Hai Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Nama aku Natasha. Setelah sekian lama melihat dan membaca kisah-kisah di page ini baru aku diberi kesempatan untuk publish cerita dari kisah aku sendiri. Minta maaf andai karangan tidak sedap dibaca dan terlalu panjang maklumlah ini first time aku publish untuk general.
Aku tidak tahu nak start dari mana. Ini sekadar luahan hati aku. Kisah aku adalah perangai kawan-kawan aku yang semakin berubah. Begini, aku baru sahaja tamat belajar di sebuah IPT terkemuka di ibu negara pada tahun lepas. Kalau dah namanya study mestilah ada kawan-kawan di sisi baik dari course yang sama ataupun satu batch.
Aku rapat dengan mereka aku since first time register masuk IPT. Satu hostel, satu bilik dan apabila kami berpindah dari hostel mesti mencari dan duduk di rumah sewa sama-sama. Yelah, bff katakan tak mahu berenggang. So far kami okay je bermesra-mesra begitu kalau gaduh pon sekejap je.
Oh ya, lupa nak cakap. sebenarnya di antara kawan-kawan aku adalah beberapa orang yang pernah satu sekolah dengan aku dahulu. Ada yang memang dah rapat dan ada langsung tak pernah satu geng time sekolah tup tup boleh jadi rapat bila di sini. Selebihnya ada yang dari luar dan baru nak berkenalan.
Course kami tidak semuanya sama, maka mana yang dah habis awal dipersilakan pulang ke kampung halaman. Start dari beberapa kawan-kawan dan aku pulang ke kampung halaman setelah berhempas pulas belajar. Dan ada juga bestfriend yang lain masih lagi dalam tempoh belajar. Disini kami mula berpisah dan susah untuk berjumpa.
Dalam beberapa bulan kemudian, kawan aku yang seorang ini, Maya disenaraikan untuk majlis convocation. IPT kami memang sudah maklum dari awal dan pada mulanya kami memang sedihlah sebab tak dapat convo sama-sama. Course Maya dibenarkan untuk convo dahulu sebab tidak ada additional semester. Jadinya aku fikir oh biarlah Maya graduate dahulu. Dia tak ajak aku dan mereka yang lain datang maybe dia okay dengan kawan-kawan coursemate dia.
Kemudian tibalah harinya, aku terkejut melihat insta stories, status whatsapp ada post2 dari convocation Maya. Aku bukan terkejut tengok si Maya pegang bunga pakai jubah convo tu, tetapi melihat kawan-kawan kesayangan aku berada di sisi Maya. Waktu itu aku rasa down, sakit hati dan cemburu.
Pelbagai persoalan bermain di minda aku. Kenapa mereka buat aku macam ini. Kenapa tidak mengajak aku ke sana? Kenapa tak nak berbincang dengan aku? Kenapa anggap aku macam tak penting sedangkan aku ni kawan kalian kot. Tiada sesiapa pon yang tertinggal dan hanya aku seorang sahaja yang tidak sertai ‘hari bahagia’ Maya.
Sejak dari itu kalau mereka buat insta stories or so on aku tekadkan hati tidak mahu lihat. Hati aku masih sakit. Kenapa aku tidak terus bertanya kepada mereka? Aku malas sebenarnya nak tanya soalan remeh.
Situasi yang kedua pula ialah salah seorang dari kami, Rina pula nak bertunang. So kami decide and berjumpa di hari pertunangan Rina hujung tahun lepas. Pada waktu ini aku berlagak macam biasa dan tidak menyatakan amarah aku atas apa yang mereka lakukan kepada aku pada hari convocation si Maya.
Tahun ini, inshaallah pada bulan depan Rina nak mengakhiri zaman bujangnya pada usia muda. Biarlah dah jodoh dia sampai awal kang bercinta lama-lama tanpa ikatan bahaya pula. Itu pun ada juga yang dah terbabas. Biasalah dah bff mesti nak bridesmaids apa semua itu kan? Time bertunang kami datang apatah lagi waktu bernikah of courselah kami jadi orang terpenting.
Disebabkan Rina busy dengan kerja dan cod poslaju dia, aku offer lah diri untuk carikan baju bridesmaids dan aku belikan sendiri setelah kawan-kawan aku bank in kan bayaran untuk baju kepada Rina. Mereka fikir Rina sendiri yang cari dan belikan sedangkan aku dan Rina ‘pm tepi’.
Sementara itu, kami create group tanpa Rina. Iyalah kami berbincang untuk buat surprise dan plan lain untuk hari wedding Rina nanti. Tiba-tiba mereka cadang mahu buat bridal shower untuk Rina di ibu negara memandangkan kami duduk area lembah klang dan situlah kami senang nak berjumpa. Aku tiada masalah boleh je nak ambil cuti nanti.
Cadangnya mahu buat bridal shower seminggu sebelum Rina nikah. Rancak berbincang dalam group nak tema apa, selempang ‘bride to be’ mana yang lawa, kek jenis yang mana, hadiah kahwin Rina nak bagi apa. Kiranya semua untuk preparation hari Rina. Yang aku pun bagi idea bersungguh-sungguh yelah excited nak tengok bff sendiri nikah.
Seminggu lepas, aku tengok insta stories, whatsapp status dan fb live. Kali ni agak terkejut sekali lagi sebab mereka hangout di KL tanpa aku. Entah bagaimana mereka boleh berbincang dan berjumpa bersama tanpa aku. Punyalah ceria muka mereka. Aku dah tak sanggup lagi nak tengok dari mereka. Ada lagi nama bff aku di atas dalam ruangan ig stories tapi aku tak nak tengok. Aku tahu itu post dari mereka yang keluar happy huha huha.
Kali ini aku tekad aku buat status berbaur sindiran yang berbunyi “Nampak bahagia tanpa memikirkan perasaan orang lain”. Sejak dari itu group kami langsung tak berbunyi. Tahulah mereka sudah terasa dengan aku. Dua tiga hari berlalu barulah mereka bersuara. Itupun mereka berbincang untuk meminta baju bridesmaids dari Rina sewaktu bridal shower berlangsung nanti.
Katanya mereka mahu bawa pulang dan basuh sebelum tiba hari nikah. Aku pun tersenyum sinis dan terdetik dalam hati “Baju itu tidak ada pada Rina lah gaiss. Baju itu ada pada aku. So kalau aku taknak datang time bridal shower nanti kalian tak akan dapatlah!” Sumpah aku terasa dengan mereka sampai sekarang.
Kekadang aku tak faham, aku pernah bertanya pada diri aku sendiri. Apa salah aku. Ada perkara yang aku buat sampai mereka buat aku macam ini. Pinggirkan aku. Pulaukan aku. Padahal kami okay je tak pernah ada perselisihan faham pun. Sampai pening kepala aku tercari-cari salah aku. Memang benar-benar terasa kali ini sikap mereka memang dah melampau lagi-lagi kepada kawan-kawan yang pernah satu sekolah dulu.
Kami duduk sekampung, tidaklah jauh sangat cuma hanya susah nak berjumpa sahaja. Walaupun mereka boleh agak dengan jawapan aku tapi apa salahnya inform dan cuba ajak aku. Itupun susah sangat ke? Mulut ada, jari boleh taip. Yang membuatkan aku geram adalah aku bukannya tinggal di utara ataupun di Sabah dan Sarawak. Susah sangat ke nak ajak aku?
Sebenarnya lepas dari kes convocation Maya aku start mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Bukan depression aku rasa tetapi aku berada di tahap awal agaknya. Aku menangis setiap kali teringatkan mereka, mood kadang-kadang tak tentu. Aku off kan laman social dan baca artikel penting seperti berita sahaja. Ditambah lagi dengan masalah aku yang dah lama ‘tanam anggur’ berbulan-bulan lagilah aku stress. Selalu bimbang dan takut perkara yang mendatang.
Aku pernah terfikir untuk bunuh diri tetapi cepat-cepat aku tepis sebab aku tahu perasaan itu datang dari Syaitan dan aku cuba kuat kembali. Aku ada Allah ada akidah. Alhamdulillah aku sembuh sedikit demi sedikit. Mungkin sebab aku terlalu pendam aku boleh jadi tekanan perasaan.
Disini aku nak luahkan apa yang aku terasa hati sepanjang satu geng dengan bff aku. Apabila mereka berbincang untuk preparation Rina, aku okay sahaja. Mereka planned each other nak itu nak ini. Then bila semua setuju kena bank in kepada salah seorang kami, kiranya dia yang akan belikan bahan-bahannya. Untung kau Rina, ada orang sanggup buat macam-macam dekat kau.
Waktu study dulu turn siapa birthday mesti kami planned and dapat surprise, tetapi tidak bagi aku. Sepanjang bersahabat dengan mereka aku langsung tak dapat surprise. Iyalah, time birthday akulah cuti sem, cuti hari raya. Dua tahun pula itu memang takde chance nak celebrate dengan mereka. Kalau tak, mesti aku dapat surprise. Aku pun teringin juga nak dapat surprise yang berbentuk material selain wishes dari handphone.
Bukan nak kata aku ni tak bersyukur tapi apa salahnya setahun sekali kan? Sedangkan untuk mereka aku juga keluarkan duit sendiri beli hadiah dan share dengan duit mereka yang lain. Tetapi mereka tak pernah terfikir untuk aku. Paling teruk tahun ini aku tak dapat birthday wishes dari beberapa orang dari kami. Barangkali mereka busy sampai tak ingat padahal tarikh lahir aku mereka paling senang ingat sebelum ini. Sampainya hatimu kawan.
Sekarang ini penyakit aku yang dulu datang kembali. Aku semakin bosan dengan hidup. Kadang-kadang buat kerja pun tidak fokus. Marah seseorang tanpa sebabnya. Aku mula benci nelihat wajah-wajah mereka apabila terpampang dalam skrin telefon aku. Hati pernah terasa untuk membunuh mereka.
Ya, aku pernah terfikir dalam keadaan tidak waras. Kali ini mungkin dari sebab situasi kedua mereka yang hangout tanpa mengajak aku baru-baru ini. Aku pun tidak tahu kenapa aku boleh ada perasaan itu semula sedangkan solat aku jaga, baca kitab suci Al-Quran, aurat pun aku jaga.
Group itu aktif sahaja cuma aku yang tak nak respons. Entahlah, aku memang nak datang wedding Rina sebab baju bridesmaids, duit transport aku dah siapkan awal-awal. Takkanlah aku nak cakap yang aku nak cancel. Kali ini aku betul-betul terasa dengan mereka tetapi aku tak mahu luahkan. Sendiri boleh faham kot perasaan kawan sendiri. Nak kata bodoh semua dah ada tahap pelajaran yang tinggi.
Pernahkah anda berada situasi macam aku? Bagi aku mereka ini beria-ia untuk buat surprise untuk each other. Okay aku setuju sebab appreciate la namanya sepanjang persahabatan. Tengoklah nanti giliran wedding aku, aku rasa tiada siapa yang nak buat over planning and surprise macam Rina. Trust me. Birthday aku pon tak dapat apatah lagi wedding nak gempak-gempak semua tu tak pernah nak merasa.
Aku menangis bila teringat apa yang mereka lakukan untuk aku. Sepanjang perkenalan aku ikhlas dengan mereka tetapi kenapa mereka berperangai sebegini. Nak saja aku mengungkit yang aku pernah tolong mereka time zaman study dahulu tapi tak boleh dan jadi tidak ikhlas pula. Mereka pon dulu baik sangat dengan aku. Sama-sama bantu support each other tetapi sekarang ini dah lain sikit perasaannya. Mungkin masing-masing dah ada komitmen sendiri.
Mahu minta pendapat bagaimana aku harus keluarkan daripada masalah ini? Bagaimana aku mahu berhadapan dengan mereka apabila berjumpa waktu bridal shower dan wedding Rina nanti? Aku tak ready dari segi mental dan psikologi. Ini pun aku dah kembali sembuh walaupun bukan sepenuhnya. Perasaan sakit hati dan cemburu tetap ada. Walaupun mereka buat begitu pada aku, tiada seorang pun yang berani untuk memohon maaf kepada aku.
Tidak mengapalah aku maafkan tetapi luka yang berparut masih ada di dalam hati aku. Aku yakin mereka ada juga follow page ini kalau mereka terasa dialah orangnya. Dan aku harap selepas ini kalau nak hangout atau buat majlis tanpa mengajak aku, aku mohon hide lah semua stories kalian daripada aku. Aku better tak tahu dan tak tengok daripada sakit hati macam sekarang ini.
Tiada siapa aku mahu luahkan selain daripada pembaca disini. Niat aku share bukan untuk meraih simpati tetapi aku tak boleh tahan untuk pendamkan masalah ini. Makin aku simpan makin aku menggigil dan tertekan. Sedikit sebanyak aku dah luahkan apa yang aku pendamkan sekian lama.
Sumpah sekarang ini aku rasa lega segala bebanan dalam kepala sudah keluar. Terima kasih kerana sudi mengambil masa untuk membaca kisah aku. Minta maaf andai ayat aku ada yang menimbulkan ketidaksenangan anda bila membacanya. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri sendiri.
Wallahua’lam.
Sekian..
– Farah Natasha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit