Assalamualaikum admin dan semua. Harap admin sudi siarkan confession aku ni :) Dulu masa aku mula-mula masuk universiti. Aku dapat roommate yg kira prihatin+rajin la. Lepas 2 bulan duduk satu bilik dgn dia, aku rasa dia ni spesis yg tak bergaul orang sbb hari-hari aku tengok dia melekat je kat meja study. 24 jam pegang buku. Orang lain keluar pergi bandar, dia duduk kat bilik buat tutorial dan study. Aku tak tahu kenapa tapi apa yg dia buat semua tak kena pada aku (mungkin sbb hati aku tak cukup bersih kut haha). Dan satu sem pun berlalu.
Masuk sem baru, aku dapat tahu aku satu rumah lagi dgn dia. So start sem baru, aku cuba tengok dia dari sudut positif. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Perlahan-lahan aku cuba tengok style dia. Cara dia survive university life. Dan serius, aku mula admire cara dia. Dia tak sama mcm orang lain. Sebelum ni mungkin korang pernah baca pasal roommate tak tolong kejut subuh kan? Tapi kawan aku ni, hari2 kejut aku bangun subuh, pukul 6 lagi haa (alhamdulillah sbb dia kejut, so subuh aku tak subuh gajah dah dan plus mungkin sbb aku ni jenis senang bangun kalau dikejut). Lepas tu, kalau aku ni kerja main je memanjang, leka dia mesti akan ingatkan aku pasal apa2 kerja yg kena siapkan (kitaorang satu kelas). Lagi, kalau dia nampak aku tak buat apa2 dan kebetulan dah masuk waktu, dia selalu ajak aku jemaah (dia imam aku makmum je :D ). Alhamdulillah dah hampir 3 bulan aku satu rumah dgn dia untuk sem ni dan pandangan aku kat dia 100% berubah dari sem lepas. Aku mula suka cara dia. Tak terkira rasa syukur aku sbb dapat kawan macam dia. Dan sekarang hasil satu rumah dgn dia, cara dia triggered aku untuk dekat dgn Tuhan. Dari dia aku belajar untuk solat dhuha, baca quran setiap kali lepas solat (kalau dulu aku baca sehari sekali je lepas maghrib), jadikan mathurat (yg dulu aku baca sebulan pun boleh kira dgn jari) tu rutin bila ada masa lapang, dan mula tutup aurat sepenuhnya a.k.a pakai stokin (hah part ni ramai yg kaum hawa terlepas pandang termasuk aku. Tudung dah tutup dada, baju seluar dah longgar tapi kaki tak tutup hah kan pelik tu :) ) Last but not least, disebabkan cari dia belajar memang tiptop, perlahan-lahan aku cuba follow dia. Sem kali ni aku dah tak byk main. Exam pun dah reti buat past year papers yang mana kalau dulu aku exam ke tak sama je leka memanjang huhu.
Kesimpulannya, betul la apa org cakap. Kalau dah tak suka tu, tengok orang tu bernafas pun kau dah rasa dia mengada, jadi mulai harini ni aku sarankan semua orang tengok kawan2 korang dari sudut positif dan in shaa allah korang nampak kebaikan pada dia yg mungkin selama ni tertutup sbb rasa menyampah korang tu. Dan untuk kawan aku tu, aku nak ucapkan terima kasih sbb bantu aku untuk berubah dan juga maaf atas pandangan negatif aku kat kau dulu. Akhlak kau perlahan-lahan suntik rasa untuk mencari redha ilahi dalam hidup aku. Sbb tu lah orang cakap akhlak itu ialah medium terbaik untuk dakwah. Terima kasih, kawan :))
“Change your point of view, and it may change your life”
– Zizi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit