Bila terbaca kisah pasal delulu (https://iiumc.com/salahkan-jadi-delulu/), rupanya ramai jadi delulu dekat sosial media. Saya terpanggil nak cerita mengenai seorang delulu yang saya kenal ni.
Saya namakan dia N (bukan nama sebenar). Saya dan dia dah lama berkawan. Dari sekolah lagi.
Saya tahu dia siapa. Dia pakai facebook lain sebelum ni dan tiba-tiba dia hilang dari sosial media. Pelik.
Bagaimana saya tahu? Ini kisahnya..
Satu hari saya pakai phone suami, buka group tanya peguam. Tengah baca komen, saya ternampak profile dia. Profile fb baru siap dp gambar dengan suami dia tapi profile dia dah locked siap-siap.
Saya copy link profile, saya send dekat phone saya. Jangan terkejut, dia blocked saya. Benda gosip hangat, saya pun tanya kawan-kawan lain dan seperti yang dijangka, kami semua kena blok.
Saya dan rakan lain apa lagi, jadi csi. Kami korek semua benda dia komen. Sah, memang dia delulu.
Habis semua pekerjaan yang hebat, yang paling kurang kena ada ijazah dia sapu. Dia yang kami kenal, belajar tak tinggi.
Sekolah dulu sekolah vokasional (spmv) dan netizen perlu tahu, perbezaan ye sekolah teknik (kolej vokasional nama terkini, maaf kalau saya silap) dan sekolah menengah vokasional. Lupa nak bagitahu, N ni seorang surirumah.
Netizen cakap je, apa je dia tak jadi. Semua pekerjaan professional gaji besar semua dia pernah kerja. Saya jadi kesian pula bila baca. Macam ini sekali dia beria bagitahu semua orang dia hebat.
Saya tengok gambar dia terkini. Bukan nak hina tapi bila baca nasihat dia mengenai cara mendapatkan badan cantik, perut kempis dan sebagainya dan nak dibandingkan dengan dia yang sebenar terus jatuh kasihan.
Macam itu sekali dia gigih bagitahu dia ‘perfect woman’ walhal realiti sebenar aduh.
Saya kesian, saya takut satu hari nanti dia dimalukan netizen kerana saya perasan dia rajin mencaci dan menghina netizen di mana-mana. Hina orang miskin, bodoh, gemuk, just name it, semua ada.
Apa patut saya buat? Jumpa dan nasihat? Orang macam dia berdasarkan komen dia yang di mana-mana tempat tu saya rasa dia ni tak makan nasihat. Ke nak biar je netizen viralkan dia.
Jomlah kita makan popcorn tunggu…
– Mas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pelik dengan orang macam you ni, takde kerja lain ke nak buat? Itu kawan you yang you pernah kenal dan pernah berkawan, saya rasa maybe dah lama tak contact kot? And maybe salah satu kenalan you je? So buat apa nak ambil tahu dah? Perlu ke cerita begini? Get a life. People do whatever they want, takde kena mengena dengan sis pun, dia nak delulu ke apa ke. That’s just how social media works. Kesian? let them be, whatever happens to them takde kena mengena dengan you, dah kena block dah pun. LOL. Tbh, you need to get a life.