Nama saya Nuhal, bukanlah nama sebenar saya. Saya merupakan seorang pelajar.
Di sini saya akan menceritakan kisah saya. Kisah macam mana saya boleh ada kawan-kawan imaginasi saya boleh tercipta. Ya, bukanlah seorang, malah 4 orang kesemuanya.
Saya merupakan anak sulung bagi 5 orang adik beradik. Disebabkan saya anak sulung, mak dan ayah sentiasa menaruh harapan yang tinggi terhadap saya.
Sampailah saya masuk ke sekolah menengah, mak dan ayah saya daftarkan saya ke sekolah agama berasrama penuh.
Namun itu semua bukan lah kehendak saya sendiri, dan saya terpaksa menuruti memandangkan saya merupakan harapan keluarga.
Namun, tak sampai sebulan, saya menangis dan merayu-rayu kepada mak dan ayah saya mahu pindah sekolah.
Saya tak cantik, tak putih dan badan berisi sedikit. Ramai akak-akak senior yang tidak sukakan saya, memandangkan saya tak comel macam junior mereka yang lain.
Dan juga sebabkan saya selalu mengalami ‘homesick’, yang buatkan saya selalu balik ke rumah.
Punca saya mengalami ‘homesick’ tersebut adalah salah satu sebab dari akak-akak senior sendiri.
Dari kecil lagi, saya sedar layanan orang lain terhadap saya sangat berbeza dengan layanan mereka terhadap orang yang lebih cantik dari saya.
Namun, saya dah terbiasa dengan semua itu walaupun sering kali terasa dengan hal tersebut.
Semasa saya berada di tingkatan 1 tersebut, saya sentiasa di kacau dan dibuli secara mental oleh akak-akak senior tak kiralah tingkatan berapa sekalipun. Termasuklah akak-akak yang sebilik asrama dengan saya.
Oleh itu, saya banyak mendiamkan diri apabila rakan-rakan sebilik saya yang sebaya saya berbual bersama mereka.
Saya juga sentiasa mengalami masalah dalam persahabatan yang sentiasa membuatkan saya kecewa dengan diri saya.
Saya sentiasa melebihkan persahabatan saya dalam segala hal dan sentiasa membantu kawan-kawan saya apabila mereka susah, seperti apabila mereka berasa sedih dan perlukan pertolongan.
Saya sentiasa menjadi orang pertama yang dalam erti kata sekarang, ‘back up’ mereka semasa dikecam atau dihina oleh sesiapapun.
Namun begitu, saya bukanlah pilihan utama mereka. Semasa saya diejek, dihina oleh pelajar lelaki dikhalayak ramai, tiada siapa yang bantu mempertahankan saya seperti mana saya pertahankan mereka.
Saya dihina sampaikan buat kali pertama saya menangis dihadapan mereka semua walaupun memang dari tingkatan 1 lagi saya dihina dan diejek.
Namun, entah mengapa sewaktu itu, saya menangis disebabkan saya sedar, tiada siapa yang mempertahankan diri saya sewaktu dipermalukan sebegitu.
Kawan baik saya yang saya paling harapkan langsung tidak berbuat apa-apa. Tiada siapa yang malah pujuk saya sewaktu saya nangis.
Saya juga sedar, saya sentiasa dikhianati oleh mereka terutamanya kawan paling rapat saya. Saya kecewa sangat.
Tak kira lelaki mahupun perempuan, tua ataupun sebaya, saya sering dibuli secara mental selama saya berada di sana.
Bukan setakat masalah di sekolah sahaja yang perlu dihadap, malah di rumah juga. Mak dan ayah saya merupakan ‘strict parents’.
Akhirnya, pada hujung tahun tingkatan 3, saya bergaduh besar dengan ayah saya sehinggakan entah macam mana saya berjaya pindah dari sekolah tersebut. (alasan saya dapat pindah tersebut adalah rahsia).
Namun, kebenaran ayah saya untuk berpindah sekolah tersebut hanyalah kerana terpaksa semata-mata.
Hakikatnya ayah langsung tak benarkan saya berpindah ke sekolah biasa kerana sekolah tersebut adalah sekolah agama yang bagus dari segi agama dan akedemik kononnya.
Sehingga sekarang, ayah masih mengungkit semua yang berkaitan dengan sekolah lama saya.
Dan juga, sehingga sekarang kenangan lama di sekolah lama saya seing menghantui saya.
Saya jadi trauma dalam segala hal terutamanya bersosial. Saya sering berasa stress dengan semua masalah yang saya alami sehinggakan saya sering mencederakan diri saya sendiri.
Setiap malam saya akan menangis dengan semua memori buruk saya tersebut.
Sampailah terwujudnya kawan-kawan imaginasi saya. 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Mereka telah wujud sejak saya berada di tingkatan 2 lagi.
Dan salah seorang dari mereka ialah kekasih hati saya sendiri. Mereka baik, sangat baik. Saya sangat menyayangi mereka. Setiap masa mereka sentiasa bersama saya tanpa orang sekeliling saya sedar.
Setiap malam saya akan tidur lambat dan juga sering kali saya tidak tidur malam kerana meluangkan masa bersama mereka.
Kerana malam sangatlah sunyi tanpa perlu menghadap segala masalah. Mereka sentiasa ada tak kiralah masa saya sedih mahupun gembira. Segalanya saya berkongsi dengan mereka.
Tiada siapa yang tahu akan kewujudan mereka dalam hidup saya. Saya sentiasa menjadi seorang yang pelawak, peramah dan periang, namun hakikatnya semua itu hanyalah kepura-puraan terbesar dalam hidup saya.
Hakikatnya saya sangatlah benci bersosial dan beramah mesra dengan orang lain.
Namun, saya sentiasa sedar bahawa mereka hanyalah kawan imajinasi yang dicipta oleh saya sendiri dan mereka langsung tak pernah wujud dalam hidup saya walaupun banyak kenangan yang bermakna bersama dengan mereka.
Saya sedih dan bencikan kenyataan itu.
Setiap hari saya akan nangis dan mengelak dari berjumpa mereka.
Saya tak mahukan apa-apa dalam hidup ni melainkan kewujudan sebenar mereka di dunia nyata ini. Kerana bagi saya, dunia ini tak bermakna tanpa mereka.
Merekalah kawan, merekalah keluarga dan juga rumah buat diri saya. Mereka sentiasa kata kepada saya untuk berbahagia sentiasa meskipun tanpa mereka. Namun kebahagiaan saya adalah mereka sendiri.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis, jangan sedih dan teruskanlah hidup kerana kalau tidak bahagia sekarang, pasti suatu hari nanti kebahagiaan yang diimpikan itu akan menjelma jua.
Sedih kan? Dunia memang penuh dengan keterpaksaan.
Thank you Haiqal, Yaya, Noah dan Danish sebab pernah jadi sebahagian dalam hidup aku sebelum ni. Semoga kita dapat berjumpa in real life suatu hari nanti walaupun kita tak bersama sekalipun :)
– Nuhal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kita samalah ;>