Kawan Ketika Senang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua pembaca iiumc. First of all, aku nak berterima kasih kat admin kalau confession aku ni sudi dikongsikan dengan semua pembaca.

Confession aku ni berkisar tentang kawan aku yang hanya ada dengan aku masa aku senang.

Ok, aku ada kawan baik lah kiranya. Kami kenal dari sekolah rendah. Memang rapat sebab kami sekelas. Ke mana sahaja, kami pasti berdua. Nama dia Balqis. Kami terpisah selepas tamat persekolahan.

Walaupun personaliti kami sangat berbeza, tapi itu tidak menghalang kami untuk menjadi kawan baik. Aku hanya seperti gadis melayu biasa, akan tetapi Balqis mempunyai cita-cita yang tinggi.

Dia sering bercerita yang satu hari nanti dia akan tinggalkan tanah air dan tinggal di luar negara. Dia ingin menjadi expat di luar negara seperti di UK, USA dan negara-negara maju yang lain. Sebagai kawan baik, aku sentiasa menyokong cita-cita Balqis.

Tapi, Balqis hanya berangan semata. Usaha dia langsung tak sama dengan impian dia. Dia bercita-cita ingin bekerja di luar negara, akan tetapi dia malas nak belajar untuk mendapat results yang cemerlang. Maklumlah, expat ni bukan golongan biasa-biasa.

Setelah tamat SPM, kami terpisah sebab aku ditawarkan ke IPTA di selatan tanah air manakala Balqis dapat offer dari IPTA di Perak.

Selepas tamat pengajian, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi separuh masa sambil bekerja manakala Balqis mendapat pekerjaan di syarikat yang boleh katakan besar. Namun, gaji yang ditawarkan tidaklah tinggi mana.

Balqis mempunyai kawan-kawan lain dari universiti dia dan aku juga punyai teman rapat yang lain. Tapi, hubungan aku dan Balqis makin renggang.

Aku bukanlah dari keluarga yang senang, jadi kebanyakan gaji aku, aku gunakan untuk bayar apa yang patut dan simpan sebanyak yang aku mampu.

Aku bukanlah kedekut, aku cuma beringat untuk masa depan aku. Berlainan dengan Balqis, dia berbelanja dengan sangat boros. Dia juga seperti aku, keluarga kami bukanlah orang berada, tapi Balqis sangat lain dari aku.

Dia bekerja dari gaji ke gaji. Langsung tiada simpanan. Jika terdesak, dia akan meminjam dari aku atau kawan-kawan yang lain.

Kami berdua bekerja di area KL, tapi aku banyak habiskan masa di rumah ketika masa lapang. Tetapi, Balqis lebih gemar menghabiskan masa di luar; shopping, tonton wayang, makan di restoran.

Balqis sangat memilih dan cerewet orangnya. Dia takkan makan di kedai-kedai biasa. Selalunya dia akan makan di tempat hipster atau di shopping complex atau paling lekeh pun mamak bistro tu.

Balqis juga suka berbelanja membeli pakaian di butik-butik berjenama. Dia sangat mementingkan jenama padahal kadang-kadang apa yang dia beli sangat tak berpatutan dengan harga.

Disebabkan aku bukanlah setaraf dan sependapat dengan Balqis, dia banyak habiskan masa dengan kawan-kawan dia yang lain.

Oh! Lupa nak cakap. Kawan-kawan Balqis yang lain kebanyakan jenis perangai sama dengan Balqis, jenis update sos**l media sentiasa, instagram tu sentiasa ada new update dan phone tak pernah lepas kat tangan.

Hubungan kami yang sedia renggang makin renggang disebabkan aku bukanlah kawan Balqis yang cantik, yang pandai makeup, yang up-to-date dengan pergi restoran yang hit masa kini.

Balqis cuma mencari aku ketika dia tiada teman untuk keluar. Kalau aku susah, dan perlukan teman untuk kemana-mana, selesai urusan aku, pasti Balqis mengajak aku untuk lunch atau dinner di restoran mahal.

Tetapi kalau aku perlukan tempat untuk meluah perassan, berkongsi masalah atau pendapat tanpa perlu keluarkan duit, Balqis takkan layan message aku.

Kadang-kala, aku cuma hendak luahkan masalah aku melalui call atau message, Balqis takkan layan aku melainkan aku message dia dengan ‘Balqis, jom dinner kt luar malam ni’.

Dengan cara itu saja dia akan mendengar masalah aku. Tapi tak dengar sangat pun. Kebanyakan masa dia habiskan dengan mengambil gambar dan sibuk dengan phone. Aku tak faham, dia kadang-kala kata nak jumpa aku, tapi bila sudah berdepan, dia sibuk main instagram.

Aku kadang-kadang tak boleh menolak sebab Balqis akan mula mengeluh dan jauhkan diri dari aku. Aku sayangkan persahabatan kami.

Tahun berganti tahun, perangai Balqis masih tetap sama. Dia sanggup meminjam duit orang sekeliling dan membuat personal loan untuk bershopping, membeli latest gadget dan melancong. Bayangkan buat personal loan untuk travel?!!!

Aku mula menjauhkan diri dari Balqis tapi kami tetap berhubung. Bayangkan, dengan meminjam sana sini, Balqis sudah travel ke 6 negara dengan kawan-kawan yang lain.

Aku masih tidak mampu untuk ke luar negara hatta ke negara jiran. Bagi aku, aku masih belum mampu untuk hidup seperti Balqis. Sometimes, Balqis akan hubungi aku untuk meminjam duit sementara menunggu gaji seterusnya.

Balqis update instagram dia dengan gambar-gambar dia melancong, menikm4ti makanan sedap-sedap. Serious talk, kalau orang tak kenal Balqis secara peribadi, orang takkan tahu yang dia bukanlah sekaya yang ditayangkan di media sos**l.

Jika aku perlukan teman untuk shopping atau apa sahaja yang melibatkan benda-benda keluar duit, Balqis akan sentiasa ada. Dia juga perlekehkan aku kadang-kadang sebabkan aku tidak trendy seperti dia. Sebab banyak benda yang trending sekarang aku tak follow.

Pernah sekali Balqis mengajak aku untuk karaoke di Pavilion dan aku menolak ajakan dia, terus Balqis tak reply message aku. Aku perasan, Balqis lebih gemar keluar dengan kawan-kawan yang lain sebab diorang bergaya, ramai followers, budak budak hipster lah katakan.

Aku kesian dengan sahabat aku. Walaupun Balqis cuma hanya dengan aku ketika aku senang dan ada duit, tapi dia tetap sahabat aku yang aku kenal dari sekolah rendah. Kenangan kami terlalu banyak untuk aku lupakan dia dan tamatkan persahabatan kami.

Aku cuba menasihati Balqis supaya dia kurangkan sedikit perbelanjaan dia dan mengubah cara hidup dia. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, duit simpanan ketika emergency tu amatlah penting.

Tak salah kalau sesekali kita nak belanja setelah bekerja keras, tapi jangan lah over the limit.

Banyak kejadian berlaku dalam hidup Balqis tapi dia masih tidak sedar. Disebabkan Balqis ada abang untuk tolong sara keluarga, dia makin lalai dalam membuat simpanan ketika kecemasan.

Bagi dia, dia tak ada tanggungjawab sebab ibu bapa dia dan adik-adik dia ditanggung beres oleh abang dia.

Bagi aku, benda tu sangat tak adil. Takkan tak pernah terlintas dalam hati dia untuk belanja dalam keluarga dia? Asyik menghabiskan duit untuk diri sediri dan kawan-kawan saja. At least, simpan lah duit untuk diri sendiri.

Dia masih di dalam dunia dia yang penuh dengan angan-angan. Semakin kami meningkat dewasa, kami makin sibuk dengan kehidupan masing-masing. Umur kami bukanlah muda, sudah masuk 30an. Aku sudah bertunang, jadi aku makin sibuk dengan persediaan perkahwinan aku.

Balqis kini mempunyai teman lelaki yang dia sudah kenal hampir 3 tahun. Namun, teman lelaki Balqis juga perangai seperti Balqis. Langsung tidak memikirkan masa depan, banyak menghabiskan duit dengan berdating di tempat-tempat mahal.

Aku sedih sebab kawan baik aku sendiri berubah. Jijik sangat ke berkawan dengan orang biasa macam aku? Aku sedih sebab persahabatan kami renggang hanya disebabkan duit.

Semenjak beberapa tahun ni, Balqis makin jarang contact aku. Kalau aku contact dia, dia layan acuh tak acuh. Ye lah, boyfriend dia kerja bagus, gaji banyak. Aku pulak orang biasa, tunang aku pun orang biasa.

Boyfriend Balqis pernah gelakkan tunang aku ketika pertama kali kami berempat berjumpa. Hina sangat ke pekerjaan tunang aku? Semenjak PKP, Balqis kurang update sos**l media dia sebab tak boleh keluar ke mana kan? Itu pun dia ada langgar arahan, curi-curi keluar untuk dating.

Disebabkan Balqis tak boleh keluar ke restoran, jadi dia banyak lah order makanan melalui foodpanda, grabfood macam tu. Bayangkan, benda simple yang boleh masak sendiri kat rumah pun dia order. Orang lain semenjak PKP ni makin berjimat, tapi lain pulak dengan Balqis.

Dia jalani kehidupan seperti biasa, lagak dia macam gaji 5 angka. Sedangkan aku sendiri tahu gaji sebenar Balqis, bagi gaji seperti dia, sangat lah tak patut untuk berbelanja sakan. Tapi, aku sedar aku bukan siapa-siapa untuk mengawal kehidupan dia.

Tapi, jauh di sudut hati aku, aku sentiasa berharap Balqis akan berubah. Jangan lah seperti ‘biar papa, asalkan bergaya’. Makin kita meningkat dewasa, makin kita perlu serious dalam merancang masa depan.

Aku berharap, Balqis akan berubah suatu hari nanti. Sebab, kawan-kawan dia yang bersama dengan dia ketika senang, belum tentu ada ketika dia susah.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *