Salam … thanks pada admin jika luahan aku ni dipublishkan. Aku nak meluah rasa hati yang stress dengan orang sekeliling aku atau lebih tepat colleagues aku. Pasal shopping dan hutang. Macam berkaitkan? Tapi sebagai permulaan, aku cerita skit background aku dulu. Aku ni bekerja sebagai eksekutif di sebuah company. Gaji dalam RM7K. Tu gaji kasar. Tapi lepas tolak segala loan kereta, loan study, potongan cukai dan zakat, ada la dlm RM4K. Macam banyak kan? Tak banyak pun sebenarnya bila tinggal di bandar besar. Segala savings, bills, duit travel kerja dan makan, top-up belanja household serta belanja keperluan anak-anak je dah hampir ¾ dari baki gaji aku. FYI, company aku ni dalam langkah penjimatan, kalau kerja luar ofis tapi still dalam negeri yang sama, aku tak boleh claim duit minyak dan tol. Apatah lagi elaun-elaun yang berkaitan walaupun kerja aku memang banyak luar ofis. Semua belanja travel atas duit gaji aku je. Jika aku perlu naik flight pi mana-mana, aku kena dahulukan duit aku untuk beli tiket dan tido hotel. Kalo nasib baik, next month baru company bayar balik claim tiket dan hotel. Dan kalau perlu belanja makan untuk client, jangan harap company nak bayar full amount. Nak dapat sebahagian pun jenuh bergaduh. So, aku hanya ada bajet lebih dalam RM500 lebih je sebulan. Duit ni pun aku guna untuk shopping or pi makan sedap sekali sekala dan aku juga cuba jimat dan anggap sebagai saving tambahan selagi boleh. Nak kedekut kat diri sendiri pun tak boleh gak sebab kerja teruk-teruk, nak something gak yang boleh release stress kan. Husband aku bukan tak kerja. Dia kerja tapi gaji dia pun tak banyak macam aku plus dia perlu bayar duit loan rumah, loan study, belanja sekolah anak-anak dan tanggung parents dan adik dia yang masih belajar. Aku redha je sebab benda tu aku dah ambil maklum sebelum berkahwin dan dia pun jenis tak berkira dengan aku kalau ada duit lebih.
Luahan aku ni pasal sikap colleagues aku. Biasalah perempuan ni. Shopping memang hobi nombor 1. Tak sempat pi shopping complex, boleh je shopping online. Sampaikan receptionist ofis aku ni dah boleh kira bff dengan semua delivery guy yang selalu drop off parcels kat ofis aku ni. Bukan sahaja awal bulan shopping, hujung bulan pun nak shopping. Masalahnya, bila duit di akaun bank masing-masing tak cukup. Mulalah cari siapa yang boleh tolong transfer duit ke akaun seller online. Aku ok je kalau nak tolong transfer ni. Tapi yang lahanatnya perangai colleagues aku ni, time minta tolong elok je kata nak bagi duit cash kat aku lepas transfer tu. Tapi kekadang dah sebulan, tak bagi-bagi gak. Kalau sorang je boleh tahan gak, tapi kalau dah lebih, memang lari bajet aku bulan tu. Bukan tak minta bayar balik, dah minta. Secara direct or secara perli. Semua tak jalan. Sebab bagi diorang, bukan diorang tak bayar, bayar tapi ikut timing diorang. Colleagues aku jenis nak tunggu komitmen lain settle baru nak bayar hutang aku. Aku plak yang terbantut nak beli apa-apa bulan tu. Lepas beberapa kali terkena, aku memang payah dah nak tolong. Bagi je alasan nak guna duit dalam akaun tu untuk benda lain. Tu satu hal.
Lagi satu perangai buruk colleagues aku, time keluar makan atau time balik satu kereta dengan aku. Dah tau nak keluar makan, tapi tak reti nak tengok duit ada ke tak dalam purse. Lepas sedap makan, time nak bayar bill masing-masing, mesti ada yang terkejut (ke buat-buat terkejut?) Tengok purse kosong atau duit tak cukup nak bayar bill. Mula la buat muka kesian minta aku bayarkan dulu. Siap kata nak pi cari ATM lepas ni nak bayar balik duit tu. Macam kes kat atas tadi gak la, sebulan pun belum tentu bayar balik. Ikut hati, mau je aku buat tak tahu dan terus tinggal je diorang ni. Tapi sifat belas ihsan aku masih ada walaupun semakin hari semakin menipis. Setipis duit belanja aku setiap bulan. Begitu juga bila ada yang menumpang aku balik kerja. Duit minyak dan tol tu aku tak berkira sebab dah memang satu jalan. Memang aku tak pernah minta pun sebab diorang tumpang ke tak, memang aku akan kena keluar belanja banyak tu untuk duit minyak dan tol aku pun. Cuma bila singgah stesen minyak untuk isi minyak, aku ni biasa akan beli gak jajan untuk buat modal mengunyah dalam kereta. Maklum je la ofis dengan rumah bukan dekat. Dah la traffic jam pun teruk. Colleagues aku ni pun sakan gak membeli jajan. Time nak bayar, ‘eh..duit tak cukup’. Aku suruh pi cucuk kat ATM dalam stesen minyak tu. Kalo time ATM ok, memang dapat balik la duit aku. Tapi nasib aku ni boleh kira malang gak sebab ATM tu selalu out of service. Sabar je la padahal duit dah keluar untuk bayarkan jajan colleagues aku tu tadi.
Aku juga cuba berniaga secara kecil-kecilan walaupun taklah serius mana sebab masa yang terhad (famili plus kerja hakiki). Aku jual tudung dan kain pasang di FB aku. Bila colleagues aku ni nampak aku up stok baru atau gambar aku gi survey barang niaga, mula lah suruh bawa ke ofis. Ni aku memang geram sebab bila bawa ke ofis, memang laku keras. tapi duit tak dapat. Almost majoriti akan buat lupa nak bayar hinggalah dapat gaji. bukan aku tak bagi hutang, tapi biarlah ada adab skit kan? Bukan ambil barang dan terus pi duduk diam-diam kat tempat masing-masing sampai aku plak nak kena trace siapa yang ambil barang apa. Ingat aku untung banyak ke sampai nak sedekah semua benda kat korang? Kekadang nak balik modal pun payah.
All these menjadikan ku tak faham dengan mentality diorang ni. Adakah dorang anggap aku bekerja untuk advance duit belanja kat diorang ke apa? Aku ni jenuh memusing duit untuk cukupkan belanja bulan-bulan. Bukan tak pernah aku cakap kat colleagues aku ni yang aku ni nama je gaji besar, tapi komitmen banyak. Cuma aku takdelah perincikan satu-satu apa benda yang aku nak kena bayar. Korang pun tau beban belanja sekarang ni macam mana. Kalau duit dah tak berapa nak ada, janganlah nak shopping gak sampai spoilt bajet aku. Aku tak ajak pun colleagues ni ikut aku pi keluar makan sekali kalau aku terasa nak makan sedap/mahal skit (tak salah untuk reward diri sendiri kan sekali sekala?). Aku cuma ajak time nak pi makan fast food or warung je. Tu pun diorang tetap nak ‘pau’ aku gak. Bagi sesiapa yang nak nasihatkan aku untuk jauhkan diri daripada diorang ni, harap maklum yang company aku ni tak lah besar mana. Memang tak boleh lari daripada diorang. Kalau aku tak tegur pun, diorang akan datang tegur aku. Kalau aku tak ajak makan atau balik sekali pun, tengok-tengok dah standby tunggu nak ikut aku sekali. Nak tipu tak ada duit dalam purse, diorang tau aku akan memang jenis yang akan standby cash dalam purse sebab aku jenis tak guna credit card. So how nak buat mereka ni sedar yang aku juga ada limited bajet untuk berbelanja? Kalau colleagues aku terbaca luahan aku ni, mohon sangat lah korang terasa sampai ke ulu hati tu. Aku ni dah tak larat nak makan hati dengan korang. Walaupun dalam hal kerja lain korang banyak tolong aku, tapi bab duit ni memang sensitif terutamanya di zaman semuanya perlukan duit.
– kaklong
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit