Kawan Ku

Hai semua. Thank you admin siarkan perkongsian saya. Nama saya Munirah. Berusia awal 20an. Menuntut di salah sebuah IPTA di negara kita.

Perkongsian saya adalah mengenai kawan saya, yang bernama Siti yang juga roommate saya di rumah sewa sewaktu belajar dulu.

Perkongsian saya bukanla untuk membuka aib kawan sendiri. Tetapi hanya untuk berkongsi pengalaman.

Siti ni ada beberapa perangai pelik yang kadang2 susah nak jangka. Perangai pertama adalah pengotor. Ye, siti sangat pengotor.

Pertama, Siti ni, suka kencing atas lantai. Dah kencing atas lantai tu saya tak kisah sangat, tapi dia jirus ala kadar sahaja. Bayangkan bau hancing.

Toilet tu memang saya share dengan Siti sahaja. Sebab kami duduk di bilik master. Saya dah nasihat. Tapi dia masih buat. Pelik la saya orang yang suka kencing atas lantai ni.

Kedua, yang ni paling tak boleh brain, Siti ni jenis buang pad dalam toilet bowl.

Pernah sekali toilet kami tersumbat. Bila panggil orang untuk repair, baru la saya tahu, dia ni slumber je buang pad dalam toilet bowl.

Nasib baik la dia basuh dulu. Kalau tak, memang muntah la semua orang yang repair toilet tu.

Sejak peristiwa tu, baru la dia dah tak buang dalam bowl. Tapi dekat toilet awam dia masih buang dalam bowl.

Sebab pernah saya tunggu dia guna toilet, bila saya nak masuk toilet, saya nampak ada pad dalam bowl. Dia cakap, dah flush, tapi tak masuk. Terus tak jadi saya nak guna toilet.

Yang ketiga solat. Untuk context, Bab ni, saya pun masih berusaha untuk mencukupkan waktu solat. Tapi takpelah. Saya kongsikan juga.

Kalau keluar ramai-ramai bersama rakan yang lain, kami selalu akan keluar lepas zohor. Sebab selalunya, bila keluar kami memang tak solat. Kami akan qada bila dah balik.

Jadi kalau keluar lepas zohor, hanya Asar dengan Maghrib jela kami akan tinggal. Tapi Siti ni selalu ajak kami keluar before zohor. Jadi kalau keluar before zohor, confirm la zohor pun akan tinggal.

Tapi Siti akan rushing untuk balik sebelum Isyak, katanya nanti tak sempat nak solat Maghrib. Kami macam blur, Zohor dan Asar takde masalah untuk Siti tinggal, kenapa Maghrib beriya-riya nak balik.

Kalau tak sempat, Siti akan paksa kami berhenti mana-mana surau station minyak. Tapi hanya dia je la yang solat. Kami hanya duduk dalam kereta tunggu dia sebab kami tak bawa makeup remover.

Itu jela luahan saya nak cerita mengenai Siti. Perkongsian saya bukan la untuk membuka aib. Lebih kepada berkongsi pengalaman.

– Munirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. jadi betul juga la tekaan ak selama ni..mungkin lebih 50% perempuan bermake up ni..akan tinggal solat?alasan sebab make up merumitkan ambil wuduk?harap ada la sesiapa perempuan boleh bagi judgement..mcm genting je perkara ni..

  2. Pernah rasa syg nak tanggal makeup, lagi2 bila makeup on point. Plus makeup “mahal” tak ke membazir namanya kan? Rasa sayang kan nak buang makeup?

    Tapii……cuba rasa syg tu ganti dgn “sayang nak tinggal solat” barulah “tanggalkan makeup tu” tak jadi berat lagi.

    1. Boleh cuba pakai makeup yg tak waterproof, senang nak tanggal, walau tak pakai pencuci pun. Dan yg penting, fokus dekat skin care more than makeup, so tak lah kita terpaksa pakai makeup tebal to fade the flaw.
    2. For cleanliness, always put things such as, pantyline or extra panty in your bag before you go out. Bila dpt buat ni, so takkan ada masalah nak bawak pencuci muka or makeup wipes.
    3. Enjoy being a muslimah yg taatkan perintah Allah. Barulah senang hati dan lebih berkat segala apa yg kita makan or belanja on that outing. Baru tak sia2 malah berpahala lagi bila jalan2 tu. Tenang jer.
    4. Mana2 kwn yg keras sangat xnak bekerjasama bantu kita utk jaga solat, lebih baik tinggalkan, sbb berkawan ni kena pilih2 mana yg bermanfaat utk dunia dan akhirat kita.
    5. For siti, mungkin dia tengah cuba utk disiplin diri dia. Lgpun awak dh nasihat dia kan? it takes time to develop a new habit. U can help her by keep on reminding her.

  3. mula2 baca tajuk & confession, tau dah.. dia ni nak cerita benda tak elok pasal kawan dia even dia kata bukan nak buka aib siti tu… tp tulah, dah terkena ludah sendiri.. terbuka pulak aib diri sendiri tanpa sengaja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *