Assalamualaikum semua.. Terima kasih jika admin sudi siarkan cerita aku. Nama aku Siti Saleha (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak kongsi ni adalah kisah aku sendiri.
Aku ada seorang kawan lelaki, aku kenalkan dia sebagai S. Aku baru je kenal dengan dia ni, lepas raya puasa tahun ni. Aku ni jenis yang payah nak kawan dengan lelaki, tahap ketidakpercayaan aku dengan kaum adam ni terlalu tinggi.
Sebab aku fikir, aku kene protect diri aku. Sebelum apa-apa jadi, baik aku ambil pendekatan untuk tidak mendekati jika tak ada apa-apa keperluan. Jadi life aku kalau orang tengok memang membosankan. Keluar jalan-jalan kat mana pon dengan kawan baik aku je, perempuan.
Dipendekkan cerita, aku rasa selesa berkawan dengan S ni. Sebab masa mula-mula aku kenal dia. Aku rasa macam dia ni sama je perangai dengan aku, jenis gila-gila dan yang penting dia tak cepat terasa sebab aku ni jenis suka bergurau kasar. Lepas sebulan aku kenal dengan S ni aku ada laa keluar makan dengan dia sekali. Then macam tu je la, lepas makan balik.
Nak dijadikan cerita, satu malam tu, S ada call aku. Mula-mula tu sembang biasa je. Then aku tak ingat sentuh pasal apa, tiba-tiba je dia cakap sebenarnya dia ada benda nak tegur pasal aku. Hari tu masa keluar memang dah nak tegur tapi tak ada kekuatan, balik macam tu je.
Dah lama dia perhati je, maknanya selama sebulan aku kenal dia tu. Dia hadam semua tingkahlaku aku even tak jumpa face to face. Cara aku dengan dia bersembang dalam whatsapp, cara aku dekat sosial media, cara aku bersembang dengan dia bila dia call aku.
Oh ya, kami memang bersembang bahasakan diri ‘aku kau’ je. Lama dia ambik masa, aku pon macam takde perasaan dah sebab dari tadi duk push dia. Then baru la dia bagi tahu, sebenarnya dia nak tegur aku satu benda yang kecil, tapi penting yang aku ambil mudah, iaitu MALU. Allah… Serius aku terkejut.
Maka malam tu panjang lebar la aku kene tazkirah, tapi aku tak kisah pon. Sebab aku memang jenis tak cepat melatah, kalau benda orang tegur tu benda yang betol kenapa kita nak marah kan? Satu demi satu dia persembahkan kelakuan aku yang tiada rasa malu tu, daripada cara aku dekat sosial media sampai la cara aku bila bercakap dengan dia.
Ya Allah, sesungguhnya aku tak perasan yang tingkahlaku aku tu sebenarnya memalukan. Bagi aku benda tu clumsy je, tapi sungguh. Bila lepas pada dia tegur tu, aku muhasabah diri. Memang benda yang aku buat tu tak betul. Itulah sifat utama dalam akhlak, iaitu sifat MALU.
Nabi pernah bersabda, ‘fa illam tas tahyifas na ma syi ta’ maksudnya kalau kamu tidak malu, kamu buat apa saja. Upload gambar dalam sosial media, ya gambar lulus tak mendedahkan aurat. Tapi caption tak kena, caption yang kita rasa kelakar untuk gurau-gurau je tapi sebenarnya memalukan.
Sejak pada kejadian tu, apa-apa aku nak upload, aku fikir masak-masak dulu terutama upload story atau moment. Bukan sebab aku takot pandangan dia terhadap aku. Tapi aku sendiri rasa benda yang lepas aku buat tu memalukan.
Lepas kejadian tu, aku dengan rendah dirinya meminta maaf dan berterima kasih sebab sudi tegur aku. Kadang-kadang kita tak sedar, yang sebenarnya apa yang kita buat tu tak betul. Kita rasa benda tu main-main je. Tapi hakikatnya benda tu tak kena. Dan aku pesan dekat dia, tolong tegur aku lain kali kalau dia nampak benda aku buat tak betul. Dan sungguh, terlalu banyak benda yang tak kena dengan diri aku.
Dia upload story pasal khusyu’ dalam solat. Ya aku tahu, dia tegur aku. Sebab dia pernah tanya aku pasal makna dalam solat yang kita baca. Sekali lagi Ya Allah, aku sembahyang lima waktu sehari semalam tak pernah tinggal sebagai menunaikan rukun islam yang kedua.
Tapi aku tak pernah tahu makna dalam setiap sembahyang yang aku baca. Kerdilnya aku Ya Allah, lalu bagaimana aku nak menemui khusyu’ dalam solat kalau kita sendiri pon tak faham apa yang kita tuturkan. Ibarat kau membaca buku cerita dalam bahasa Russia, hanya tahu menutur dengan lidah tapi tak tahu pon isi kandungannya.
Tak habis lagi setakat tu, aku pernah bagi tahu dia pasal amalan membaca al-mulk setiap malam, yang boleh menjadi penghalang azab seksa di alam kubur kelak. Lepas tu dia tanya aku, kandungan dalam surah al-mulk.
Allahu akbar, sesungguhnya aku beramal tanpa ilmu. Biasa kita dengar ilmu tanpa amal je, tapi kes aku ni lagi teruk. Aku baca al-mulk setiap malam, al-kahfi setiap malam jumaat, as-sajadah pagi-pagi tapi aku tak pernah baca tafsir. Aku tak pernah bertadabbur, yang aku tahu baca je.
Ya, banyak yang tak kena dengan diri aku. Walaupun kau muhasabah diri, tapi Tuhan membutakan hati kamu dek kerana kamu merasa kamu dah berilmu dengan amalan yang tak seberapa sedangkan kamu tidak ada ilmu. Aku tengok kawan-kawan aku lepas sorang-sorang kahwin. Lepas tu aku monolog bertanya kepada Allah s.w.t kenapa jodoh aku tak kunjung tiba.
Sedang aku cuba berubah jadi lebih baik, aku rasa aku dah sedia. Tapi Allah lebih mengetahui tentang apa yang kau tidak ketahui. Akhlak yang entah ke mana rasa malu menghilang, sembahyang yang sekadar menunaikan rukun islam kedua tapi tiada rasa khusyu’, amalan membaca Al-quran yang meniti di bibir setiap hari tetapi tidak pernah ada rasa untuk membaca tafsir di sebalik pembacaan, tidak pernah bertadabbur.
Orang zaman sekarang, kalau tak pandai masak kejap lagi kena tanyalah ‘masak pon tak pandai macam mana nak kahwin ni.’ Kalau pandai masak kejap lagi bolehlah pujian ‘dah pandai masak ni, dah lulus nak kahwin ni.’ Maka kita pon rasa tersipu-sipu lah dengan pujian tu.
Wahai pembaca sekalian, ni semua mentaliti. Perkara yang paling penting nak melangkah ke alam perkahwinan ialah ilmu. Bukan ilmu duduk kat dapur semata-mata. Ilmu agama khususnya, Ilmu rumah tangga, Ilmu pengurusan kewangan. Cabang ilmu tu sangatlah luas, Imam Syafie pernah menyebut ‘jika kamu tidak tahan menanggung lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.’
Sungguh, impian kita yang tertinggi ialah ingin menjadi salah seorang ahli syurga firdausiNya. Tapi impian sahaja tertanam tanpa usaha tidak akan kemana. Bagaimana nak menjadi ahli syurga, sedang sembahyang ibadat yang paling utama pon tidak mampu menemui rasa ‘khusyu’. Sembahyang ni tunjang utama, baik sembayang baik la segalanya, baik la akhlak kita.
Bertahun-tahun aku berdoa kepadaNya, ‘Ya Allah, please grant me someone who will remind me of you. Ya Allah, please grant me someone who will hold my hand in Jannah. Ya Allah, please grant me someone who will elevate my Imaan. Kerja kita meminta, Tuhan akan makbulkan sesuai dengan waktunya.
Aku berkeinginan untuk merasai nikmat dunia, berkahwin dan punya pasangan. Tapi Tuhan tegur melalui seorang kawan lelaki, S mengapa aku masih lagi sendiri. Tuhan tu tak kejam, baiki diri kita dahulu sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan. Kahwin ni benda besar, soal tanggungjawab. Bukan soal ingin rasa punya pasangan semata-mata.
Baru-baru ni aku ada termarah S tanpa sengaja, sebab Instagram. Tapi dia senyap je, sampai la aku rasa tak keruan, rasa tak tenang. Aku tak boleh bab menyakiti hati siapa-siapa pon. Aku tak malu untuk mintak maaf.
Jadi lepas dua hari kejadian tu aku mesej dia minta maaf. Tapi hanya tinggal double tick, tidak blue tick macam biasa. Seharian jugak laa aku sedih. Tapi aku muhasabah diri. S tu kawan aku je, bukan siapa-siapa. Kami tak pernah declare kami ada apa-apa.
Ya Allah, jika ni ujian aku redha. Sesungguhnya aku berubah keranaMu, bukan kerana manusia. Tipu lah kalau cakap aku tak berharap S jadi Imam aku suatu hari nanti. Tapi aku yakin, kalau dia jodoh kita. Terpisah ke ufuk timur dan barat sekalipon, sampai masanya kita akan bersama jua.
Manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Mesti ada sebab kenapa Tuhan hadirkan seseorang dalam hidup, sama ada sebagai ujian ataupon teguran. Aku tak tahu sama ada dia hadir dalam hidup aku sebagai jodoh atau tidak, yang aku pasti dia hadir membawa teguran yang bermakna. Alhamdulillah.
Sekian.
Salam muhasabah dari,
– Siti Saleha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit