Kawan dan Kesunyian

Baru baru ni aku ada terbaca tentang confession bertajuk “aku kesunyian” oleh sis Ain nadira ni. Aku ada pengalaman dengan kawan yang macam sis ni.
Nama dia I. Aku kenal dia masa sekolah menengah. Masa tu aku duduk asrama. Ada dalam 14 orang lebih kurang macam tu untuk batch aku perempuan yang sebaya. I ni duduk asrama juga. Dorm aras yang sama tapi katil jauh jauh. Nak dijadikan cerita, masa mula mula masuk, semua okay. Dia ni macam sis Ain tulah. Ramah mesra, bertegur sapa, baik orangnya. Tapi orang selalu menjauh. Kenapa ya? Aku pun tak tahu.

Makin lama aku kenal, aku perhati ada sebab kenapa orang menjauh dari kita. Faktor paling penting adalah perangai. Dari perangai I kawan aku ni, aku dapati dia memang sukakan perhatian. Dia akan mencuba melakukan apa saja untuk dapatkan perhatian. Kadang kadang bila balik cuti hujung minggu tu, bawakkan makanan banyak banyak. Jajan lagi. Budak budak, siapa yang tak suka makanan? Semua orang pun suka makan. Dia juga suka menunjuk untuk dapatkan perhatian. Contoh, bawa handphone latest ke asrama. Dulu tak macam sekarang. Mana ada skrin sentuh lagi. Handphone keyboard ‘qwertyuiop’ yang ada camera pun dah dikira lebih canggih dari 3310. Kalau dia bawak tu, semua segala adik adik junior datang berkerumun. Tapi sekejap jelah, tak lama pun. Akak akak senior pun menyendeng sebab nak usik usik si I ni bawa handphone canggih manggih. Ada lagi tak baik, pinjam handphone si I ni tadi lepastu call pakwe. Bukan tiada, ada. Hak pinjam sebab nak selfie pun ada. Camera belakang pun jadilah. Bila senget, snap lagi sampai okay.

Lagi satu, dia suka control orang. Orang kena dengar cakap dia. Macam sis Ain ni sulung, tapi kawan aku I ni, bongsu. Bongsu terlajak. Bila dengan famili, dia dah terbiasa bila nak sesuatu senang dapat. Jadi bila dengan kawan kawan ni, perangainya semulajadi macamtu. Bila kawan kawan tak ikut cakap, dia bentak geram. Contoh situasi di dewan makan apabila selesai kau ambil dari nasi dari akak dewan makan, kau pun tatang tray makanan sambil nak pilih makan kat meja mana, bila pendapat kau tak sama, tak diterima, makanya drama akan bermula. Dia akan hentak kaki dia serupa gempa bumi berapa puluh skala hektar dengan merengusnya sambil menuju ke meja pilihan dia tadi. Kalau kau kawan yang degil, kau akan makan kat meja pilihan kau. Kalau kau termakan budi dia, kau kena duduk dekat meja pilihan dia. Kau ingat selesai makan tu dia akan lupa kisah tadi? Tak. Dia ingat sebenarnya. Dia akan jeling kau dengan panahan laser. Tertembus kulit muka kau. Bila nak pujuk dia balik, dia rengus rengus sambil hentak hentak barang. Cuba fikir, kalau sekali dua mungkin kita boleh layan. Tapi kalau setiap masa? Larat ke?

Lagi satu aku perasan kawan aku yang kesunyian macam sis Ain ni disebabkan cara bawakan diri dia. Maaf cakap, kawan aku yang I ni ada sedikit unsur “kotor”. Kotor ni bukan suka cakap lucah ke otak kuning ke apa. Bukan. Tapi ini bawakan diri dia. Pakaian dia memang bersih, tak berbau badan. Tapi, part lain. Maaf kalau menyentuh sensitiviti, dulu masa asrama selalu buat pemeriksaan kutu. Semua orang takut dengan wabak kutu ni. Siapa yang ada memang kena pulau habis habisan. Siapa tak sedih kalau rambut elok elok sihat bersih berkilau bela panjang panjang tiba tiba ada kutu. Sedih wei. Boleh murung dua tahun. Bila akak senior buat ops kutu, kami dapat kaji punca munca ibu kutu ni. Antaranya kawan aku si I nilah. Bila dinasihat, tak mahu dengar. Tak percaya. Kadang kadang tu tengah elok lepak bawah kipas kat dorm tiba tiba ada kutu lalu atas muka dia. Bila kitorang cakap, dia relax je ambik lepastu ketip dengan kuku dia. Kadang tu, orang nampak dia korek hidung tak basuh tangan waktu kelas belajar. Bila nasib dia baik, ada ehem ehem dapat digali, dia jentik je dengan jari jemari dia. Cuba cakap, siapa yang tak geli?

Tapi ini kisah berapa tahun yang dulu lah, lepas habis spm. Aku lost contact dengan kawan aku si I ni tadi. Bila tanya kawan kawan lain, dia dah berjaya. Alhamdulillah syukur kawan aku yang sorang tu sukses.

Bila dah belajar masuk peringkat lebih tinggi ni. Aku pula yang terbalik. Kawan pun tak lekat. Ada pun sorang dua. Cukuplah dari tiada. Untuk sis Ain yang kesunyian, sebenarnya ada ramai kawan pun tak bahagia. Konsep berkawan ni pun macam bercinta juga. Tak sesuai hubungan, tak serasi, tak sekepala, tak sehaluan, tak boleh pergi jauh pun. Yang penting cara kita bawa diri kita. Kita bahagia dengan cara kita. Dengan kesunyian tu, kau isikanlah dengan benda yang berfaedah. Luangkan banyak masa dengan keluarga, saudara mara. Kau ingat kawan kau tu akan tolong kau bila susah? Bila kau kena tangkap dengan polis masuk lokap, kawan tu yang sedih nak ikat jamin kau? Tak adanya. Kutuk lagi ada. Lebih baik maintain kawan satu dua berbanding ramai ramai yang tak faham bahasa. Semoga satu hari nanti sis akan jumpa dan dapatlah beberapa seorang dua bff sebagai pengubat kesunyian sis Ain. InsyaAllah

– Si pemerhati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit