Hello semua!
Disclaimer: Aku saja nak bercerita dan memandangkan ini adalah page confession dan kebanyakannya bercerita memang untuk meluahkan dan selalunya menulis tanpa nama, aku juga nak ambil peluang yang sama.
Cerita ini tentang A, orang yang bermula sebagai kawan yang satu kepala, kemudian, jadi kawan rapat dan masing-masing mula memupuk perasaan suka sama suka.
Kisah ini sudah bertahun berlalu. Aku masih belum jumpa pengganti A dan aku tak pasti bagaimana di sebelah sana. Sama ada A sudah berpunya atau masih lagi gigih berusaha mencapai cita-cita dia. Tapi aku percaya, A ni ramai peminat. Dia nak ke tak je!
Aku tak jumpa pengganti mungkin kerana aku susah nak jatuh hati pada orang tapi mungkin juga kerana tiada yang tertarik dengan diri ini atau mungkin juga jodoh itu belum sampai. Doakan okay!
Anyway, ya, A dan aku berkawan baik. Kami sama-sama dalam latihan yang sama sebelum kami mendapat penempatan bagi tugasan kami.
A ini orangnya gila-gila, kelakar dan kami memang satu kepala, senang jadi kawan berborak, senang nak diajak ke mana-mana, “Jom makan dekat..” dan sebagainya. Dari situ, kami mula rapat.
Setelah selesai latihan, kami ditempatkan di negeri dan daerah yang sama. Jadi, boleh dikatakan setiap hujung minggu akan jumpa dengan kawan-kawan yang lain juga.
Apabila berjumpa, macam-macam kisah diceritakan tentang tugas kami manakala Aku dan A tidak cukup bercerita apabila berjumpa pada hujung minggu. Boleh dikatakan, kami berhubung setiap hari berkongsi cerita atau masalah masing-masing di tempat kerja.
Benda-benda kecil dikongsi seperti “Aku makan ni” bersama gambar makanan akan dihantar atau kadang-kadang kami jadi thought partner untuk tugasan masing-masing.
Kalau aku atau A ada teringin nak makan apa-apa atau kami jumpa mana-mana restoran yang best, kami akan kongsi dan akan sama-sama pergi (kadang-kadang berdua, kadang-kadang dengan kawan-kawan yang lain).
Dah macam belangkas. Nak buat apa-apa, akan cari A dan vice versa supaya “ada geng” nak buat sesuatu.
Bulan berganti bulan, aku tahu kami memang rapat. Masing-masing update each other tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidup setiap hari dan aku sangat-sangat selesa berkongsi macam-macam dengan dia dan aku pasti dia juga merasakan yang sama.
Aku rasa ketika itu, aku mula ada perasaan pada dia, tapi aku nafikan sebab kami memang rapat jadi mungkin ada rasa attachment di situ.
Kemudian, salah seorang ahli keluarga aku yang aku rapat meninggal dunia. A adalah orang yang paling risau, yang sentiasa ada, check jika aku okay atau tidak, dah sampai ke destinasi atau belum.
Dari situ, aku yakin, aku ada perasaan pada dia. Pada waktu mustajab berdoa Hari Arafah, aku berdoa, “Kalau A untuk aku, dekatkan kami.”
Selepas itu, kami jadi makin rapat. A adalah orang yang memberi diri ini inspirasi untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Sama ada sebagai seorang individu, sebagai seorang hamba Allah atau untuk berusaha mencapai cita-cita sebab A ini kuat berusaha orangnya.
A dan aku saling memberi semangat kepada satu sama lain untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Aku berdoa hampir setiap hari untuk Allah permudahkan penyatuan kami.
Tapi, aku dan A tak pernah berbincang tentang perkara ini. Tak pernah langsung bercakap tentang perasaan masing-masing. A adalah orang yang tahu macam-macam tentang aku. I was so sure A was the one.
Beberapa bulan selepas itu, ayah aku meninggal. Dari ayah aku masuk operation theatre, masuk ICU dan sampailah di saat-saat akhir ayah aku,
A menjadi tempat aku kongsikan kerisauan, A rajin bertanya updates, A akan tenangkan diri ini, A adalah orang pertama yang aku beritahu tentang pemergian ayah aku,
A yang sampaikan pada kawan-kawan dan A adalah orang yang bantu aku dan berada bersama aku physically/virtually ketika aku mula-mula ingin bangkit kembali selepas pemergian ayah dan salah seorang ahli keluarga aku yang terdekat.
Macam-macam perkara berlaku, A ada cerita pada kawan yang lain tentang perasaan dia terhadap aku, aku juga berpeluang ke rumah A beberapa kali untuk berjumpa dengan keluarga A tetapi masih sebagai seorang kawan rapat.
Ketika itu, aku dah pasti dengan perasaan sendiri, A adalah orangnya. Jika ditanya oleh sesiapa sahaja, jika aku ada berkenan pada sesiapa, aku sangat yakin dengan jawapan aku.
Walaupun A dan aku tak pernah bercakap tentang perkara ini. A adalah individu yang aku mahukan daripada seorang pasangan. Tak sempurna tapi cukup. Terutamanya untuk melengkapkan diri ini.
A dan aku boleh dikatakan sekufu, dari segi latar belakang pendidikan dan keluarga, minat, agama dan sebagainya.
Sebab itu, aku terus berdoa supaya kami dijodohkan. & aku ingat, masih lagi segar dalam ingatan aku, bulan Ramadan tahun itu, A hantar WhatsApp kepada aku, “I am grateful to have you in my life. May Allah plan something good for both of us.”
Senyum lebar aku.
Beberapa bulan kemudian, aku bertekad untuk tanya A tentang status kami berdua. A membalas untuk aku tunggu sehingga malam esoknya. Malam esoknya, kami akan berjumpa bersama kawan-kawan yang lain. Sebelum pulang, A bagi surat pada aku (kelakar bila ingat balik).
Tapi panjang surat A, dia ceritakan bagaimana dia mula ada perasaan pada aku sejak dari awal kami rapat cuma dia tak ada keberanian untuk memberitahu perasaan dia pada aku.
A juga beritahu beberapa perkara yang terjadi sebelum ini membuatkan dia tidak ada keyakinan untuk meluahkan perasaan seperti pemergian ayah aku. A juga beritahu yang dia dah bercerita pada keluarganya tentang aku cuma aku sahaja yang belum tahu lagi.
Aku adalah wanita yang paling bahagia ketika itu. Doa-doa aku terjawab.
Cuma, silap aku di sini. Bila A beritahu perasaan dia, aku senyap dan buat macam biasa. Maksudnya, buat seperti apa yang kami buat sebelum ini. Sepatutnya, kami berbincang, bertanya, tetapi tidak. Perkara itu buat aku tertanya-tanya tentang macam-macam perkara.
Kalau sebelum ini kami kawan baik, jadi sekarang apa? Kekasih? Kalau sebelum ini, kami berhubung, buat apa yang kami selalu buat dengan rela. Jadi selepas ini, adakah semua itu komitmen?
Kami mula sibuk dengan tugasan masing-masing. Hanya mesej pagi sebelum kerja dan mesej malam sebelum tidur. Itu sahaja dan aku tahu, jika kami ingin berbincang dan bercakap seeloknya, face to face.
Tapi, bila berjumpa 2-3 kali, kami tak bangkitkan isu ni. Aku juga tak ada keberanian.
Sampailah satu hari, aku beranikan diri dan tanya pada A. Ketika itu, A beritahu sebenarnya dia tak bersedia untuk berada dalam perhubungan seperti itu.
Cukuplah sekadar berkawan rapat yang memberi sokongan kepada satu sama lain, yang menjaga dan mengambil berat antara satu sama lain. Dengan kata lain, A tak nak ada apa-apa hubungan istimewa, cukuplah macam sebelum ini.
Okay, bila tulis ni, rasa sedih dan sakit sikit.
A ada je suruh kawan-kawan rapat aku yang lain to check on me tanpa memberitahu mereka apa sebenarnya yang terjadi. Heh.
Aku menangis lah jugak senyap-senyap bila orang tak nampak, bila dalam bilik sorang-sorang. Cuma aku tak cerita pada siapa-siapa. Aku malas nak cerita. Sebab aku rasa, kalau aku cerita, orang akan kesian dekat aku atau orang akan nampak seperti aku ini lemah.
A adalah kawan aku. Kawan baik. Kawan yang rapat. Pusing-pusing aku akan jumpa A juga. Nak lari jauh macam mana pun, aku akan jumpa A juga. Cuma selepas itu, A kurang berhubung dengan aku. Ada tapi tak sekerap yang dulu tapi masih lagi kongsi kisah-kisah kejayaan dia.
Aku pula, jauh dalam lubuk hati, aku masih berharap. Beberapa perkara aku buat untuk beritahu A secara tidak langsung yang aku akan berada bersamanya susah dan senang, yang aku adalah penyokong nombor satu dia dan berharap A akan sedar serta ubah fikiran. A ni kelakar sikit.
Ada benda-benda yang dia buat yang di luar jangkaan aku seperti WhatsApp yang dihantar yang berbunyi special dan kalau lama aku senyap, dia akan cari aku.
Kadang-kadang aku pun sama, cari dia. Macam nak beli phone baru, aku tak tahu nak rujuk siapa, aku cari dia. Nak tanya pendapat itu ini, aku tak tahu nak rujuk siapa, aku cari dia.
I needed A. On and off tapi aku tahu, at some point, aku kena move forward. Kalau aku terus begitu, aku yang sakit.
Beberapa bulan kemudian, kami dah mula renggang. Kami WhatsApp pun seminggu sekali. Itu pun kalau ada benda-benda besar yang jadi dan dalam masa yang sama, aku telah ditempatkan untuk bertugas di negeri yang lain, yang jauh 4 -5 jam jika naik kereta.
Dan aku tahu, itu adalah peluang aku untuk start over, untuk tinggalkan kenangan-kenangan aku dengan dia dan mulakan hidup baru, capai cita-cita aku.
Sebelum aku pergi, aku jumpa dia. Di kedai mamak. Aku order air je. Dia order air dan roti canai kalau tak silap. Tak lama pun. Tak sampai sejam pun. Aku rushing, dia pun rushing.
Kami berbual seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Aku memang bertekad, itu adalah pertemuan kami yang terakhir. That’s it.
Tiba-tiba dia cakap, “Pasal kita..”
“..aku memang tak boleh nak teruskan. Aku cuba tapi aku tak boleh. Kau jangan tunggu aku. Kalau kau jumpa mana-mana orang yang lebih baik, kau teruskan. Kalau ada jodoh kita, adalah.”
Dia nangis.
Mungkin sebab aku dah bertekad, aku sangat keras hati dan pada dia aku cakap, “Kalau kita dah usaha macam mana pun, kalau tak jadi, maksudnya Allah tak bagi. Doakan aku. Kita doakan each other.”
Sebelum kami gerak, dia tanya, “Kau tak nak ambil selfie dengan aku ke?”, sempat lah kami tangkap gambar bersama. Gambar terakhir.
Tapi selepas itu, beberapa kali juga, dia cuba berhubung dengan aku, beritahu aku tentang update diri dia, tanya aku kalau aku ada keinginan untuk pulang semula bertugas di daerah itu,
Dan pada satu masa, aku hantar WhatsApp panjang berjela pada dia untuk beritahu perasaan aku dan aku minta dia tidak lagi berhubung dengan aku.
Selepas itu ada beberapa kali, dia hantar WhatsApp tapi aku tak balas. Sebab aku rasa sakit. Senang, terus putuskan walaupun tidak lagi berkawan untuk menjaga perasaaan masing-masing. Aku percaya itu yang lebih menyenangkan untuk kami berdua.
Beberapa tahu berlalu, tiba-tiba semalam aku teringat pada dia. Bila aku cakap, ‘nak capai cita-cita’, ya, itu yang aku buat kini.
Alhamdulillah untuk peluang-peluang yang hadir dalam hidup untuk buat apa yang aku suka dan capai cita-cita. Aku rasa content dengan apa yang aku ada.
Sampai sekarang, kalau aku sembang-sembang dengan mak aku, aku akan cakap, “I thought A was the one.” Dia cukup. Cukup untuk aku. At least, itu apa yang aku rasa dan fikir sebagai seorang manusia yang lemah.
To be honest, I wonder, why A and I didn’t work out but we all know, Allah knows best kan?
A, remember your text, “May Allah plan something good for both of us.”? He does! He plans the best for both of us but maybe not for us to be together. I am sure we are both now happy and successful in our own seperate, ways.
Till then, thank you baca, semua! Hehehe.
– xxx (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit