Assalammualaikum , maaf la ye kalau tajuk tu mcm kasar tapi tu yang aku rasa. Ni confession pertama aku so aku tak pandai sangat nak bercerita. Aku pendekkan cerita supaya senang korang nak hadam ye. Aku kerja kat sebuah syarikat swasta dan ada la kawan dua tiga orang yg aku rapat kat situ. Aku paling rapat dgn si cekodok & koci . Diorang ni mmg baik. Kalau aku mintak tolong,mmg diorang on je.Setiap kali cuti weekend kitorang mmg akan pergi bercuti/jalan2. Memang mcm belangkas la.
Walaupun aku tengah kering tahap wallet buka keluar debu je pun,aku still keluar jugak sbb tak nak kecewakan 2 orang ni. Dah konon2 mcm BFF le.Sbb 2 orang ni lagi tua dari aku, jd aku hormat diorang. Si cekodok ni dah kahwin lama tp tak ada anak lg. Dia mmg cun . Mmg tak nampak mcm dah kahwin pun. Si koci pulak single lg time ni. Problem muncul bila si koci ni dah ada pakwe. Jd si koci ni rajin dating ngn pakwe dia sampai tahap kelentong parent dia ckp keluar ngn kitorang. Kitorang dah plan baek punya nak pergi bercuti kt satu tempat ni tp si koci boleh buat perangai dan dia boleh ckp nak cancel je. Nak tak nak, aku ngn cekodok pergi jugak bercuti. Kitorang 2 orang je hokay. Time tu mmg jujur aku ada membawang pasal koci. lps dari tu, koci dah tak rapat ngn kitorang lagi. Jd yg tinggal hanya aku dgn cekodok. Aku layan je cekodok ni mcm kakak aku sendiri sampai satu tahap aku boleh lepak ngn die sampai tgh malam just nak layan hati die sbb baru lepas gaduh dgn husband.
tp aku mmg suka nasihat orang,kadang2 die dengar tp ade gak die bangkang nasihat aku. aku malas nak layan sgt perangai baran die tu. So one day, kawan aku si popia bagi tau yg die ada dengar cekodok ada layan mesej2 ex die . jd sebagai kawan yg ‘perihatin’. aku tanya cekodok betul ke? last2 die confess yg die ada rapat dgn sorang mamat ni and guess what.. mamat tu kawan sekerja kitorang juga ye a.k.a ex si popia,mamat tu mmg tau status cekodok ni as isteri orang. semuanya mula dgn whatsapp tanda kesian ngn problem rumah tangga cekodok sampai terjatuh hati. Part yg aku tak boleh terima, aku dengar dgn telinga aku sendiri, cekodok bagitau popia yg dia cover mesej2 tu guna nama aku. Memang dasar cekodok basi!. so dari situ aku dah start rasa annoying bila cekodok mesej2 aku. Aku rasa dipergunakan tapi still layan die mcm biasa.
Sebelum aku tau kisah diorang ni, aku,cekodok ngn mamat tu ada plan nak pergi holiday kt cameron highland tp last minit cancel sbb cekodok demam . Tapi Allah nak tunjuk kat aku agaknya,Cekodok ni terkantoi pergi bercuti gak tapi dgn kekasih gelap dia tu.korang tau dia bgtau suami dia yang dia pergi dengan aku. Tak ke aku terjebak sekali dgn dosa dia ? aku mmg dah frust gile time tu. Tiba tiba aku ada family problem, aku kalau ade problem. aku akan diam sediam alam . Si cekodok ni terasa and ingat aku tak nak kawan dgn dia lagi padahal aku tengah serabut masalah lain time tu. Aku inform cekodok yg aku ada problem and jgn push2 aku untuk cerita kat dia. Dia tak boleh terima lepastu meroyan kata menyesal cerita rahsia dia kat aku and kalau aku tak boleh terima hubungan dia ngn mamat tu, anggap je kitorang dah putus kawan..whatt the fiiish.
Aku ada masalah lagi besar dari masalah cenekeh kau wei.. tu pun tak boleh tolerate ke.. Jd bila aku diam, cekodok start rapat dgn koci balik . Ingat ye, apa yg cekodok cerita pasal kekasih gelap dia tu aku tak pernah bagitau org lain. tapi cekodok boleh selamba badak membawang pasal aku kat semua orang termasuk koci. yg lain percaya la sebab cekodok ni ‘perfect’ kat mata diorang. Aku buat hal aku je, mmg aku x layan sangat cekodok dekat 6 bulan gak. Sampai ada satu hari tu, dia minta tolong aku teman dia hantar mak dia pergi airport.. ntah kenapa gila dia ingat kat aku pulak. aku teman gak sebab dulu dia pun ada tolong aku. tp aku layan dia nak tak nak je. aku takut nanti tersalah cakap , die pulak yg baran nanti. end up, aku dengar dia bagitau orang lain yang aku cari dia bila perlu je .. Dia ungkit setiap pertolongan dia kt aku..dia boleh ckp aku pergunakan dia utk kepentingan diri aku.
weh.. siapa je yang tak kecik hati kena macam tu. Rahsia dia aku pegang wei tak cerita kat siapa2 pun tapi kisah aku dia canang2 serata tempat termasuk kekasih gelap dia. Sampaikan kekasih gelap dia yg tak ada kaitan pun boikot aku. Sindir aku macam aku pulak yang bersalah. Aku siap doa yg diorang kantoi time pergi bercuti tu. Kau tau tak camne rasanya putus kawan ? sakit tu lagi teruk dari putus cinta wei. Aku stress gila sampai aku sakit. Berat aku turun mendadak,asthma aku makin teruk. Kali ni memang aku nekad. aku tak nak ada kaitan dengan dia lagi selain dari urusan kerja je. Setiap kali diorang menyindir, aku balas balik , memang pedas aku bagi diorang sampai tak boleh nak pandang muka aku lg . Baru baru ni dia boleh buat tak kenal aku je and sekarang dia act macam dia yang jadi mangsa keadaan.
puncanya baru2 ni kekasih gelap dia terkantoi kan kisah diorang kat popia (ex mamat ni) si popia ni pun terasa hati and terus sound mamat tu jgn buat gila,jgn usik bini orang, siap warning kalau teruskan gak ,dia terus bagitau family mamat tu. eh esoknya cekodok datang kerja dengan mata bengkak (mybe nangis nak kena putus kot) tapi tak lama, lepas tu hubungan diorang still mcm biasa tapi lagi teruk, cekodok basuh habis habisan mamat tu sampai jadi benci gila kt popia..Kesian popia.. Popia bagitau aku tp aku pura2 tak tau kisah diorang ( munafik betul aku ni ) jadi kitorang amik keputusan untuk diamkan diri aje. Biar Allah je la yang bagi petunjuk kat diorang supaya berubah.
Pesanan aku, kalau ada kawan tu, tolong la jgn terlalu percaya sangat. Mungkin nasib aku kot dapat kawan mcm tu tapi kalau boleh, elakkan la bercerita hal2 peribadi kat orang lain.
– Cik Butang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit