Hai, aku Sunflower (bukan nama sebenar) sekarang usia aku 21 tahun.. Aku student tapi belajar kat mana tu biarlah rahsia.
Kat sini aku nak cerita kenapa sampai sekarang aku sangat sangat lah introvert nak berkenalan dengan orang baru. Maksudnya aku dah tak rahmah macam dulu…
Kejadiannya selepas ada sorang kawan aku nama dia Mia (bukan nama sebenar) aku start rapat dengan Mia ni sejak form 5. Mia ni pindah sekolah aku start dia form 4. Aku pun tak tahu atas alasan apa dia pindah ke sekolah aku.
Sejak form aku masuk kelas aliran yang ada subjek ekonomi dan dia pun sama. Kami berkawan bertiga dikira macam trio lah gitu dalam kelas.
Sorang lagi kawan aku gelarkan sebagai Siti (bukan nama sebenar) ceritanya bermula selepas sahaja PKP, kitaorang pelajar SPM kena balik semula ke asrama dan pada waktu tu kami sahaja yang ada di asrama pelajar lain tak ada.
Okey ada satu hari tu, kami bertiga nak guna public fon, public fon time tu ada 2 je yang boleh guna so aku call dulu lepas dah call aku tunggu lah dioarang berdua pulak nak call.
Pastu aku tengok lah si Mia ni call macam malu malu pastu dia datang kat aku cakap “jangan bagitahu Sara tau” Sara ni pun rapat dengan aku dari form 1 sampai lah sekarang.
Lepas dia cakap macam tu aku pun pelik lah pastu siti ni pun cakap yang Mia nak call “Haris” iaitu boyfriend Sara!! Tak ke pelik asal tiba tiba nak call boyfriend orang kan.
Aku pun janji jelah tapi dalam hati aku memang tak lah Sara tu kawan baik aku dah lama dah takkan aku nak berkomplot. Pastu setiap kali si Mia ni call aku cuba elakkan untuk teman dia. Yang hanya teman dia call adalah siti sahaja.
Pastu Sara ni pun perasan je yang Mia ni dah selalu bergayut kat public pastu Sara tegur lah “Mia dah ada boyfriend ke?” Pastu Mia ni tanpa segan silu cakap “eh Kita bestfriend je dengan lelaki tu, nama dia Mika”
Aku yang dengar ni meluat.. aku tak pasti sama ada aku ke yang makan kawan atau si Mia ni yang makan kawan. Yang membuat kan Sara makin nak tahu sebab setiap kali Sara lalu dekat public time Mia call mesti Mia tu akan tutup no tel yang dipapar kan dekat screen public tu.
So, sejak dari tu Mia kerap sangat call Haris, aku cuba jauh dan kalau boleh aku nak sendiri.. aku busy kan diri aku study dekat surau sorang sorang dan macam macam aku buat sorang ii tak nak hirau kan orang lain.
Tapi kadang ii bila aku duduk surau Sara selalu je datang melawat aku dan bercerita pasal si Mia punya boyfriend. Waktu ni Sara tak tahu lagi yang Mia tu rampas Haris dari Sara.
Ok nak dijadikan cerita.. ada satu malam tu aku rasa serba salah gila nak mati dengan Sara. Aku pun bagitahu lah yang sebenarnya Mia tu call Haris dan mika tu tak wujud hanya samaran nak cover Haris. Sara pun terkejut dan terus shaking wehh..
Aku terus peluk Sara dan kitaorang menangis. Nak cakap Sara ni kuat sangat sebab dia still lagi dengar cerita si Mia tu.. setiap kali ada cerita mesti Mia tu semangat cerita pasal si mika tu.. Padahal Sara dah tahu yang Mika tu Haris. Aku pun buat ii tak tahu jelah. Biar waktu yang tentukan..
Lama kelamaan, Sara pun jauhkan diri dari Mia. Dan Mia perasan benda tu. Mia pun cerita dekat aku , dia cakap “kenapa kita rasa Sara dah tak rapat ngn kita ek?”
Pastu aku pun kata “mana lah tahu, busy Kut sebab nak spm”. Lama lama Mia rasa tak sedap hati lah Kut sebab macam ramai dah jauhkan diri dari Mia. Mungkin sebab Sara ada mengadu dekat roommate dia pasal Mia.
Bila Mia tahu je yang Sara dah tahu perkara sebenar, Mia menangis teruk giler, aku pun tak faham macam dia pulak yang paling tersakiti, padahal Sara Okey je jalani kehidupan sendiri,
Tapi kesedihan Sara aku je yang tahu, sakitnya dia pura pura depan mereka kalau bertembung dekat sekolah.
Ada satu hari tu aku, dengan dua orang lagi rakan aku sedang borak borak dekat surau tiba tiba Mia datang menangis teruk giler mengadu cakap Sara dah tahu hubungan dia dengan Haris..
Mia cakap dia tak nak maafkan orang yang bagitahu Sara. ‘Lol orang yang bagitahu Sara tu ada depan kau’ aku just cakap dalam hati jelah.
Aku hanya dengar dan tak mampu nak bagi reaction macam mana. Aku sayang Sara, aku tak nak Sara diperbodohkan. Bukan nya Mia tu tak tahu Sara dengan Haris.
Selepas dari kejadian tu kami semua jadi stranger dengan Mia. Mungkin sebab kami sudah berkawan dari form 1 sampai sekarang buatkan ukhuwah kami masih utuh.
Mungkin sebab kuasa besar kami lagi kuat dari Mia si budak baru hahahaha aku pun tak pasti. Tapi mungkin sampai sekarang lah Kut yang Mia tak tahu aku lah yang bagitahu Sara semuanya.
Sekian dari,
– Sunflower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit