Assalamualaikum.
Aku ade sorang kawan. Dia asal Terengganu. Aku kenal dia daripada aku memula masuk cfs petaling jaya. Masa aku kenal dia, masa tu kitorang tahun 1, sem 2. Nak di jadikan cerita aku satu kos dengan dia. Masa aku kenal dia, dia budak dismiss. Readmission tak silap aku. Aku ingat dia ni pemalas. Sebab, yelah sampai kena dismiss kan. Tp sangkaan aku salah semua. Mula dari tula aku kenal dia secara dalam.
Aku ni jenis cepat terkejut tido tengah malam. Pukul 2, 3 pagi. Dkt cfs pj, aku dan dia dan rumet2 lain duduk dekat mahallah aishah. eh nama aku? ha okay tak lawak. Yela, situ katil double kan. Aku duduk atas, dia duk bawah sbb dia tak tahan sejuk. Kira okayla. Aku tiap kali bangun aku kejut dia, dia buka mata je Tanya kenapa. Aku kata tak ley tido kan. Dia ngensot badan dia ke dinding, dia tepuk tilam dia, dan kata meh tido sini meh. Aku rasa, eh baiknya dia ni. Sambil nak lelap dia berbual, pujuk suh aku tido. Lama-lama aku tido sendiri.
Lepas pada tu, kitorang kelas tak pernah sekali. Memang kalau boleh tak nak sekali sebab lecturer lain-lain jadi input boleh kongsi banyak. So, kitorang section lain-lain. Aku terjatuh hati berkenan dekat orang Terengganu ni sebab adab dan budi lepas aku kenal dia. Dia ni jenis tak kedekut ilmu. Aku pernah ada exam mid term. Subjek Bro. Shams masa tu seingat aku. Dia duk ajar, itu ini. Aku tak faham. Dia ambil kertas lukis sana sini sampai aku faham. Dan yg lagi best dia boleh buat new formula untuk aku faham contoh. Dia akan ingat setiap bait apa yg lecturer ajar. Contoh yg lecturer bagi dan etc. Aku pernah tanya macam mana nak cepat ingat. Dia kata tiap kali lecturer ngajar, dia suka pandang pergerakan bibir lecturer tu. Dan dia tak akan layan orang lain cakap banyak atau panggil dia. Dia buat tak reti je. Memang tak leh kacau langsung sbb dia terlalu focus. Masa kitorang dekat cfs dia tak pakai smartphone. Aku pernah sekelas bi dengan dia, dia pakai nokia biasa. Time kelas dia tak tengok phone pun. Dia duduk paling depan. Sentiasa senyum. Tapi dia akan sedih kalau dia tak dapat info kelas cancel ke, venue tukar ke sebab orang lain ada group whatsapp.
Setiap kali dia pergi kafe mesti dia call tanya nak pesan pape tak. Aku ape pagi pesan sehabis baik. Ha3. Dia pernah belanja kitorang rumet2 dia. Dia ni jenis tak berkira pun ada. Cuma, dia ade satu masalah. Cepat kesian dekat org. Aku bukan kata salah, tapi kadang2 benda tu buat dia susah. Dia susah nak kata NO. terima je. Payah sungguh kalau aku jadi dia.
Di jadikan cerita, setiap aku jd rumet dia. Aku tahu dia ada kawan lelaki. Dia ni sangat penyabar dan setia. Tapi sabar dia aku tak jangka sampai mana. Masa aku tahun 1 dekat uia Gombak, dia gaduh teruk jugak dengan kawan dia aka tunang dia. Hah, aku dpt tahu dia dah tunang pasal gaduh tu la. Dia ni bukan jenis yg mencarut babi bodoh semua tu. Baik sangat la nak kata. Tunang dia main kayu 3. Ok ini bukan kali pertama. Ni dah kali ketiga tak silap aku tunang dia kantoi. Tp sebab relationship goal yg dia pegang dan berkawan almost 7 years kot drp sekolah. Dia bertunang dediam je, kawan dia termasuk aku langsung tak tahu. Di jadikan cerita aku rasa dia dah tak tahan sngt sebab masa dia on call, ayat lembut tapi menusuk dalam ke kalbu. Serius, dia marah tapi lembut. Menangis. Sampaikan dia kata, biar keluarga dia yang pulangkan cincin. Masa tu aku nak tenangkan dia, dia kata dia dah tunang. Baru je. Aku peluk dia. Dia dah lost gila masa tu. Tahun 1 weh, nak menapak dekat main campus bukan senang. Susah namateiii.
Mula pada hari tu, dia diam. Tunang dia cari dia balik. Tapi dia diam. Buat tak tahu dan tak layan. Bila aku tanya dia dh okay ke. Dia kata dia rasa kosong. Tp Allah kan ada. Dia selalu pujuk hati dia macam tu. Aku pun nasihat setakat yg aku mampu jela. Aku nak berpuitis tak reti. Tapi apa yg aku belajar drp dia hargai, jujur, dan percaya. Tiga benda ni memang kena ada.
Di jadikan cerita duit aku pernah hilang. Dan aku tak ingat aku letak mana. Dia belanja aku, seminggu sementara nak tunggu duit aku masuk. Dia boleh pinjamkan duit sedangkan aku tahu keluarga dia tak berada sangat. Orang kampung yang tahu hargai adab dan budi. Aku pernah jumpa mak ayah dia masa hantar dia dekat gombak. Ayah dia pernah belanja kami rumet2 dia. Ayah dia belikan dan bagi keropok. Serius weh baik gila. Sampai satu tahap, dia bercakap dengan mak dia pun nak ber love you love you bagai. Aku nak cakap kat mak aku pun malu. Ha3.
Bila aku tanya dia sekarang dgn siapa. Dia kata dia kawan semua. Dia tak ada yg special. Bila dah masuk tahun akhir, dia macam banyak diam. Bila tanya, dia kata mak dia suruh tunjuk calon. Mana tak nya, sibuk berprogram pun sebab setia punya pasal mana dia nak usya lelaki uia ni. Dia ni patut di respect ah sebab jaga hati untuk si tunang keparat tu. Dan di jadikan cerita, dia ni anak keempat drp lima adik beradik. Yang lain semua dh kahwin, kecuali dia. Sebab dia kerja kerja dan kerja, program program dan program. student life sangat kan. ha3. Jadi mak ayah dia nak tgk dia kahwin sebelum hembuskan nafas yg terkakhir.
Rugi la tunang dia buat dia mcm tu. Sebab kalau korang nak tahu, dia ni pandai cari duit, dia dh ada duit simpanan tunggu nak kahwin je. Ramai orang kata dia kaya, sebenarnya tak pun. Dia mmg suka memberi sbb tu rezeki dia Allah bagi berterusan. Sekarang, kami dh konvo. Dah grad. Tapi cerita ni tak habeh sampai sini. Pasal jodoh dia? Masa tahun empat, aku dan rumet2 yg lain carikan dia kenalan. Ha3. Masa ni sangat hectic konon la nak tolong carikan calon. Dan sampai pernah dengan kami2 dpt jodoh skali. Eh aku ibu kepada 2 org putera kembar yg gemuk dan tembam. Dah lama grad. Ha3. dan suami aku? yup, orang terengganu. nak tahu kenapa? reason aku ada dekat atas tadi. baca balik perenggan ketiga.
Kawan aku ni, Allah uji dia macam2. Tapi betul orang kata, Allah sayang kita dia uji kita. Lepas satu2. Sampai satu masa dia berserah gila2. Aku dan rumet lain kenalkan dengan senior kitorang. Rumet asal sungai pusu. Dekat je. Nak di jadikan cerita kawan aku kerja part time dlm uia masa tu. Jd research assistant so dia akan stay up jugak la dkt kafe memana kulliyyah untuk buat kerja. Wifi laju dekat kafe je masa tu pun. Si senior kitorang ni kawan aku tak kenal. Maklumla, jaga mata sangat time program kan. Ha3. Memula seronok jadi orang tengah. Last2 malass nak mati. Kitorang decide suruh diorang contact sesama sendiri. Senior aku approach dia lambat sebab malu. Puihhh. Tapi sebab senior aku dh kerja. So masa terhad la jugak masa tu. Kawan aku busy kerja part time. Kawan aku pernah kata dia tak pernah lupa solat istikarah, kalau betul si senior ni jodoh dia, dia terima je.
Diorang contact hambar gila. Satu2 balas. Ya, tidak. Dah makan. Dah siap kerja. Contact tukar info keluarga. Tak pernah jumpa. Hambar sehambar2nya. Jadi aku memula ingat senior aku ni tak reti bahasa. Ingat dia nak main2 kan kawan aku. Perempuan weh, kalau kau suka cakap suka. Tak suka don’t give any harapan. Perasaan perempuan cepat terusik weh. Kawan aku dh terletak harapan pulak dekat senior ni. Jadi aku sbg rumet dia mampu doa je. Hari berganti hari, aku dia dan rumet yg lain dh nak konvo. Preparation dah siap semua. So, dah sedia nak baling topi? Ha3. Sudah!
Hari konvo dah tiba. Mak ayah suka ria tengok anak naik pentas. Kawan aku best student kulliyyah dia. Dah penat bergambar. Eh, kawan aku ni senyuman manis. Ramai je nak dia tapi dia kan tak layan org time program. Kerja sekadar bekerja dan berkejasama. No other relationship konon nak setia. Tiga tahun hidup membujang, ok sambung balik. Masa kitorang nak balik salam peluk cium yela nak berpisah, dia nak balik ganu, aku nak balik nogori, rumet lain nak balik perak dan perlis. Dia ni takat cintan, menangis ha3. Aku sangat cool. Sampailah ada seorang lelaki datang bawa bunga ada bear kecil konvo tu bagi dia. Aku terdiam. Rumet lain terdiam. Mak ayah kawan aku? Lagi lah terdiam. Lelaki tu salam ayah kawan aku, perkenalkan diri. Dan serta merta kami si rumet ni gelak pecah perut. Kawan aku merah muka dia. Lelaki tu bg jambangan bunga. Dia kata maaf lambat dan nasib baik konvo hari ahad bukan hari kerja. Sanggup dia datang. Lelaki tu dan kawan aku ambil gambar dgn family. So itu je. Sebelum kami gerak ke kereta masing2 lelaki tu ada cakap dgn ayah kawan aku. Cakap apa entah. Kami tak layan sangat.
Kawan aku balik sampai dekat kereta, nak say goodbye ni. Lelaki tu dh pergi. Sebelum aku dan rumet yg lain nak balik, ayah dia kata ‘Kak, ni ade orang bagi. Mu nok dok? Kalu tak boh ayoh bagi ke mok mu pakai.’
Aku terus ape lagi terkam la kawan aku. Suruh dia buka. Guess what? CINCIN! Ha3, kami berempat menangis la apa lagi. Siapa bagi? SENIOR KAMI. Ha3, ayah kawan aku cakap senior aku layan tak layan dia nak tengok kawan aku punya effort, dia nak tahu kawan aku punya perangai dan dia nak tahu macam mana kawan aku survive kalau dia busy nanti. Itu je. So, tup2 kawan aku kahwin dulu. Ayah dia siap bg alamat siap. Siap cakap perangai anak dia, garang macam mana, degil macam mana, marah macam mana. Lelaki tu bagi cincin sebagai tanda, pemalu sngt phuiiii. Ha3, tapi aku salute lah sebab dia berani jumpa ayah terus. Masalahnya tak bagitahu sepatah weh. Tapi ok lah sebab diorg memang tengah kenal hati budi pun kan. Takdelah serkap jarang terus call mak ayah ke, padahal tak kenal lagi siapa. Memang tak lah kalau macam tu. So, sekarang thats it !
Itu je, ceritanya aku sayang gila dekat kau kawan. Waktu tu aku doakan kau murah rezeki dan bahagia di samping senior yang tersayang. Ha3, nasib baik kau jumpa lelaki lagi tinggi kalau tak, tak merasalah kau pakai kasut tinggi. Aku suka sangat bila kau lantik aku jadi pengapit kau, dan aku suka sangat bila mak ayah kau tak letak hantaran yang tinggi buat kau. Mak ayah kau serahkan dekat lelaki nak bagi berapa sebab katanya seikhlas hati. Dan aku bangga ada senior macam suami kau sebab terus letak hantaran yang tinggi untuk di akad sebagai hadiah. Oh lupa, terengganu tak ada mas kahwin tetap, so aku tak jadi nak bangga dengan senior. Ha3 aku gurau je. Dan aku sangat suka bila duit akad tak cukup depan tok kadi, mak ayah kau suruh akad jumlah yg ada je. Serius bangga! Dan senior pula mengada nak tambah juga dengan online transfer. Apedehal, semua di hujung jari. Tak cukup RM50 je weh.
Itu jelah. Sayu pulak tiba2. Aku rindu kau sebenarnya. budi kau aku tak akan pernah lupa. Kau jauh di sana. Kau mesti rindu aku kan? Aku janji akan jaga anak kau sepenuh hati aku. Aku sayang kau Huda.
– Aishah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit