Kawan Kaki Minum

Sebenarnya saya tulis ni atas dasar sayang sebagai seorang sahabat.

Mungkin ada cadangan dari pembaca macam mana saya nak bantu kawan saya yang terjebak dengan alcohol ni.

Sebelum tu saya kenalkan diri saya Rina.

Saya kenal kawan saya Amy di tempat kerja. Dia seorang rakan kerja yang baik.

Dari rakan ditempat kerja, hubungan kami akrab sampai ke luar kerja. Cuti kami selalu buat aktiviti outdoor sama-sama.

Amy dah lama sangat duduk KL. Dari zaman belajar katanya. Lepas tu ikut kawan-kawan pergi club dan terjebak dengan alcohol.

So sampai sekarang dia masih lagi dengan rutin yang sama. Setiap malam dia akan pergi club.

Bila saya dapat tahu ni saya jadi sedih sangat. Ye la kita kan orang Islam. Tambah-tambah Amy tu perempuan melayu yang penuh dengan kesopanan.

Saya tak boleh terima dia ada habit macam tu. Saya dah nasihat macam-macam dah. Siap ajak dia pergi kelas, pergi terapi, tapi dia tak nak.

Katanya dia suka hidup macam ni dan tak de niat nak tinggalkan benda ni.

Amy ni orangnya sangat-sangat baik, semua orang selesa dengan dia. Dari segi akhlak dia, dia tak de satu keburukan pun di mata saya kecuali kaki minum.

Saya dah cakap benda ni salah, berdosa, amalan doa semua tak diterima. Bawak penyakit, macam-macam lagi la saya cakap.

Tapi dia cakap doakan la dia, mungkin satu hari dia berubah. Means dia memang ada niat nak berubah kan.

Tapi tak tahu la macam mana nak pujuk dia untuk stop. Kawan-kawan pub tu pun kawan-kawan lama dia.

Dia kata tak mungkin dia tinggalkan kawan-kawan yang setia berpuluh tahun dengan dia tu.

Entah la saya rasa sedih la. Ada kawan baik macam ni, tapi bergelumang dengan dosa macam ni pulak.

Saya tak kata saya bagus. Saya tahu semua manusia ada dosa masing-masing.

Tapi sebagai kawan yang baik, saya mesti nak yang terbaik untuk kawan saya jugak. Nak dia sihat, nak dia berada di jalan Allah.

Tapi saya tak tau nak buat macam mana dah selain berdoa setiap masa untuk dia.

Lagi sedih bila saya tak mampu nak bantu dia untuk tinggalkan benda tu.

Ada apa-apa cadangan ke ye? Mohon komen di bawah.

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *