Hi, aku Siti, berumur awal 20-an and masih belajar di sebuah IPTA. Itu sahaja kot serba sedikit tentang diri aku.
Confession kali ni aku nak cerita pasal kawan aku bernama Mira. Basically aku and Mira kenal sejak sekolah menengah berasrama lagi and after SPM, kami masuk universiti yang sama tapi berlainan course.
Di universiti, tak ramai pun kawan dari sekolah menengah, adalah dalam 6 orang je tapi Mira orang yang aku agak rapat la nak compare dengan yang lain.
Masuk je universiti, Mira ramai kawan sebab dia memang peramah, aku pun jarang jumpa dengan dia tapi last semester aku start selalu lepak bilik dia sebab kami duduk blok yang sama.
Since then, aku kenal dengan kawan2 Mira yang lain. Antara kawan2 Mira, aku paling rapat dengan Bella sebab dia sama course dengan aku, so banyak benda kami sembang especially about our studies la.
Satu hari, Bella bukak cerita yang sebenarnya dia tak berapa suka dengan Mira sebab Mira ni macam songsang dan pasangan dia ialah Tam. Memang aku perasan pun, Tam selalu datang bilik Mira and raba2 Mira.
Kan aku dulu sekolah asrama, jadi aku rasa situation macam ni biasa je la. Anggapan aku, Tam and Mira ni just bergurau. Tam ni pun memang perwatakan dia macam boyish sikit pun, tapi aku malas la nak kesah lebih2, dah besar kan masing2 pandai la fikir baik buruk.
Next semester, Mira and Tam jadi roommates. Aku pulak dah masuk degree di universiti lain. Aku selalu la tengok igstory Mira and Tam, tapi takde apa nak dipelikkan pun.
One day, Mira whatsapp aku cakap dia gaduh dengan Tam. Aku malas la nak ambik pusing sebab diorang ni memang kerap gaduh pun, tapi lama2 nanti okay la balik.
Tapi things got worse, diorang tak berbaik pun dan Mira asyik2 cari aku nangis2 nak luahkan perasaan. Aku memula tu macam okay jela mendengar and bagi nasihat, lama2 eh annoying pulak.
Aku jadi annoyed dengan Mira sebab aku dah cakap dah abaikan Tam, tapi dia sibuk jugak nak berbaik dengan Tam tu kononnya Tam best friend dia.
Masa dulu pun, aku dengar2 jugak yang Tam ni suka gunakan Mira untuk buatkan assignment dia la, belikan makanan la and aku nampak benda macam tu jadi depan mata aku.
So, aku nasihat Mira apa yang aku rasa tentang friendship diorang. Dia kata ramai je cakap macam tu dekat dia, tapi dia tetap tak boleh lupakan Tam. Dia kata hati dia lembut dan susah nak buang orang yang dia sayang mcm tu je. (oh bodohnya kau Mira)
Aku honestly malas dah nak layan Mira and dia kerap cakap dia ada anxiety and depression yang aku rasa dia self claim je.
Aku rasa macam nak je abaikan cerita2 dia tu tapi aku pun faham maybe dia nak kawan untuk meluahkan rasa je sebab aku pun pernah dalam situasi stress and aku just perlukan someone untuk bercerita.
But the thing is, aku sekali je cerita dkt orang untuk tenangkan perasaan je, lama2 okay la. Kalau aku bengang dengan orang pun, aku block je kalau tengok nama pun rasa meluat.
Tapi Mira pulak memang sengaja cari pasal untuk stress pasal benda ni lagi, bayangkan aku dah cakap abaikan Tam, buat dia macam tak wujud, tapi dia still nak cuba berbaik dengan Tam, bila Tam tak layan, dia sedih.
Aku dah penat nak layan Mira, tapi aku kesian dekat dia sebab dia kawan aku sejak sekolah and aku tau dia memang seorang yang lembik and memang mudah dibuli sejak sekolah lagi.
Aku sekarang nak cuba sedarkan dia yang apa dia buat tu tak worth it pun, aku tak kesah la kalau dia songsang dengan si Tam tu tapi aku nak dia tu “keras” sikit nak hadap dunia ni. Tapi tu la, aku nasihat pun tak makan budak ni haih kelembikan dia kadang buat aku serabut jugak.
Tu je la cerita aku, harap korang doakan aku tabah nak layan Mira and doakan supaya one day Mira tau nak lawan orang macam Tam ni.
– Siti Serabut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit