Kawan Suamiku Penyondol

Salam, nama saya Sabrina. Saya sudah berkahwin hampir 5 tahun dan mempunyai dua orang anak.

Sorry kalau penceritaan saya agak kelam kabut sebab saya tak berapa pandai bercerita.

Rumah tangga saya memang bahagia dan saya akui suami saya, Hector (bukan nama sebenar) memang seorang yang baik, membantu dalam kerja rumah dan memahami.

So, cerita bermula bila suami saya start balik hobi lama dia iaitu run.

Dan dia contact balik dengan kawan lamanya LELAKI yang saya namakan sebagai Arthur (bukan nama sebenar).

Arthur ialah seorang penjawat awam yang berusia 35 tahun dan belum berkahwin.

So, suami saya selalu contact dengan Arthur kadang2 training run bersama.

Yang saya perasan mereka akan selalu bermesej.

Hector dan Arthur membahasakan diri dengan nama, maksudnya “Arthur dah makan ke? Hector dah makan tadi.”

Suami saya Hector memang jenis friendly orangnya.

Ceritanya boleh dikatakan Arthur akan mesej suami saya setiap hari untuk bercerita bertanya khabar dan macam2.

Suatu hari, saya terbaca Arthur memanggil suami saya dengan panggilan my dear dan mereka juga bermesej menggunakan emoticon.

Buat pengetahuan, perwatakan Arthur adalah seorang yang nampak lembut (soft).

Cara Arthur mesej suami saya macam sukakan suami saya, dan selalu ajak suami saya untuk keluar bersama dan update segala aktiviti dia.

Pernah suatu ketika, dia mintak suami saya wish dia untuk pegi interview.

Suami saya pernah bertanya Arthur untuk mencarikan jodoh untuknya, tapi Arthur menolak dan mengatakan untuk mencari jodoh sendiri.

Sekarang, saya tak tahu suami saya suka Arthur jugak ke tak, tapi dari segi wsp, macam biasa2 saja.

Saya rasa macam nk confront suami saya pasal ni, dan tak suka bila dia spend time dengan Arthur.

Adakah saya cuma jealous atau memang patut saya rasa cemburu?

Adakah normal lelaki sama lelaki selalu wasap dan memanggil my dear dan menggunakan emoticon love?

– Sabrina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya rsa baik sis confront je suami sebelum berlarutan. Bukan nak cari gaduh.. confront lah dgn cara yg baik.

  2. Laki tak semesra mcm tu siap2 my dear memang arthur tu suka suami sis.. Kemungkinan dia ada perasaan.. Elok cakap terus terang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *