Kawan, Jodoh, Stalker

Assalamualaikum semua. Aku ada terbaca post pasal tak boleh lupakan seseorang, suka seseorang, dikejar oleh seseorang dan seumpamanya.

So aku nak share sikit orang yang adalah masalah stalker-psycho ni. Aku rasa, tak kurang pembaca kat sini mengalami masalah yang sama kot. Ini pengalaman akulah.

Orang yang aku hadapi mungkin seorang stalker-psycho. Pada mulanya, aku tak nak gelarkan dia macam itu. Tapi kawan aku sendiri berpandangan yang sama. Aku cuba menulis sebaik mungkin dan dalam bahasa Malaysia penuh. Hahaha…

Penulisan ini bukanlah nak klaim diri ini syok sendiri. Benar-benar berlaku. Mungkin pembaca di sini mengalami situasi yang sama. Kita doakan agar siapa yang mengalami stalker-psycho ini diberikan kesembuhan hendaknya.

Ceritanya begini… (nama yang ada semuanya bukan nama sebenar)

Namaku Aisar Razib. Budak yang aku nak ceritakan ini namanya, Safa Rahim. Safa ni muncul dalam hidup aku (Hurmmm… Macam tak sesuai pula kata muncul dalam hidup) selepas aku habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih kurang dalam seminggu dua gitu, dia muncul. Macam mana dia muncul, akan aku ceritakan nanti. Sebelum itu aku ceritakan serba sedikit pasal aku yang sebenar dan tetapi tidak detail lah.

Aku bersekolah di sekolah rendah hingga ke menengah di sekitar negeri Selangor. Sekolah rendah di sekolah umum kebangsaan. Naik basikal ke sekolah dengan kawan-kawasan sekolah dekat kawasan perumahan rumah aku.

Selepas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), aku ditawarkan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Selangor. Aku masuk dari Tingkatan 1 hingga 3. Masa Tingkatan 4 dan 5, aku masuk sekolah umum kebangsaan.

Ok, kenapa aku pindah atau keluar dari sekolah SBP dan masuk ke sekolah umum. Antara sebabnya aku tak nak duduk asrama. Masa aku masuk sekolah umum ini, aku dimasukkan kelas pertama, aliran Sains Tulen. Di sekolah, tidaklah aku rasa kekok, rasa janggal untuk berkawan tidak ada.

Sebabnya aku kenal dan ingat hampir sebahagian pelajar sekolah yang sebaya dengan aku. Ya lah, kawan dari sekolah rendah kot dan masih satu sekolah. Tapi untuk kelas aku ini, cumanya 4 orang ja dari sekolah rendah aku dulu. So aku ada geng.

Aku masuk ke sekolah umum ini pada Semesta ke-2. Semester Pertama masih di SBP, lebih 6 bulan di sana. Sepanjang aku bersekolah 1 tahun setengah di sekolah umum. Aku agak aktif dengan kegiatan kokurikulum sekolah.

Siap pegang beberapa jawatan persatuan. Sekolah aku ni banyak uruskan majlis-majlis, sukan-sukan, pertandingan-pertandingan peringkat akhir di peringkat Daerah. Kira jadi Tuan rumahlah untuk tahun itu.

OK. Sepanjang majlis-majlis, sukan-sukan, pertandingan-pertandingan berlangsung. Aku terlibat dalam menjayakan program-program tersebut.

Ramailah peserta-peserta, guru-guru, pelajar-pelajar luar datang ke sekolah aku. Memang sibuk giler. Pernah merasa menyesal kejap pon ada. Kau calon SPM kot, masih lagi nak aktif itu ini bagai.

Nak dijadikan cerita, ada seseorang pelajar ini berminat nak kenal aku. Secara pastinya, dia nak kenal lebih dari itu. Tapi dia tak tahu cara dan channel apa untuk jumpa aku. Lama dia cuba bertegur sapa dengan aku. Tapi cerita-cerita ini, aku tak tahu menahu langsung.

Sampailah aku habis peperiksaan SPM. Masa tengah tunggu keputusan SPM. Aku dapat mesej SMS dan panggilan dari seseorang iaitu dia, Safa. Dia tanya aku, dia yang jawab. Seolah tahu serba sedikit pasal aku di sekolah.

Dia cerita macam mana dia boleh jumpa aku, perhatikan aku, jawatan dan persatuan apa aku pegang dan masuk, latihan sukan dan banyak lagi. Pendek kata, apa aku buat di sekolah dan macam-macam lagi, dia tahu dengan banyak.

Rajin hantar SMS forward, yang ada bentuk bear bagai. Pernah hantar foto SMS bentuk bunga ros, cawan kopi. Haa korang mesti ingatkan moment ini? Zaman Nokia 3310 gitu.

Diringkaskan cerita. Rupanya si Safa ini dapat nombor telefon aku dari majalah sekolah. So tak hairanlah dia, macam mana dia boleh jumpa dan tahu serba sedikit pasal aku. Aku pun cubalah mengimbas kembali siapalah budak ni. Sebabnya si Safa ni tak nak dedahkan identiti dia siapa.

Kira nak jadikan dia pemanggil misteri untuk aku. Tak gitu??? Dia pernah ajak aku berjumpa. Pada awalnya aku menolak. Aku menolak secara baik sebabnya untuk apa nak jumpa.

Aku ada juga, tanya kawan-kawan batch aku, kalau-kalau kenal nombor telefon Safa ni. Semua cakap tak kenal. So aku anggap dia ni bukan budak sekolah aku atau bukan batch aku.

Masa terus berlalu… Keputusan SPM pun dah keluar. Papp… Aku dapat mesej SMS dari dia. Dia ajak jumpa, sebab dia dekat kedai depan sekolah aku masa itu.

Dia tanya pasal result SPM aku. Aku just bagitahu memuaskanlah. Bagi aku masa itu, dia siapa nak aku bagi detail berapa aku dapat. Dan dari situlah aku dapat tahu yang dia ni sebaya aku. Sebabnya dia plan nak apply Tingkatan 6 kat sekolah aku.

Aku ada juga lah tanya serba sedikit latar belakang dia like asal mana, duduk mana, sekolah mana. Ibarat orang jual pantun, kita juallah balik. Bagi aku, sekolah aku dan dia dekat jugak. Cumanya, aku tak tanya dia kenapa tak masuk sekolah aku dari awal.

Dan sengaja aku tak tanya kenapa dia nak kenal aku. Bagi aku masa itu, takut dia akan anggap/berfikir, ooo si Aisar tahu yang Safa ada perasaan suka. Bagi aku betullah kot. Tengok cara dia bertindak boleh kita agak. Tapi ini kali pertama aku hadap kes ini.

Dia ada juga minta nasihat/pandangan aku pasal next action/plan selepas SPM macam mana.

Aku bagitahulah, eloklah mohon Tingkatan 6 dan masuk ja, mohon ja semua. Mana yang sangkut, masuk dulu. Kalau dapat better offer, barulah fikir nak pindah atau tak. Si Safa ada tanya aku, masuk Tingkatan 6 tak?

Macam aku, dah auto register sebab sekolah aku sendiri ada Tingkatan 6. So aku cakap tak masuk kot. Sebabnya aku kalau dapat tawaran Matrikulasi, untuk apa pergi daftar masuk ke Tingkatan 6. Semuanya duit.

Dari situ, dia rasa tak syok katanya. Dia pujuk aku suh masuk dulu daripada tak buat apa sementara nak masuk Matrik. Dari situ juga dia beranikan diri lagi, ajak berjumpa.

Aku masa itu, dah kenapa budak ni??? Memujuk dan mengajak jumpa. Akhirnya aku pun pergi jumpa dia sekejap depan sekolah. Itu pun sebab aku ambil peluang nak jumpa kengkawan yang masuk Tingkatan 6.

Masa pendaftaran Tingkatan 6. Aku pergi lah jumpa dia. Dan itulah pertama kali aku jumpa dia. Apa perasaan masa jumpa dia? Biasa-biasa aja. Masa dari awal dapat mesej dia, tidaklah aku tersenyum. Siapalah yang memperhatikan diriku dalam diam. Hahaha…

Masa jumpa, dia suka bertanya hal peribadi. Berapa adik beradik. Cita-cita apa. Suka klaim, budak pandai ni mesti ramai peminat. Mesti ada awek masa kat sekolah SBP.

Dan memacam lagi dia tanya. Katanya “Siapalah dia untuk dilayani dengan budak sekolah biasa-biasa.” Aku dari situ mula rasa tak selesa. Berkawan buat cara nak berkawan.

Tapi bila dia sebut awek sekolah SBP. Buat aku teringat kat seorang gadis ni. Cewaahhh, gadis kau panggil? Serius, dia buatkan aku teringat kat gadis itu. Hahaha…

Masa aku 6 bulan Tingkatan 4 kat SBP. Aku ada rasa bibit-bibit perasaan suka kat gadis itu. Namanya, Raissa Mokhtar. Aku dan Raissa ni disatukan kelas yang sama sebab amek aliran yang sama. Masa aku Tingkatan 1-3, macam tak terperasan pulak dia. Kelas mana dia duduk masa itu.

Ka dia masuk masa Form 4? Masa aku nak keluar dari sekolah SBP. Ada lah dia orang ni buat farewell simple-simple. Bergambar guna filem kodak bagai, hasilnya selepas cuci. Bolehlah. Kalau 10 kali petik, yang cantik 5 ja. Hahaha…

Ada satu situasi buat aku tak boleh lupa adalah Raissa request nak bergambar berdua. Seriuss beb! Hati aku berdegup laju. Gadis yang aku suka dalam diam. Minat pun ada. Perasaan pertama kali tengok atau jumpa, memang gitu lah ekk???

Masa kami bergambar, kelopak mata aku berkelip-kelip laju. Rasa gabra… Gemuruh pun ada. Punya tahap gigil tangan, tolong hulurkan pinggan plastik ke dia. Hahaha… Masa bergambar. Mujurlah gambar tu molek ja tengok.

Takde yang terpejam mata. Hahaha… Aku dan Raissa dah lost contact lama. Lama sangat-sangat, sampai sekarang (masa aku menulis cerita ini). Dulu-dulu kalau tukar nombor telefon, susah kita nak update kat kengkawan.

Nombor contact pon kadang saved kat telefon or simcard. Kalau rosak salah satunya, tak memasal hilang nombor contact. Nak buat macam mana kan, teknologi masa itu.

Kalau now, kita boleh tahu dari aplikasi WhatsApp ja orang tukar nombor telefon. Apa-apa pun, aku masih berbesar harapan agar direzekikan untuk berjumpa dengan dia dan keluarga dia.

OK. Berbalik cerita si Safa. Seingat aku lah, dia pernah pos surat beberapa keping ke rumah aku dan secara face-to-face. Surat yang aku dapat ni banyak juga, lebih kurang 10 pucuk surat termasuk kad raya, kad hari jadi, sejak dari dia contact aku sampai lah dia habis Tingkatan 6.

Aku tak balas sepucuk surat pun kat dia. Kalau aku balas, takut jadi lain ceritanya. Membalas surat seolah memberikan harapan.

Emel? Ada jugak dia hantar. Tak lekang juga mel-mel forward, hikmah nasehat dan sebagainya. Untuk Emel, iya aku ada balas-balas, itu pun tak banyak.

Sepanjang aku di Matrik Negeri Sembilan dan dia di Tingkatan 6. Adalah beberapa kali dia ajak berjumpa. Banyak kali aku reject. Kalau nak jumpa pun sebab aku tengah cuti panjang dan sekolah aku ada event like Hari Koko.

Satu sebab besar aku datang ke sekolah sebabnya ada kawan-kawan aku kat situ. Kalau set masa semata-mata untuk jumpa memang tidak lah.

Lepas aku tamat pengajian di Matrikulasi. Aku masuk universiti di negeri Perak. Aku ingatkan kisah ni habis sampai sini. Rupanya bersambung lagi. Si Safa masih menjadi stalker aku. Dia drone rapat pasal perkembangan aku. Dia jumpa aku di laman media sosial, Friendster masa itu.

Semua kawan-kawan aku yang ‘disyaki’ dari SBP, Matrikulasi sampailah universiti dia add sebagai kawan maya. Kawan sekolah umum jangan ceritalah. Itulah pencetus boleh terjumpa aku kat Friendster. Sampailah suatu masa dia add kawan aku ni namanya, Adiratna.

Adiratna ni, bukan kawan aku dari sekolah, matrik, dan universiti. Aku kenal Adiratna dekat media sosial sebenarnya. Hehehe… Tapi ada kisah menarik sikit lah pasal cara aku kenal dan doted-doted line setelah itu.

Aku add dia ni sebabnya aku main add ja sesiapa masa aku create akaun Friendster. Aku tengok gambar profile Adiratna sebab manis orangya, redup mata memandang gitu.

Agak lama jugak aku add begitu sahaja. Setahun lebih kurang, tersadai add sahaja. Kemudian itu, kita orang ada berbagi-bagi komen dalam hampir setiap post kita orang.

Kemudian itu, kami share ID Yahoo Messenger! (YM). Dari situ aku banyak berchatting dengan dia. Chat pun nasib-nasib kalau online serentak. Tak adanya nak set-set time bila online.

Aku kenal serba sedikit pasal Adiratna ni melalui YM! lah. Adiratna sebenarnya belajar kat luar negara nun di Ireland. Aku pulak di Perak.

Naik seganlah kan (bro cuba nasib untuk berkenalan…hahaha), berkawan dengan budak bijak pandai. Setelah lama berkawan dan tenggelam sepi dalam alam maya. Masing-masing sibuk. Aku sempat bertanya serba sedikit pasal background dia. Dia ni rupanya, budak MRSM di Melaka.

Nak jadikan cerita, kakak ipar aku menjadi guru Biologi dan mengajar di MRSM Melaka dan seorang lagi kakak ipar merupakan super senior, batch ke-2 kalau tak silap, kira merupakan bekas pelajar MRSM situ, ANSARA (Biasa dengan geng MRSM sebut ANSARA).

Dia orang memang tak pernah berjumpa pon. Beza umur pun lebih kurang 11 tahun dan dia sebaya aku. Aku pada masa itu merasakan, wowww sungguh kebetulan ni. Hahahaha… Berseloroh dalam hati, “jodoh dekat ni!!!” Hahaha.

Ada lagi beberapa perkara yang wowww sangat berlaku. Macam drama tapi sebenarnya bukan. Dalam hati berkata, kalau jodoh kuat tak ke mana. Hahaha…

Aku tanya dia duduk mana, tinggal di mana. Dia pun bagitahulah, dia duduk sekian sekian kawasan. Dan benda yang aku tak tanya pun dia bagitahu like family bukak kedai makan dan lokasi rumah (siap print screen dari Google Map).

Baru aku tahu rupanya, rumah dia semukim dengan rumah sewa aku. Rumah aku dengan rumah bersebelahan taman. Terpisah dengan surau dan taman permainan..

Korang nak tahu? Masa aku pergi usha kedai makan famili dia. Kedai makan ini lah tempat aku singgah pergi sarapan tiap pagi sebelum pergi kelas. Aku siap cakap, nama pekerja kedai dan makcik yang jaga casher rupanya emak dia.

Sebelah petang kalau balik dari bersukan aku singgah rumah yang ada jual gorengan, air tebu/kelapa. Aku masa ni, tak perasan pun itu rumah dia.

Google Map yang dia print screen aku cuma perhatikan kedai dia ja. Masa inilah aku baru perasaan makcik casher itu jaga gerai depan rumah. Masa itu, perasaan nak cakap macam familiar muka ni. Aku tengok balik chit-chat kita orang kat YM!. Haaa betullah itu rumah dia.

Bapak dia mana? Kau dah kenal? Haaa, macam aku cakap sebelum ni. Rumah aku dengan rumah sebelah taman. Berkongsikan surau. Aku kenal bapak dia kat surau gitu-gitu ja lah. Bukan reti dan jenis duduk lelama kat surau. Jarang stay dari Maghrib ke Isyak. Lepas Maghrib terus gi makan.

Kalau tak jauh tempat aku makan, Isyak kat surau. Aku tahu itu bapak dia ni masa terserempak kt rumah dia masa duk susun makanan gorengan. Aku masa ni nak ketawa pun ada. Tersenyum lebar pun ada.

Masa kat YM, aku share lah cerita ni pasal aku kenal bapak dia. Dia pun rasa senang siap cakap, “Mujurlah Aisar kenal Hj Man kat surau dulu.

Kalau tidak, tak ada modal nak cerita kat Umi dan Abi kenal Aisar masa beli makanan dekat kedai dengan rumah.” Teringat ayat-ayat ni. Hahaha… Dari situ, dia bagitahu nama penuh dia dan orang tuanya. Adiratna binti Azman. Azman bin Ahmed. Kalsom binti Bukhari.

Hubungan aku dengan Adiratna sekadar kawan gitu. Meskipun ada perasaan suka, kalau bab pilih jodoh, dia jadi calon aku. Ada keterbatasan untuk berbicara dan masih jauh perjalanan. Kami berchatting kalau ada keperluan tapi tidak lah set masa untuk berchatting semata.

Masa dia balik bercuti semester. Dia ada mengajak aku untuk berjumpa. Hati mana tak rasa gembira weyhh!!! bila orang yang kita suka dalam diam ajak jumpa.

Aku jumpa dia cuma 3 atau 4 kali ja seumur hidup aku. Itu pun dia berusaha ngajak jumpa lagi. Sebabnya dia balik kali ini lama. Akan datang tak balik, sebab nak kerja part-time kat sana.

Dalam tempoh dia bercuti panjang. Ada lah moment-moment perjumpaan yang tak dapat aku lupakan. Ada satu kali itu, dia ajak jumpa kat Mall. Katanya maybe dekat separuh hari kut dia nak jumpa kat sana. Sebab itu dia tanya bila aku betul-betul free.

Masa dekat Mall. Kita orang makan kat food court lah. Bayar sendiri-sendiri ok. Hahaha. Pastu teman dia beli barang-barang keperluanlah.

Aku tukang sorong troli. Sembang gitu-gitu ja. Tak reti nak menyembang. Kira ini 1st date yang diharapkan lah. Meskipun pernah jumpa sebelum ni.

Masa kita orang kat supermarket. Tetiba dia, dia suruh mintak tolong. Ambilkan tiket wayang untuk kakak dia dekat kaunter. Ohhhh ada kakak rupanya. Dia pass kan telefon bimbit Nokia 7610 (Daun) ke aku, dan phone aku ke dia.

Bertukar sekejap. Alasannya, senang kakak dia call dia. Lagi satu SMS butir pembelian tiket ada kat phone dia. Aku pun happy pergi ke kaunter ambil tiket. Sambil tunggu kakak dia telefon nak collect tiket.

Aku tunggu punya tunggu. Si Adiratna pun sampai dulu dari kakak dia. Terus aku serahkan telefon dan tiket wayang. Dia cakap, tunggu lagi 15 minit lagi. Aku pun tak faham apa maksud dia, 15 minit. Cukup 15 minit, Adiratna panggil aku, “Aisar, jom kita masuk wayang”.

Seriuss beb! Aku terkejut pasal ni. Dia cakap lagi, “Aisar, tak tengok ka isi tiket wayang tu?. Aku mengangguk tanda tak tengok. Aku cuma cakap, “Kata kakaknya nak amek tiket?”. Dia balas apa taww??? “Yang datang collect tiket tuh kakak kepada adik-adik awak, saya”… Dia gelak-gelak kecil.

Ini first time aku tengok wayang dengan perempuan. Dah lah dia amek couple seat. Posisi kerusi kiri atau kanan dia yang aturkan. Katanya senang nak tengok muka aku lama-lama dari tepi. Nak tengok depan-depan time makan ja. Tak tahulah perasaan aku masa tuh. Dia ni suka aku ka apa ka.

Lepas settle apa yang patutnya. Aku balik rumah. Dia mesej aku, kalau tak ada plan makan malam dengan kawan-kawan. Boleh singgah rumah dia, amek makanan. Masa aku dapat mesej dia, aku perasan nama dia bertukar dekat phone contact.

Aku terus bagitahu housemate aku, makan malam nanti tak boleh lama-lama. Officemate aku rasa pelik tetiba ja, kan. Selama ni, memang mengekor ja ke mana-mana. Hahaha…

Lepas makan luar, aku singgah ke rumah dia. Amek makanan dan gift. Katanya minggu depan dia dah nak balik ke Ireland.

Mungkin lepas ni, setahun lebih tak jumpa. Sebab dia nak kerja part time kat sana. Aku datang ke sana dengan tangan kosong. Hahaha…

Aku tanya dia, ada ka tukar nama contact dia dalam phone aku ka? Dia cakap “iya, ada tukar” dan bagi sebab. “Nanti senang Aisar nak cari…

Tekad keypad ni terus nama Dira keluar dulu.” Dia letak nama dia, A Adiratna. Sebelum ni aku set Adiratna. Tapi memang betullah dia cakap. Bila aku tekan keypad A, nama dia keluar dulu. Hahaha…

Selepas-selepas ‘dating’ dengan dia, aku pernah lah jumpa parents dia as tetamu kenduri atas jemputan bapak dia dan dia sendiri.

Susahkan? Kalau tak confess dari awal pasal perasaan suka. Hahaha. Jenis aku ni, kalau aku suka kat seseorang dan orang itu macam bagi respon positif.

Aku bukan terus nak kejar dan tangkap muat gitu. Sebabnya, bila tengok tang rupa paras. Kawan-kawan aku pun kata, “Sar, kalau ko tak nak. Bagi aku lah kenal dengan dia”.

Rasa low profile nak tawan si Adiratna memang wujud dan menebal. Tapi bila dia mendekat dengan aku, memang suka lah aku. Tapi aku tak letak ini sebagai tanda aras sebagai dia ni ada perasaan suka kat aku.

Masa hari dia flight hari itu. Dia call aku guna nombor telefon Umi dia. Umi dia yang call, “Aisar, makcik ni. Kejap ya, Dira nak cakap kejap”.

So aku kat situ, rasa macam berlaku confess kot. Dia cakap, “Jaga hati, jaga perasaan, jaga mata”. Dalam 30 minit kemudian, dia call aku guna telefon dia.

Kali ni guna line Ireland dia. Dia cakap, sepanjang kat airport dia dah tukar simcard and activate roam calling. Padan lah aku mesej dia tak sampai. Dari situlah aku dapat nombor personal Ireland dia. Sebelum dia off telefon masuk kapal terbang.

Ada satu madah dia cakap masa itu, “Kita ni berkawan. Kalau berkawan dipenghujungnya adalah jodoh sebagai suami isteri, itu Alhamdulillah. Tapi kalau penghujungnya sebagai sahabat, itu pun jodoh juga. Bertabahlahh” Dia gelak kecil.

Masa dia tiba di Ireland, kira baru sampai. Dia mesej aku, kirim salam sama Bonda (Mak aku lah). Tengok-tengokkan famili dia. Itu ja lah last kita orang bermesej. Selebihnya di YM!, itu pun kalau terserentak beronline.

Ada jugak pernah aku dapat mesej offline. Dia share gambar port dia melepak. Dari situ dia bahasakan diri dia, Eid. Makin kuat pulak syak aku, yang dia ni macam suka aku. Tapi di mana keberanian aku untuk mengaku dan bertanya pada masa itu?

Sepanjang dia kat Ireland. Ada jugak dia post parcel untuk aku tanpa aku mintak like baju, cenderahati, bookmark dan lain-lain. Sesalinan journal dia pasal dia.

Menulis, mengarang boleh tahan penulisan. Bayangkan, buku cerita Harry Potter dia berjaya habeskan. Dia acapkali pesan, jangan memandai nak post barang ke rumah di Ireland. Kos belanja tinggi.

Eyyhhh jap. Masuk balik cerita pasal Safa. Nama aku kan, Aisar Razib dan dia, Safa Rahim. Nama-nama macam ini pun dia cuba jadikan modal sebagai seserasian dan persamaan.

Bilangan adik beradik, 6 orang. Aku ketiga last. Dia ketiga awal. Belum cerita pasal zodiak-zodiak lagi. Syeramm bila ku mendengarnya.

Oleh kerana aku tak amek port… tak amek peduli… langsung pasal Safa. Dia pun dah jarang-jarang SMS aku sebab sendu kot tunggu aku balas mesej.

Rupanya dia buat kerja spy profile-profile friendster yang aktif dengan post aku. Yang lagi dahsyat, yang tak ada komen pun, dia pergi intip.

Ntah bila, si Safa ni berjaya stalk akaun Adiratna dan Raissa. Pening kepala aku bila hadap orang yang stalker sampai tahap ni. Si Safa tanya siapa Adiratna?

Siapa Raissa?. Rajin eyh Adiratna komen post aku. Siap dia highlight lagi kat aku, Adiratna set aku as top 6 Friends dalam Friendster dia. Ada apa-apa ka??? Selidik si Safa.

Yang Raissa mana dia jumpa??? Yang sebenarnya, aku dalam lost contact dengan Raissa. Baik kat Friendster mahupun phone. Tapi apa yang buatkan Safa ni tanya siapa Raissa?

Rasanya ada kaitan dengan Raissa ada upload gambar farewell kita orang masa kat SBP dulu, dan dia ada upload gambar kami berdua kat kelas.

Gambar kami berdua. Gambar makan-makan kat kantin. Semuanya dalam satu album. Tapi ada bagus juga dia bagitahu, sebabnya boleh aku download semula gambar-gambar lama. Kot ada yang tak pernah ada. Kot hilang ka. Lagi pon aku tak ada gambar dalam bentuk softcopy.

Maka dari situ. Mungkin jadi penyebab kot. Si Safa makin bersungguhlah dia nak tahu siapa dua orang ini yang jadi contact rapat aku. Aku berpandangan masa itu adalah…

Mungkin dia ni, si Safa ingat aku contact rapat dengan Raissa berbanding dengan Adiratna.

Sebabnya Raissa tak selalu komen post aku. Ada gambar kami berdua plus Raissa yang upload sendiri. Orang kata, tak nak show off. Betul!, dia keep asking pasal Adiratna dan Raissa. Dari situ, aku kena cop playboy bagai.

“Boleh tahan juga perangai anak pakcik Razib ni ek. Tak dapat satu, yang satu menunggu.” Perghhh!!! Memang kasar ayat dia.

Nak jadikan cerita. Oleh kerana aku buat tak tahu dan buat derkk segala pertanyaan mak nenek dia. Dia akhirnya contact dengan Adiratna.

Memula add dan contact biasa-biasa ja. Aku pun tak tahu bila dorang ni berkawan kat Friendster. Sampailah aku ketahuan Safa dah berkawan kt YM!.

Mana aku tahu? Dia berkawan kat YM!? Masa aku dan Adiratna tengah online. Si Safa ni pun online sama. Dalam list friends YM! Aku nampaklah Safa tengah online.

Dia tak kurang lah punya rajin, kalau dia nampak aku online dia akan Buzz Buzz Buzz dan Buzz sampailah aku reply. Bila aku lambat reply dia kan Buzz lagi.

Ada satu masa, masa aku, Adiratna dan Safa ni beronline. Dan macam biasa, Safa mula typing kat aku dan aku tak reply. Dia terus bagitahu aku, “tengah YM dengan Adiratna lah tu. Padan lah tak pandang mesej kita”. So dari situlah aku dapat tahu yang dia dan Adiratna dah berkawan melalui YM!.

Pernah jugaklah kami (Aku dan Adiratna) bervideo call tapi turn-off kamera. Senang nak cerita voice-to-voice orang kata. Adalah satu part, aku masih ingat lagi sampai sekarang. Adiratna ada mention nama pasal Safa. Siapa Safa ni? Kenapa Safa beriya nak berkawan dengan Adiratna.

Nak berkawan as sahabat pena lah gitu. Adiratna bagitahu, Safa pernah request nak tengok dia melalui video-call. Aku tanya-tanyalah jugak, sembang apa ja sampai video call.

Yang ini si Adiratna tak nak share. Dan aku tak tanya lah, bape kali dah buat video-call dengan dia. Dan ada suatu masa itu. Selepas aku tahu si Adiratna-Safa ber-video-call. Si Safa pernah text aku kt YM!:

S: Pandai ekk ko cari Adiratna. Manis, lembut mukanya. No wonderlah, ko terkejar-kejar kat dia.

A: Bila masa ko stalk dia?

S: Aku video-call dengan dia. Dia free hair lagi cantik. Kalau bertudung nampak manis ja.

S: Tapi nak compare-kan dengan Raissa tuh. Dia memang cantik. Gambar-gambar candid pun tetap nampak cantik. Kau memang pandai.

Satu ja ayat aku untuk kau, “Tak dapat satu, yang satu menunggu.”

Terkejut aku~ Terus aku diamkan…

Sejak dari situ, banyak cerita tak manis berlaku sebab tahap gaban punya stalker-psycho. Adiratna ni bijak dalam bertanya. Bila ada soalan-soalan pelik berlaku dia akan tanya aku.

Baik secara SMS, telefon, mahupun YM!. Aku terus terang kat Adiratna sebab aku boleh menduga, mengagak apa yang dah berlaku antara dia orang ni, Adiratna dan Safa. Tak pasal-pasal stalker-psycho ni palitkan Adiratna ni.

Ada suatu hari, Adiratna call aku dari oversea. Terkejut weyhh…first time dia call aku. Makan kredit wooo call jauh dekat 30 minit gitu. Aku ingat lagi moment ni.

Dia cakap, dia malas berebut pasal lelaki. Malas nak bergaduh dengan Safa. Rimas dengan Safa yang duk tanya dan cerita pasal aku kat dia.

Pasal hubungan aku dan Safa pernah dingin (makkk aiii ayat…macam pernah couple lak aku dengan Safa). Masa dia cakap dia malas berebut pasal lelaki. Dalam hati aku terus terketuk, dia ni suka aku lah ek?.

Oleh kerana si Adiratna ni, tak nak berikan kerjasama untuk bagitahu apa cerita yang dah disembangkan… Apa cerita yang dah dicanangkan oleh stalker-psycho. Aku terus bagi konklusi.

Dan bagi aku, itulah kot akan bakal panggilan terakhir dan contact. Tapi memang betul, berlaku setelah aku bagi konklusi.

Aku bagitahu Adiratna… Yang dia kenal aku masa kat sekolah menengah…blah blah blah (cerita cara dia kenal aku). Aku tak tahu menahu pasal dia sebab bukan satu sekolah. Kalau dia cakap dia kenal aku masa satu sekolah, betul satu sekolah. Tapi bukan satu sesi. Dia sekolah Form 6 kat sekolah aku.

Lepas tuh, dia tanya lagi. “Siapa budak sekolah sains? Siap bergambar bagai.” Aku pun explain kat dia. Pasal farewell. Pasal dia ajak bergambar. Adiratna nak tengok akaun Friendster tak dapat lah sebab bukan friends.

Aku cakaplah, aku dah lama lost contact dengan dia baik dari nombor telefon dan Friendster. Satu lagi, akaun Raissa dah berlapuk tak aktif. Aku siap print screen lagi status last login, hampir setahun tak aktif dan hantar ke YM! Adiratna.

Masa aku duk gigih bukak laptop, print screen, sent ke YM! sambil telefon. Terdetik kat perasaan aku, “waa bersungguh aku pertahan diri untuk Adiratna”.

Sebenarnya aku benar-benar sukakan dia. Perasaan untuk memimpin dia dalam kehidupan itu wujud. Walhal kami tak confess lagi pasal perasaan atau pernah mengaku suka. Aku suka dalam dia dan dia pun sama kot suka dalam diam.

Haa itu ja lah, kali terakhir aku call, dengar suara dia. Sayang pulak, tak rekod suara masa tuh. Hahaha…

Sejak dari kejadian itu. Adiratna langsung tak contact aku. Diikuti dengan Safa yang kalau dulu cuba-cuba beranikan diri Buzz Buzz Buzz kat YM! aku .

Masa terus berlalu… Zaman kegemilangan Friendster dan MySpace tenggelam dek zaman. Facebook muncul sebagai pengganti. Dan aku pula belum jumpa lagi gadis pengganti masa itu. Hahaha…

Masa buka akaun Facebook. Ada jugak aku cari-cari Adiratna dan Raissa. Khususnya si Adiratna. Tapi tak jumpa nama. Guna nama lain kot.

Hubungan aku dengan famili Adiratna? Macam biasa. Aku buat tak rajin, dan kurangkan pergi jumpa famili dia kat kedai. Sesekali terjumpa bapak dia kat surau. Dekat YM! Nampak gak dia online. Tapi sekadar tengok ja lah. Dalam hati nak menyapa, bertegur sapa. Tapi…

Masa terus berlalu… Aku dah masuk kerja, dalam setahun setengah kot. Aku sambung belajar Master dekat UniKL. Area mana?

Memandailah korang fikirkan. Hahaha.

Masa aku buat full time Master. Jadi student tua. Hahaha. Buat aku teringat zaman belajar. Buat aku teringat kat Adiratna. Apa cerita dia ya.

Tak kan aku nak gi gegor Perak semata-mata nak tahu pasal dia. Hahaha…

Bila kau dah jadi student tua. Maka YM! kau akan kembali aktif. Cuba jugak tengok-tengok Adiratna, kot-kot dia online. Ternyata memang tak beronline langsung. Sebabnya, mesej yang aku sent tak ada tanda diterima.

Masa aku jadi student Master, beronline YM!. Si Safa ni muncul sekali lagi. Dia kali ini, dia mesej dengan dimulai berdekah,

S: “kah kah kah kah”.

A: “apa hal kau? Takde bagi salam, tetiba ketawa”

S: “Padan muka kau. Puas hati aku.”

S: “Awek kau yang kau puja. Yang kau suka. Yang kau cuba rahsiakan. Dah kawen!”

S: “Eloklah dia tak kawen dengan kau. Puas hati aku”

Aku dari situ dapat tahu yang Adiratna dah kawen…

Aku replied simple ja. Banyak lagi kot kerja aku kena buat…

A: “Eloklah dia dah kawen dengan jodoh dia.”

A: “Misi kau dah selesai. Kau pun tak yah nak kerja as stalker-psycho lagi.”

A: “mesti ko gigih nak tahu perkembangan cerita kita orang sampai sekarang, kan?”.

A: “usaha nak dapatkan kebahagiaan, silakan. Tetapi janganlah menumpaskan kebahagiaan orang lain.”

Dia punya hangin bertalu-talu. Sampaikan aku nak stop chatting, aku terkantoikan diri aku yang sibuk nak buat Master dari layan perangai budak macam dia. Dia teruskan menjadikan diri sebagai stalker kat FB. Aku masa itu, bukan jenis suka unfriend or blocked.

Dia still jadi stalker aku masa aku jadi student Master. Aku kerja semula. Dia siap stalker FB tunang aku. Dia tahu aku dah bertunang. Dia buat perangai yang sama macam kes Adiratna.

Mujurlah aku dah habaq awal-awal kat tunang aku pasal benda-benda yang dah berlaku. Tapi memang betul, dia memang bertandang ke FB tunang aku. Dan berceritalah pasal aku, kenal aku macam mana dan so on lah.

Kami bernikah masa aku jadi tenaga pengajar dan dalam masa yang sama sambung PhD. Dan bini aku baru lepas grade dari Ireland. Aku tak sure dorang (Adiratna dan Hasyimah) ni satu universiti ka tidak. (Eyhh, kenalkan. Nama wife aku Hasyimah.)

Punyalah sikit aku tahu pasal Adiratna masa awal-awal kenal. Kalau ada bagitahu pun, mungkin dah lupa. hahaha

Masa wife tengah buat housemanship di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Akulah yang gi ngantor dia ulang-alik dekat 3 bulan. Ntah nak dijadikan cerita.

Aku terserempak si Adiratna. Dia tak perasan aku lah. Sebabnya aku dalam kereta. Terserempak seperjalanan bawak kereta. Aku dalam kereta nak pergi opis. Dia baru keluar dari kereta. Itu ja lah sekali aku terserempak dengan dia. Aku tak cerita pun kat wife aku.

Lepas wife aku tamat housemanship. Wife aku terus bekerja kt HKL. Nak jadikan cerita. Wife aku ni sebenarnya dah kenal Adiratna ni masa dia housemanship. Sengaja dia diamkan hal ini. Dan Adiratna memang tak tahu menahu siapa Hasyimah ini.

Aku dan Adiratna tahu yakni saling tahu menahu a.k.a yang kami ni baru tahu. Bahawa aku baru tahu yang Hasyimah pernah report kerja kepada Adiratna masa housemanship.

Dan Adiratna baru tahu yang Hasyimah ni wife aku. Dapat tahu masa dia orang ada kempen/program/bengkel kesedaran kat HKL. Yang mana orang luar dijemput hadir untuk menjayakannya. Aku tukang support lah. Sebab programnya Sabtu ahad.

Setelah terjumpa sekian akhirnya. Dari situlah kami ditemukan sebagai sahabat. Dan aku add FB dia. Dan si Safa muncul lagi melakukan kerja sebagai stalker. Dia mesej kat messenger FB aku. Duk sibuk mesej aku, kirim salam kat wife akulah. Kim salam kat Adiratna lah.

Kadang ada benda dia tak puas hati, bila kami upload gambar kami, gambar famili aku dengan famili Adiratna. Dia pun gigih nak add Adiratna dan suaminya. FB wife aku memang status pending lah untuk dia.

Dan aku akhirnya terpaksa blok FB dia dengan perangai tak sudah-sudah. Masih nak mesej aku lagi yang tak sepatutnya. Itu pun setelah aku dapat tahu dia ni pun dah berkahwin. Dah bersuami. Dah beranak-pinak.

Aku bersyukur dipertemukan semula. Dr. Aisar (ceh wahhh) & Dr Hasyimah. Dr Adiratna & Ts. Badiuzzaman.

Bagaimana aku boleh berkenalan dengan Dr. Hasyimah. Biarlah menjadi rahsia kami berempat. Walau bagaimana pun, perjalanan ini sungguh cantik.

– Aisar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *