Kawan Ke Ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Nama aku Jane (bukan nama sebenar).

Sebelum ni aku hanyalah silent reader dalam page ni. Aku tertarik untuk meluahkan rasa hatiku selepas membaca confession, Hinakah Aku? (https://iiumc.com/hinakah-aku/).

Untuk pengetahuan semua aku berumur dua puluhan dan masih belajar. Kisah yang diceritakan H lebih kurang sama dengan kisah hidupku tetapi aku lebih lama menyimpan perasaan sedih ini.

Semasa di sekolah menengah aku merupakan seorang yang ceria, ramai kawan. Selepas tamat spm masing masing membawa diri ke alam universiti.

Aku mula perasan yang salah seorang kawan rapatku menyekat (blocked) aku di semua media sosial yang aku ada. Bermula dari saat itu, semua kawan kawan yang rapat denganku menjauhkan diri dariku.

Salah aku tidak cuba mencari jawapan kenapa dia menjauhkan diri. Aku ada cuba bertanya kawan lain yang rapat dengannya tetapi semua katanya tak tahu.

Jadi aku hanya membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja kerana aku ego dan pada masa itu aku sibuk dengan kehidupanku di alam universiti.

Perkara yang sama terjadi padaku semasa di u, mula mula ramai kawan lama kelamaan semua menjauhkan diri. Aku mula ada low self esteem dan tidak ceria seperti selalu.

Apabila pandemic bermula aku lebih terasa keseorangan dan mula berasa tertekan dengan kehidupan sendiri.

Masa berlalu terlalu pantas, sekarang sudah tiga tahun aku lost contact dengan kawan kawan sekolahku.

Untuk aku menghubungi mereka menanyakan salah aku memang tidak patut kerana perkara itu dah berlalu agak lama dan ingatanku tentang masa itu hanya samar samar.

Pada tahun ini, kami berjumpa semula di sebuah majlis. Seperti yang aku jangka tiada siapa pun yang menghiraukan kehadiranku.

Aku hendak menegur mereka pun aku malu jadi aku hanya pandang dari jauh sahaja. Aku sangat sedih pada hari tersebut sehingga aku tak berhenti berfikir apa salah aku.

Sejak itu aku asyik terfikir semula apa salah aku. Kenapa tiba tiba semua menjauhkan diri dariku. Tapi semua dah terlambat kerana ianya sudah lama berlalu aku hanya perlu move on.

Sekarang baru aku betul betul rasa keseorangan, sedih, tertekan dengan semua yang menimpa hidup aku.

Aku sangat cemburu melihat orang lain yang masih berhubung dengan kawan kawan, keluar dengan kawan, bercuti sama sama, etc.

Aku hanya menghabiskan masa sendiri, kadang kadang menangis memikirkan masa lalu.

Jadi setelah berfikir fikir tentang semua yang berlaku aku membuat kesimpulan bahawa :

1. Mungkin akulah yang toxic dikalangan kawan kawanku.

2. Mungkin Allah tengah uji aku untuk jadi lebih kuat pada masa akan datang.

Nasihat aku kepada H confessor Hinakah Aku?

1. Sekaranglah masanya untuk awak tanya pada kawan tu apa salah awak supaya pergaduhan tersebut tak berpanjangan seperti kisah aku ini.

2. Cuba sibukkan diri dengan perkara yang awak suka (cth: tengok drama, exercise, etc) supaya awak tak selalu overthinking.

3. Jika awak masih overthinking dengan keadaan yang berlaku, cuba kurangkan masa dengan sosial media atau mute kawan itu agar awak tak berfikiran buruk tentang dia.

Akhir kata, aku mohon semua pembaca untuk mendoakan aku agar kawan kawanku dapat memaafkan kesalahan aku atau terbuka hati untuk berterus terang denganku apa yang menyebabkan perkara ini berlaku,

Ianya agar aku boleh memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang dan supaya aku boleh hidup seperti orang lain, enjoy dengan kehidupan masing masing.

Doakan aku diberi peluang untuk berkawan dengan orang yang betul betul ikhlas menerima baik burukku.

Sekian.

– Jane (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *