Kawan Suka Ajak Keluar

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.

Sebelum aku pergi ke tajuk, aku perkenalkan diri sebagai Yong, gelaran sebagai anak sulung. Perkara yang aku nak luahkan ni adalah berkaitan dengam diri aku sendiri, dan seorang kawan.

Aku sekarang dah bekerja di negeri yang berbeza dari negeri asal aku, agak jauh jugak la, sebab lebih 4 marhalah dari rumah mak ayah aku.

Sebelum memperoleh jawatan tetap, aku pernah mencuba beberapa jenis kerja seperti juruwang kedai runcit, Petronas, kerja kedai makan, tukang sapu dan lain2. Semua kerja aku buat asalkan tak duduk menung di rumah.
Dan aku mengenali seorang yang berpangkat kakak dari salah satu tempat aku bekerja tu.

Akak tu baik, takde ape pun dia buat salah kat aku. Tapi yang buat aku kurang senang adalah setiap kali aku balik bercuti, dia ajak aku keluar. Aku ni dari kecik jenis yang kalau takde urusan penting, aku takkan keluar rumah. Keluar setakat jogging pagi2, dan main badminton dengan adik2 petang2 depan rumah tu je la pun. Mungkin sebab membesar di asrama, jadi aku takde kawan di sekitar rumah, maka aku lebih selesa memerap dalam rumah, membaca, tolong adik2 ulangkaji, main game etc di rumah.

Tapi akak ni, bila aku suruh je datang rumah aku kalau nak lepak, dia taknak pulak. Nak keluar ke kedai makan jugak. Haritu masa bulan puasa, kebetulan awal Ramadan jatuh pada hari pertama sekolah. Ha dia tau je aku ade kat rumah, diajaknya aku ke bazar, berbuka kat kedai makan, shellout, KFC bagai. N aku rasa dari 13 hari puasa tu, 3-4 hari je aku berbuka dengan keluarga di rumah.

Mak aku bising, tapi bila aku cakap kat akak tu, dia buat ayat sedih yang dia takde member lain. Haihh macam la aku ada kawan lain kat sini, tapi aku suka je takde kawan pun berbanding kalau ada kawan tiap hari nak keluar. Pakwe aku pun takde nak ngedate je keje.

Baru ni, kebetulan aku share story gambar main dengan kucing, yang menunjukkan aku dah kat rumah (aku pun tak terfikir sebenarnye. Noobnye lahai aku ni), dia terus wasep aku, ajak keluar kedai makan. Sebenarnya sebelum ni aku dah cakap berlapik, tahun depan je la keluar makan, sebab tahun ni aku kena berjimat. Dia ingat aku bergurau. Kot la dia ajak makan keropok lekor tepi jalan je takpe, ni kedai hipster tuh.

Aku ni jenis yang tak berkira sangat bab belanja makan, kalau sekali2. Sebab gaji aku pun dah 3k++. Tapi kalau dah seminggu 2-3 kali makan kat luar, gaji 10k pun kopak gak. Kat tempat kerja pun aku catu makan sendiri, ada hari makan oat n biskut je, nak jimat punye pasal. Aku nak mintak dia bayar, aku kesian sebab dia dah la kerja cleaner je. Aku faham la gajinya macam mana. Tapi, hah macam tu la. Sebab dia dah jemput aku kat rumah. Bila aku bagi duit minyak, dia taknak. Takkan aku nak suruh dia belanja jugak.

Aku pun tak tau nak letak tajuk ape sebenarnya tentang luahan aku ni. Aku bukan nak mintak korang settlekan pun masalah aku ni. Korang nak maki pun aku terima. Asal aku dah boleh lepas benda yg mcm tak besar, tapi bagi aku, besar ni.

– Yong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit