Semuanya bermula waktu aku sekolah menengah. Kawan aku, S, memang sekelas sejak form 1. Antara aku dengan dia, memang agak rapat. Tapi rapat dia dengan aku, tak bermakna dia lebihkan aku sebagai kawan.
S memang pandai berkawan dengan ramai orang. Pandai masuk, kata orang. Yang pendiam, yang blur, yang galak, yang sosial, yang alim-alim, yang kuat merajuk, semua dia boleh kawan. Asrama kami waktu form 1, bilik sebelah-sebelah. Satu bilik dua orang. Dan disebabkan roommate aku tu senior form 5, aku selalulah menjelajah mencari kawan untuk melepak. Bilik S yang paling selalu aku pergi. Aku datang bukan buat apa pun. Berbual-bual, borak-borak buang masa. Tapi makin lama, aku makin kurang datang bilik dia, sebab aku dapat bayangkan macam mana annoyednya aku kalau sepanjang hari ada orang bertandang. Lagipun, bilik dia boleh kata paling famous untuk kawan-kawan bertandang. Aura mungkin? Jadi kalau aku datang pun tak significant sangat sebab ada ramai kat situ. Nasiblah roommate dia jarang ada kat bilik sebab asyik sibuk uruskan program-program sekolah.
S tak pernah tunjuk muka kalau orang stay lama kat bilik dia. Kadang, aku nampak jugak muka penat dia, muka annoyed dia, tapi dia tak akan cakap depan-depan. Even halau cara halus. Halus tu berhemah eh bukan guna ilmu entah apa-apa. Belakang diorang pun dia tak cakap jugak. Aku tau kawan-kawan dia jarang nampak muka dia time tu. Baguslah. Tapi aku, aku nampak. Dan itu yang menyebabkan aku takut nak singgah bilik dia lama-lama. Aku taknak depan aku dia tunjuk ok, tapi belakang aku lain.
Berkawan dengan S ni buat aku belajar banyak benda. Aku tau dia dah terbiasa dengan hidup sentiasa dikelilingi ramai kawan. Dia tak cari kawan pun, takyah risau. Akan ada je yang melekat dekat dia. Dan pada pandangan aku, benda ni membuatkan dia kurang sedar betapa berharganya seorang kawan. Dia selalu marah kawan dia, tapi orang tulah satu-satunya yang akan tahan dengan dia. Bukan akulah ofkos.
Aku rasa nak melenting je bila dia marah kawan dia. Tapi aku senyapkan sebab kawan dia pun biasanya ketawa je. Yelah, takkan orang tu anggap gurau tapi kita yang lebih-lebih, ye dak? Aku tau, ada orang ukur friendship ikut ketahanan dia berkawan. Aku tau, dia marah-marah bergurau je tu. Aku tau, marah-marah pun masih tetap kawan. Aku tak kisah kalau kawan dia nak ambik perkara tu sebagai gurauan, tapi aku kisah kalau dia anggap apa dia buat tu gurauan je.
Aku sangat pantang bab-bab macam ni. Mungkin turun dari mak aku. Dia sangat jaga kami adik-beradik dari perkara macamni. Contohnya, bila mak marah sebab kami buat salah, mak nak kami faham yang kami patut tak buat benda tu lagi sebab benda tu salah, bukan sebab mak marah. Haaa dapat kan? Contoh lain is biasa mak-mak ni kalau bawak anak pergi rumah orang dia akan takutkan budak-budak dengan jeling tajam menusuk jiwa raga. Kalau mak aku dia kurang setuju dengan cara tu sebab akhirnya budak tu akan tak nakal-nakal sebab takutkan mak, bukan sebab sedar kesalahan. Ha macam tulah lebih kurang. Aku tau korang pun ramai fikir macamni kan.
Aku penat berkawan dengan dia. Jujur, penat perasaan. S ni selalu jual mahal, tapi aku tahan je sebab aku tau yang dia tak sedar dia tengah jual mahal. Aku sangat penat bila dia tetap dengan cara dia. Dah banyak hint aku bagi, cakap berkias, tegur direct, tegur sentap. Tapi tak jalan. Aku tau dia senang tersedar kalau disentapkan, tapi dia ni memang level hardcore sikit. Aku fikir sebab dia dah biasa sangat sentiasa dikelilingi kawan kan. Kalau aku cuba boikot dia nak bagi dia sedar pun akan ada je yang back up dia.
Hujung form 1, aku dah tak tahan. Aku bagi surat kat dia waktu ada game tukar-tukar surat. Aku tak ingat aku tulis apa, tapi point aku is hargai kawan. Aku tak kisah dia nak berkawan dengan aku ikut suka dia,sebab aku boleh lari kalau aku nak, tapi aku tak boleh tengok orang lain kena macamtu. Lepas aku bagi surat tu, dia adalah minta maaf. Dan somehow, aku reda waktu tu.
Macam mana pun, dari dulu lagi aku sedar itu rezeki dia. Bukanlah aku dengki dengan apa yang dia dapat, tak, tapi aku nampak perkara tu datang sebagai ujian dia tau. Dalam surat yang dulu tu jugak, aku ada sebut, ‘ada orang ujian dia kesusahan, ada orang ujian dia nikmat.’ Aku taknak dia abaikan tanggungjawab yang Allah bagi kat dia untuk jaga hati orang sekeliling. Yelah kawan ramai kan, kena jaga lagi banyak hatilah daripada orang biasa-biasa ni. Lepas aku fikir macamtu, aku bersyukur sangat sebab Allah tak bagi aku kawan yang sangat ramai,tapi yang ada tu sangat cukup untuk aku. Bila aku dah besar sikit, aku dapat nampak yang ada sebabnya Allah bagi dia sentiasa ada kawan.
Naik form 3, ada satu musim tu aku sangat tak puas hati dengan cara dia tu sampai aku plan nak boikot dia. Kali ni boikot betul-betul punyalah, takde dah setakat experiment je. Dah tiga tahun aku hidup dengan dia, aku yakin boikot aku akan ada kesannya. Kalau tak 100% pun, sikit-sikit jadilah. Aku nak dia sedar yang sekali kawan kau pergi, kau akan menyesal kalau selama ni kau tak layan dia ibarat kawan. Maka boikot aku pun bermula.
Tapi rupanya, bukan aku sorang je yang tengah ada kat jalan ni. Akhirnya aku tau, seorang classmate aku, A, pun ada pendapat sama dengan aku pasal S ni. Aku tak sangka ada jugak kawan-kawan yang terfikir benda sama. Dan lagi aku tak sangka, dia pun bertahan tiga tahun jugak, sama dengan aku. At last, aku tak tau macam mana kitorang plan, tapi kitorang ajak girls kelas aku nak boikot S. Nasiblah girls kelas aku 6 orang je. Diorang pun setuju je. Bukanlah kitorang pulaukan S, tak lebih daripada kurangkan layan dia macam sebelum ni.
Bila dia marah orang sikit, aku dengan A sedap ah membidas dia. Aku dah tak ingat dah apa yang kitorang cakap kat dia, satu je aku ingat. “nanti orang pergi dari hidup kau baru kau rasa.” Kitorang dah banyak sikit ignore dia. Benda penting-penting je cakap dengan dia. Kalau dia cakap pun aku layan gitu-gitu je. Banyak kali aku nampak dia tersentap, terdiam, terkejut dengan apa yang kitorang buat. Aku nampak jugak muka dia sedih bila kitorang jalan ramai-ramai tapi borak tak involvekan dia pun. Aku tau. Muka dia memang tak pandai cover, sampai sekarang.
Aku pun taknak tengok dia sedih, tapi aku cuba tahan dengan harapan dia dapat berubah. Benda ni berlaku adalah dalam 3 minggu. Dan sikit-sikit, aku nampak dia berubah. Makin lama, dia makin sopan bila cakap dengan aku. Haha tujuan aku bukanlah nak dia jadi sopan terlebih dengan aku, aku kan kawan dia. Biasa-biasa sudah le. Aku nampak dia macam teragak-agak bila nak tanya something, sebab kalau dia tanya lebih sikit je biasanya aku buat muka. Aku pun tak sanggup dah nak tahan. Kesian tau, tengok kawan sendiri macam tu. Somehow, aku fikir sikit lagi aku tahan, insyaallah dia akan berubah betul-betul punya.
Akhirnya tempoh ni tamat. Aku dah tak sanggup dah tengok dia macam tu. Maaf la kawan. Kesannya? Sejak form 3 sampai sekarang aku nampak dia dah ubah style dia berkawan. Bila aku ingat balik, serious aku rasa betapa tak matangnya aku nak bajet-bajet pulaukan kawan, betapa beraninya aku ambik risiko buat macamtu. Tapi deep down aku sangat bersyukur dan bangga sebab sejak tu dia dah berubah sangat-sangat. Aku pun dah boleh lupakan kenangan kurang manis aku dengan dia.
Setakat tu je cerita aku. Aku minta maaf sangat kat dia, aku tau aku pun sama je 2×5 bab berkawan ni, tapi kita saling tegur dan mengubah la kan? Kadang aku pun tak sedar salah silap aku. Oh, perasan tak aku kata aku nampak kenapa Allah hadirkan kawan yang tak utus-putus dalam hidup dia? Sebab dalam tempoh kitorang boikot dia tu, aku nampak betapa takutnya dia kehilangan kawan. Sebab tulah dia tetap approach kitorang walaupun teragak-agak. Macam mana pun dia tetap sayangkan orang sekeliling dia.
Moral of the story aku rasa dah banyak dah aku selingkan sepanjang post ni. Korang pembaca pandai-pandailah menilai ya. Nak condemn pun boleh, tapi niatkan untuk mengubah, ok?
Bye bye.
– N kawan S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit