Kawan Ke Lawan?

Hai.. Sawi here.. Terima kasih jika coretan Sawi ni disiarkan..

Sawi cuma nak cerita pasal kisah yang dah agak lama.. Kisah mengenai orang yang berhutang dengan Sawi.. Kisah ni pendek jee.. In shaa Allah.. Hehe..

Masa Sawi masih belajar di sebuah universiti tetttt.. Rahsia.. Hehe.. Sawi ada beberapa orang kawan baik.. Mana2 pergi memang dengan diorang..

Kami berlima.. Kami sekelas, sebilik sepanjang semester 1 hingga 3.. Semuanya ok biasa la kalau dalam berkawan ada gaduh terasa hati tu biasa lah.. Sawi tak amik port sangat..

Tapi masuk je semester 4.. Diorang berempat buat keputusan untuk menyewa diluar universiti.. Of course la diorang ajak aku sekali tapi aku yang tak boleh asbab kewangan..

Sawi tak kesah pon diorang nak duduk luar tak terasa hati pon.. Even diorang duduk luar pon, diorang masih lagi berkawan dengan Sawi.. Diorang masih lagi nak kemana-mana ajak Sawi.. Pergi kelas sama-sama..

Tapi sebenarnya Sawi ada terasa hati.. Jauh dari sudut hati Sawi, rasa diorang tak suka Sawi.. You know bila someone tu tak suka kita, kita akan dapat rasa vibe tu lain..

Ada sekali tu Sawi datang rumah diorang.. Sawi dah bagitahu dulu ya.. Sawi dengar dari luar diorang tengah berborak dekat ruang tamu..

Sawi nak curi dengar tapi tak berapa nak dengar sangat.. Pintu tak kunci, Sawi bukak jela sekali diorang tiba tiba diam.. Terus berhenti borak..

Masing masing main mata.. Dan dan la sorang nak pergi toilet sorang nak minum air sorang main henfon..

Ok tu takpe Sawi faham mungkin lepas diorang menyewa diluar, tak semua diorang boleh cerita dekat Sawi. Then Sawi buat macam biasa je..

One of 4 orang kawan Sawi ni suka meminjam dengan Sawi tau.. Ada sekali tu dia ada hutang dengan Sawi almost RM100 tau.. Dia suka pinjam yang macam bila nak beli apa apa takde duit kecik, pinjam dulu..

Jenis yang pinjam seringgit 5 ringgit tapi kerap.. Sebab tu Sawi cakap almost RM100..

Sawi pernah mintak kat dia.. Tapi dia asyik kata nanti so, kawan kan Sawi iye kan jela.. Sampai satu tahap, Sawi takde duit sangat dah..

Ada pon dalam RM40 lebih camtu untuk tambang balik raya puasa.. Masa tu ada la lagi 2 minggu nak bertahan nak ke cuti raya tu..

Nak mintak parents, segan tak nak susahkan.. Sawi ada pinjaman ptptn tapi masa tu dah nak hujung sem 5.. Jadi duit ptptn yang ada tu jela RM40 tu..

Pastu satu hari tu Sawi pergi lepak rumah diorang.. Yang berhutang dengan Sawi ni takde, dia keluar.. Sawi namakan dia as Kambas lah.. Sebab Sawi tak suka Kambas.. Haha.. Ok Sawi tengah lepak then Kambas balik..

Dia masuk je rumah dia show off dengan kitorang barang yang dia beli which is barang tu bukan barang keperluan yaa..

Lepas dicongak campur darab dalam kepala otak, Sawi agak harga semua almost RM200 yaaa guyss.. Sawi tercengang yaa..

Masa tu Sawi tak tau nak react apa, kawan yang lain tau si Kambas ni suka berhutang.. Sebab dengan lagi 3 orang kawan Sawi ni pon dia ada meminjam jugak..

Kalau kitorang ni ahlong dah boleh dapat 10k dah punya banyak hutang dia dengan kitorang..

Ok then kitorang cuma saling main mata je masa dia busy show off tu.. Tapi hati Sawi dah membara.. Sawi tidur rumah diorang malam tu.. Sawi geram Sawi whatsapp dia..

Sawi mintak dia langsaikan hutang dia cepat.. Sawi siap bagi diskaun dapat RM50 je dulu pon tak pe.. Sebab Sawi tengah terdesak sangat duit makan dah tinggal ciput..

Sawi berjimat dengan apa tau.. Sawi beli maggi sepeket ada 5 tu.. Sehari Sawi makan 1.. Cukup 5 hari.. Sebab tu Sawi geram gila.. Sawi desak jugak dia bayar dan Sawi ungkit pasal barang barang yang dia show off tadi..

Tau Kambas reply apa? Dia kata Sawi sorang je tak paham dia.. Kawan yang lain semua faham masalah dia.. Dia berbangga dengan kawan yang lain takde pon selalu desak dia suruh bayar..

Dia kata lagi, dia tengah ada masalah family.. Agak besar masalah tu Sawi baru tau lepas dia bagitau, tak perlulah diceritakan..

Then Sawi cakap macam mana Sawi nak faham kalau dia tak pernah cerita kat Sawi.. Dia cerita dengan kawan yang lain je..

Sawi cakap jugak dia pon kene faham Sawi takde duit nak makan.. Lepastu dia kata dia akan bagi duit tu lagi 2 hari and taknak pinjam lagi dah dengan Sawi..

Dalam hati Sawi haa bagus.. Takde la lesap duit Sawi.. Bukan Sawi tak pernah bertolak ansur tapi dah banyak kali dah.. Dia macam ambil kesempatan atas kebaikan kitorang yang pemiutang ni..

Kawan yang lain tu takpe la.. Masing masing tiap bulan mak ayah hulur duit.. Tak hulur boleh mintak.. Sawi ni mak ayah dah pencen.. Sebab tu Sawi taknak susahkan parents Sawi even my sister sekali pon.. Haihh..

And betul 2 hari lepas tu dia dah bayar.. Sejak dari tu memang Sawi dengan dia selalu gaduh baik gaduh baik and kalau you guys nak tau, kalau Sawi gaduh dengan si Kambas tu ibarat gaduh dengan seisi rumah.. Ye seisi rumah tu backup dia.. Sawi pon tak faham..

Entah lah kadang Sawi rasa diorang cuma nak gunakan Sawi.. Antara kami ni sorang pon takde kereta.. Diorang pergi kelas jalan kaki tak sampai pon setengah km dekat je..

So kalau nak berjimba, kena sewa kereta.. Nak sewa kene ada lesen.. Yang ada lesen cuma Sawi sorang jee.. Haha.. Setiap kali keluar dengan diorang naik kereta sewa pon Sawi rasa macam tak diperlukan..

Diperlukan cuma untuk lulus sewa kereta jee.. Sawi rasa macam tu sebab lepas 2 of them dah ada lesen.. Tau2 diorang dah keluar jalan.. Tau2 diorang dah takde kat rumah..

Tau2 keluar kelas, carik diorang, diorang dah hilang.. Tau2 dekat ig story dah keluar berempat.. Yup without me..

Heart is a hurt.. Heart a hurt.. Tapi yela kadang tu diorang ajak jugak tapi Sawi tau lebih pada ajak ajak ayam je.. Kesian betul hidup kau Sawi.. Hahaha..

And lepas grade.. Masing masing ada own life memasing.. Tapi still contact each other thru whatsapp.. And yeah Sawi ada gaduh dengan Kambas.. And again! Seisi group tu backup dia.. Kalini memang Sawi surrender and terus left group..

Tapi ada sorang dalam tu yang ss chat diorang dalam group and bagi kat Sawi.. Diorang salahkan Sawi atas pergaduhan tu.. And yang paling tak sangka ada yang talam 10 muka..

Dengan Sawi, dia kutuk Kambas.. Dengan Kambas dia kutuk Sawi.. Eee aku laa.. Geram tau.. Mungkin la Sawi terlepas pandang salah silap Sawi sepanjang berkawan dengan diorang..

Sekarang Sawi dah tak contact langsung dah dengan diorang.. Segala social media Sawi dah block dari dulu atas nasihat my precious fiance to remove toxic people for my healthy life..

Alah padahal dia dah semak nak dengar Sawi nangis2 cerita kat dia benda yang sama.. Haha..

And baru2 ni tunang Sawi which is now my precious husband, ada bagitau Sawi si Kambas ada buat something video ke gambar not sure.. And dia ada tinggalkan mesej..

Which is even dah lama tak lost contact, dia dan 3 orang lagi rakan merindui dan masih menyayangi Sawi.. Bwerrrkkk!! Haha.

Sorry but not sorry.. Sawi dah maafkan diorang pon and dah malas nak amik port pasal benda remeh temeh nii.. Ni pon Sawi menulis sebab bosan takde apa nak buat dekat rumah while menunggu hari nak jadi bonda..

Doakan Sawi selamat melahirkan dan dapat jadi bonda yang terbaik for my child..

If one of you read this, thank you masih ingat Sawi.. And sorry for all my mistake samada sedar atau pon tak.. Sawi doakan kejayaan korang dunia dan akhirat..

Sekian..

– Sawi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *