Hi nama aku Alia (nama samaran). Cerita yang nak aku kongsi kan ini ada cerita benar yang berlaku pada aku sendiri.
Cerita ini berlaku semasa zaman study aku dulu, aku belajar di sebuah universiti awam (nama tempat dirahsiakan).
Emasa belajar, aku telah mengenali seorang lelaki. Aku namakan dia A. Aku berkenalan dengan si A melalui media sosial.
Perjumpaan pertama antara aku dan si A bermula selepas beberapa minggu kami berkenalan. Dia mengajak untuk aku keluar makan dan menawarkan diri mengambil aku di kolej.
Aku bersetuju. Hubungan kami agak rapat sehingga kan hampir setiap minggu kami keluar untuk berjalan jalan. (A asal negeri tersebut dan aku orang luar)
Jadi perjumpaan pada setiap minggu itu A akan membawa aku pergi kemana mana sahaja tempat yang ada di dalam negeri dia untuk diperkenalkan pada aku.
Kami makin rapat dan aku terasa aku sudah jatuh hati, dan dia tahu akan perkara tersebut. Ceritanya bermula apabila aku mula rapat dengan seorang roommate aku, aku panggil dia I.
Kami agak rapat dan selalu berkongsi cerita. Si I ni dah ada pakwe dia, I ni berasal dari belah utara. Apa sahaja cerita aku akan kongsi kan dengan I.
Hubungan kami agak rapat dan selalu sahaja kemana mana berdua, apa apa masalah I lah orang pertama yang aku cari dan begitu juga dia.
Tiba tiba pada satu hari, aku balik dari keluar dengan kawan ku yang lain.
Setibanya sampai di kolej aku bertanya pada roommate yang lain kemana si I pergi? Mereka bagitahu I keluar dan masing masing mula bising sebab jam sudab lewat tetapi I belum lagi pulang.
Aku whatsapp I tanya dia dimana, dan dia merespon aku “tak payah sibuk hal aku nanti aku balik”.
Aku terkejut, sebab selalu nya bila aku tanya dia akan bagitahu terus dia kemana. Aku tunggu sehingga dia balik, jam 11 lebih malam dia sampai dan terus datang pada aku.
Namun.. Aku terbau sesuatu yang pelik pada I, aku tarik dia keluar dari bilik dan aku tanya dia kemana.
Mula mula dia menipu, setelah dipaksa akhirnya dia mengaku dia keluar dengan lelaki yang dia kenal dalam media sosial, aku bertanyakan nama dan semua maklumat peribadi.
Syak wasangka ku makin menebal apabila semua jawapan I semua sama dengan peribadi si A. Aku tanya pada I, ada gambar ke lelaki tu ? I kata tidak.
Dia pelik kenapa aku bertanya banyak, aku bagitahu yang aku terbau perfume si A pada I. Dia terus marah dan bagitahu bukan A saja yang pakai perfume itu.
Aku diam dan mula sedapkan hati sendiri sampai pada satu hari aku keluar dengan si A. Aku balik sekitar jam 11 malam lebih, sesampai saja di bilik aku nampak I tiada di bilik.
Aku tanya pada roommate yang lain, mereka bagitahu I pulang ke rumah saudara nya pada jam 11.30 malam. Aku pun mengiyakan sahaja tapi hatiku mula rasa tak sedap, aku whatsapp I tanya dia dimana.
Jam 3 pagi dia balas whatsapp aku dan bergurau dia bagitahu ada di hotel. Aku bagitahu dia tolong jawab betul betul, kemudian dia tanya aku kembali “kenapa dengan kau ni? Aku letih lah”.
Aku diam dan biarkan whatsapp I. Keesokan harinya dia balik, aku menyembang dengan dia dan tiba tiba dia bagitahu dia tidur jam 10 pada malam tu sebab letih.
Aku pun iya kan dan biarkan dia seorang, aku ambil fon dan tak sengaja aku ternampak status whatsapp si A, dia hantar satu gambar.
Otakku berfungsi dengan cepat, aku teringat bahawa background gambar tersebut sama seperi gambar si I. Aku tanya si I dan dia mengelak serta tak mengaku. Aku minta untuk lihat whatsapp dia pun dia mengelak dan meminta aku untuk hormat privacynya.
Namun tiba tiba aku ternampak satu gambar di dalam phone I, ada si A. I ternampak aku nampak gambar tu dia terus mengelak. Aku bagitahu I, terima kasih dan tak perlu mengelak sebab aku nampak. Aku terus keluar bilik.
Selama 3 hari I tidak bercakap dan tidak mengaku perkara sebenar dengan aku, tiba tiba dia whatsapp dan ajak aku untuk berjumpa.
Semasa berjumpa, dia telah jujur bahawa memang dia keluar dengan A. Aku tanya berapa kali? Dan I bagitahu kerap kali. Aku terkilan, aku tanya I kenapa nak dekat A walaupun dia ada pakwe.
I diam dan bagitahu dia taktahu itu A (padahal sebenarnya dia tahu). Aku terkilan aku sedih dan aku kecewa, aku tanya si A juga. A bagitahu dia ada meminta I untuk jujur pada aku, dan I bagitahu dia takut.
A meminta izin untuk bagitahu perkara sebenar pada aku tetapi I kata nanti dia beritahu sendiri. Selama 2 minggu aku murung sebab kecewa, dia orang yang paling aku percaya.
Sampai sekarang aku tidak tahu apa cerita yang I sampaikan pada A sehingga A delete number aku dan berhenti contact aku.
Tapi tak mengapa, aku tidak kesal dan tidak rugi. (cerita agak panjang namun aku ringkaskan sahaja).
Pengajaran disini, dalam hidup jangan terlalu percaya, kadangkala orang yang paling kita percaya tersebut lah yang akan jadi duri dalam daging.
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit