Hi semua. Tak sangka pulak confession saya mendapat sambutan ramai.
Yang belum baca part I, boleh baca kat sini ya, https://iiumc.com/kawan-suamiku-penyondol/
So, saya sambung part II ya.. Bila saya baca komen dari facebook, saya makan yakin yang Arthur tu gay.
Saya belum lagi berdepan dengan suami saya. Sekarang ni hubungan kami baik, tapi saya perasan kami akan bergaduh bila suami saya, Hector beritahu untuk keluar dengan Arthur.
Saya memang tak suka kalau dorang spend masa bersama. Tapi biasanya Hector akan beritahu untuk keluar, tapi macam teragak2 dia beritahu keluar dengan Arthur sebab dia tahu saya tak suka dia keluar dengan Arthur.
Memang saya takkan bercakap 2-3 hari kalau cakap pasal Arthur.
Yang pasal makan tu contoh, tapi kononnya Arthur ni caring la pasal Hector, contohnya haritu Hector tak sihat badan macam nak demam,
Arthur ni wasap la Hector sebelum tu ajak keluar, lepas tu bila tahu Hector tak sihat, beriya suruh rest well, minum 100 plus lah, macam terpaling girlfriend lah (geram aku baca wasap tu).
Oh ye, confirm Arthur tu memang lelaki, sebab dia pernah hantar gambar dia jogging bagai dengan mak dia.
Kebiasaannya dia akan wasap hari Jumaat sabtu ahad lah biasanya, konon nak ajak buat aktiviti bersama, atau update dia joging kat mana2.
Saya memang rasa nak blok je dia, atau nak wasap dia cakap jangan nak ganggu laki aku penyondol.
Buat pengetahuan, Arthur ni bukan la nampak lembut ye, tapi more tu sopan la, kami pernah bertembung dia dekat mall sorang2, dan kalau dari segi dress up jenis pakai kepit beg kat ketiak, since haritu baru saya rasa dia ni macam gay. Cara berjalan pon macam lembut sikit.
Lepas tu, dia belikan mainan untuk anak kami. Tapi masa tu Hector kat lain, saya dengan anak, bila terjumpa tu dia macam buat tak tahu. Tak tahulah dia tak perasan ke apa, tapi saya rasa dia nampak je saya. Tapi tak tegur.
Btw, dia je yang guna my dear (my dear buddy katanya) tu. Hector macam tak respond pon bila dia cakap macam tu. Hector memang jenis seorang yang menjaga hati orang lain dan baik. Tapi tak tahu la kalau suka jugak kat Arthur.
Yang saya bengang lagi dorang kan run sekali, lepas balik tu Arthur nak suruh update kalau dah sampai rumah lah, drive leklok lah,
Then pernah dia cakap dalam ramai2 tetamu yang datang minggu tu, ada sorang yang special (Hector lah) tapi Hector tak respond dengan ayat dia tu, just cakap, haha je.
Penat nak kena jealous dengan lelaki ni, hahaha.
Tapi jangan risau, kalau betul Hector dan Arthur ada hubungan, saya tak akan stay dengan Hector, saya akan mintak dia lepaskan saya dan bagitahu family dia pasal perangai dia tu. Biar dia kena ceramah dengan family dia.
Buat masa sekarang, kami takde masalah dari segi hubungan suami isteri.
Sebelum kahwin dulu pon, husband saya memang diminati golongan sebegini, dia selalu cerita zaman belajar pon dia dikacau golongan sebegini, tapi dia tak layan.
Nanti saya update lagi if saya dah confront Hector. Sekian..
– Sabrina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lebih la awak bagitau suami awak secara berterus terang, sebelum keadaan menjadi lebih teruk, geng ni banyk dlm masyarakat, tahu dgn tak tahu jer….
kalo aku dh lama aku blok no si gay tu….