah besar mana pun, dia tetap kawan kami. Sekian saja confession aku kali ni. Maaf sekiranya ada salah dan silap serta terkasar bahasa.

Sekian, terima kasih.

– Mekna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit