Kawan Saya Unik II

Salam sejahtera. Sebelum Markonah ke IPT Konah join PLKN. Siri ii/2009. Aku nk kongsi kisah dia y unik di Kem. Dia team Nilam. Aku rakan sebilik dia. Tapi dia bahasakan diri dia Durrah. Kisah dia bermula masa kena buat lambang group. Untuk sementara waktu sebelum ujian kelayakan. Dia dilantik sebagai Ketua Wirawati. Masa kena lukis bendera kumpulan. Ada mamat ni dok usha dia. Terus dia sound “Dosa kau pandang aku tu Abah aku tanggung kat Atas”. Mamat tu terkebil-kebil mata dia.

Masa memula dok dorm tu. Macam-macam bunyi kami dengar. Dia ada kawan sekolah dia yang sama kompeni dengan dia. Nama budak tu mira. Tapi dorang terpisah dorm. Ada satu hari, black out 1 kem. Dia bangun pergi dorm sebelah, cari mira. Dia bawa mira gan ketumbit (gelaran tuk kawan dia) kumpulkan setempat. Dorang tidur sesama dalam gelap. Katil sebelah dia Putri dengan Lai han (amoi). Tiap-tiap malam mesti dia gan putri gabung katil pastu dorg tidur berselang. Alasan dia senang, kalau putri terjaga dia sedar. Esok pagi dia susun smula katil semula. Bila aku tanya putri dah lama kenal ke durrah. “Kami kawan sekolah, kenal pon kat PLKN”. Bila aku tanya mira jwpn tetap sama. Pelik aku, tingkah laku dia seolah dah lama kenal.

Bila bab makan, dia tak membazir. Dia selalu cakap nasi ni nangis kalau buang. Ada 1 hari dia pergi basuh tangan, kawan dia letak nasi dalam pinggan dia menimbun, tapi dia tak perasan. Siap dia tuang air masak sebab lauk dah habis. Walaupun dia kenyang tapi dia habis kan juga nasi tu. Pastu kawan y perdajal dia tanya “kau tak perasan ke nasi kau banyak?”. Dia cakap terima kasih wei dajal aku, sebab aku lapar.

Budak bilik kami kena histeria. Dia relax je pujuk kawan-kawan yang lain. Oleh sebab dorm kami terpisah dengan dorm lain. Kes ni kecoh esoknya. Tapi dia panggil kawan-kawan dia soh keliling bdk yang kena histeria tu. Yang mana kuat semangat pegang bdk tu. Dia gan lelain baca Yassin. Yang non muslim panggil Jurulatih (JL) / Cikgu. Bila Ustaz mai dia bawa kawan-kawan yang lemah semangat tidur sesama. Siap dia pesan nenek dia bagi tips kalau takut nak tidur. Baca ayat kursi, surah 3 qul, Bismillah 21 x dan al fatihah sekali.

Setiap hari jumaat malam semua pelatih beratur depan bilik cikgu. Nak tuntut henfon. Dia pon tak berkecuali. Henfone dia nokia slide. Plug tak banyak jadi dia cas fone dia tengah malam. Esoknya screen fone dia pecah. Sebab ada yang pijak. Dia nangis sebab tak dapat tengok gambar abah dia. Dia tak marah pon sipelaku tu. Dia pon tak tahu siapa yang buat. Malam tu dia tengok langit. Si pelaku datang kat dia. “Kenapa u tengok langit lama sangat?”. Dia cakap abah dia kat atas sana. Si pelaku terus mengaku silap dia. Dia peluk si pelaku tu dan minta dia copykan video gan abah dia dalam fone si pelaku. Sejak tu dia beli kad telefon public. Setiap hari jumaat malam dia mesti call nenek or family dia. Elaun yang dia dapat habis beli kad gan makanan. Dia tak kedekut kalau kawan lain pakai kad fone dia.

Ada kes kami wirawati kena tahan dari riadah. Tak boleh keluar dari kawasan dorm time cuti. Dia ajak kawan-kawan bergolek atas rumput. Siapa yang lalu join gak aktiviti tu sebab bosan kena kurung. Dia ada bawa kura-kura 2 ekor. Hari biasa dia simpan kat cikgu. Time cuti cikgu bagi dia jaga. Mybe cikgu kesian kat dia. Orang lain ada fone dia ada kura-kura. Masa perintah berkurung dilaksanakan. Dia minta cikgu kura-kura. Dia panggil kawan-kawan dia. Ajak tengok perlumbaan kura-kura dengan semut. Walaupun pelik, dengan aku pon join tengok jadi geli hati.

Lagi tak boleh bla, minggu keagmaan. Dia gn geng lain berhempas pulas tuk jayakan lakonan tu. Waktu supper dah tamat. Kawan-kawan lain lapar, termasuk aku. Sebab dia baik gan cikgu. Sanggup dia ketuk pintu cikgu semata nk pinjam pemanas air sebab dia nak masak meegi. Dalam bekas makan yang besar gan gayong dia masak, Air kolah dia guna. Di sebabkan lapar. Kami bedal je, walaupun geli mulanya.

Sepanjang 2 bulan kami d kem. Family dia tak dapat nak mai melawat. Dia selalu lepak gan family mira. Sebab nenek dia kirim makan kat family mira. Ada 1 hari cermin mata dia, sebelah cermin pecah. Sebab ada orang terpijak. Dia pelik kenapa mata kanan kabur. Dia g jolok mata dia, rupanya takde cermin. Dia dah la rabun. Dia g Public fone call mak dia. Bagi tahu cermin mata pecah. Dekat dua minggu dia tak pakai cermin mata. Bila orang nak panggil dia kena jerit. Sebab dia tak dengar sangat.

Satu hari masa kami tengah basuh baju berjemaah. Dia tanya mira. “Kau percaya pada keajaiban tak?”. Mira balas “Bergantung pada keadaan, kau percaya ke?”. Dia jawab “Percaya sebab hari ni mesti ada keajaiban”. Time tengah berseronok main air, tiba-tiba siren berbunyi. “Perhatian kepada wirawati durrah, Sila hadirkan diri anda ke pejabat sekarang juga kerna ibu anda sedang menanti”. Melompat dia, berlari pergi salin baju kelas. Siap dia pesan gan kami ikut dia. Tapi dia dah berdesup ghaib. Mak dia bagi 3 beg plastik besar mamee, 2 katon 100 plus besar, sehelai jersi dgn cermin mata dia. Dia smpai je dorm terus bagi kawan-kawan yang lain mamee yang mak dia kasi. Mira dapat 1 beg plastik besar.

Bila time pelawat datang. Dia gan geng kelantan dok dalam dorm. Cikgu tanya awak teringin nak makan apa. Dia cakap tak pe cikgu saya xnak. Cikgu belikan dia KFC snack plate. 2 ketul ayam dia kongsi 10 orang. Dia cakap bila berkongsi lebih nikmat rasa ayam tuh. Ajaibnya mmg tu yang aku rasa. Dia demam dan batuk. Lai Han tu yang kasi teh herba cina. Pahit gila tapi dia tambah asam. Kasi hilang pahit. Lai Han cakap dia sedih tengok durrah diam tak riuh. Tetiba durrah sakit perut. Dia minta papah dia g toilet. Lai Han lari masuk dorm semata nak ambil tisu toilet nk bagi durrah. Kami gelak je sbb dia ingat durrah tak blh kena air.

Dia ni susah nak ingat nama org dan selalu tertukar nama. Ada 3 fatin. Salah satunya dia panggil Along sbb fatin tu tua dr yang lain. Ketumbit tu puncanya fatin tu kat mata dia ada ketumbit. Jadi nak bezakan nama tuh dia panggil sorang ketumbit sorang Along dan sorang lagi fatin. Ketumbit siap warning. Hilang je ketumbit kat mata dia jgn panggil lagi dia dgn gelaran tu. Dia setuju. hampir sebulan gak baru hilang ketumbit tuh. Dia tunai janji. terjerit-jerit panggil fatin tp fatin tak menoleh. Dia geram dia jerit KETUMBIT habis 1 dewan dengar. Malu la si ketumbit tu. Last-last smpai hbis kem nama tu kekal dengn ketumbit.

Semangat setia kawan dia tinggi. Dia pernah cakp bila kita berjauhan dgn family. Orang disekeliling kita nih lah family kita. Kena jaga dan sayang macam family kita. Masa kem wira jaya. Kami ada 18 orang 1 kumpulan wirawati nilam. Jauh gak kami berjalan. Dari 18 tinggal 5 orang yang berjalan kaki. Yang lain naik van sebab tak larat. Dia pujuk kawan-kawan yang lain teruskan perjalanan. Dia bagi idea pegang tangan kawan-kawan lain. Dia cakap nanti aura positif yang kita terima. Walaupon hanya 5 ketul. Kami berjaya habiskan tugasan yang d berikan. Cikgu minta sorang wakil tuk demo sukan lasak . Dekat 10 minit takde orang tampil kehadapan. Dia la jadi mangsa kena jadi bahan demo. Habis lencun dan berpasir baju dia sbb dia jatuh dalam air secara paksa sebb cikgu nk demo cmner nak slmtkn diri leps jatuh. Dia relax je. Kesudahnya dia je yang merasa sebab masa tak mencukupi. Untungnya dia.

Mungkin dia tak sehebat orang lain. Tapi dia tetap dia. Buat anda di luar sana yang mengenali dia. Walaupun dia Slumber dan gila-gila dia juga insan biasa. Semoga kisah tentang dia menjadi pembakar semangat buat insan lain. Saya bahagia mengenali dia walaupun hanya 3 bulan. Jadilah diri anda.

– Nilam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit