Assalamu’alaikum. Minta maaf, disebabkan tidak mampu luahkan kepada sesiapa tentang betapa stressnya aku, rasa tertindas. Aku ada kawan jenis menumpang tapi banyak pula bunyinya. Ni nak cerita waktu hari konvokesyen pada November yang lepas, aku fikir ini medan yang terbaik.
Nak tahu kenapa aku stress? Ada seorang kawan aku, family tak datang. Jadi dia mari duduk berkepit dengan aku, aku pula tak tergamak nak cakap aku pun ada plan dengan family. Lepas selesai acara dewan, ada perancangan nak keluar makan, photo shoot. Tapi masalahnya, aku tak suka sebab dia macam tak respek keluarga aku. Dengan mak aku pun dia tak bersalam. Common la, kau tu dah la menumpang kereta aku dari hari raptai sampai ke hari konvo. Duit minyak aku tak berkira pun. Cukuplah kau pandai bawak diri dengan cara menumpang tu.
Lepas acara dewan tu, jujur aku bagitahu aku rasa macam nak pecah kepala. Takkan masa ni pun nak follow aku jugak. Allah, sabarnya rasa masa tu. Dah menumpang, banyak pula bunyi. Bonet bocorlah, sempitlah. Pastu duk canang-canang bagitahu orang lain. Kau tu dah la menumpang. Tak reti fikir ke yang aku gosok baju gantung siap, kau boleh sangkut tuala basah kau. Weh, tolonglah. mane common sense kau? tu tak kira lagi yang aku sabar lagi dengan perangai tutup pintu macam gergasi. Sampai bergegar kereta Vios family aku. Aku pun pinjam kereta family aku. aku kena pandai jaga la. Kau yang jenis tak reti bahasa kenapa walaupun aku dah cakap banyak kali yang abah aku marah tutup pintu kuat-kuat. Cerdik ke tak kau ni. .
Kalau nak diikutkan aku bersabar dengan perangai kau, dari intern sama-sama lagi. aku tak salahkan takdir yang Allah rezekikan aku intern sekali dengan kau. hikmahnya, aku kenal la kau siapa. Gurau tak kena masa. Masalahnya kau ni gi mana-mana, program ke semua naik kereta dengan aku. Kau faham tak?
Nak ditakdirkan aku kenal perangai kau waktu di program sukan. kau tak tahu jenis aku payah tido di tempat baru. macam-macam tempat aku try. lastnya alhamdulillah aku lena di ruang tamu rumah tamu, tempat kami menginap. Kau terkejut awal subuh sebab aku baru lena time tu. untuk makluman, aku tidur memang ganas. buas kata orang. Dan sebenarnya aku ada masalah kulit. Aku tak boleh dalam keadaan tak selesa.
Kain aku terselak. Orang ganas, terselak sampai paha. Apa kau buat. Kau tak cakap pada aku, kau bagitahu orang-orang yang kat tempat intern. bangga pula cerita. aku tahan,sabar lagi.
Waktu selesai presentation intern, aku kesian kat budak sama supervisor dengan aku. Mereka satu negeri dengan aku. Jadi mereka gerak sama-sama naik satu kereta dengan aku. Mari sekali, balik sekali juga la. Aku ajak bermalam rumah mak angkat aku. Waktu tu mungkin kawan aku yang tak sedar diri tu nak tunjuk ramah dengan mak angkat aku, boleh pula die cerita aib aku waktu aku tidur masa program sukan tu. waktu tu aku diam je, aku rasa dah cukup sabar. Kang kau aku jerkah kat situ jugak.
Start dari situ, aku mula jauhkan diri. Tapi waktu konvo, dia minta tolong aku ambikkan jubah konvo dia. aku kesian aku tolonglah. sampailah berlarutan family dia tak datang tu. Weh, orang lain semua dengan family memasing. Kau duk nak menumpang kasih belajarlah beradab. Aku dah tak tahan dengan perangai kau.
Akhlak berbangga bercerita buka aib aku waktu intern tu, aku maafkan walaupun sakit hati. Cakap besar, tapi apa2 tanya aku jugak lastnya.
Aku nasihatkan, family kalau tak mahu datang konvo anak, anak pun tolong berdikari sendiri. Jangan menyusahkan orang. Kita menumpang, buat cara orang berakhlak. Hormat privasi orang, jangan berlagak pandai. Kau buka aib orang, kau suka canang-canang kereta sport abang aku yang radio rosak tu, sekurang2nya aku ada kereta abang aku. Kau tu lesen memandu tak ada kan. Jangan cakap besar.
Aku dah lama sabar. Lepas ni aku nak jauhkan diri dari kau. Kawan dengan kau buat tambah dosa aku je. Buat masalah hati. Bye. aku doakan kau berjaya dalam hidup kau, dengan cara kau bawa diri tu. assalam.
– balqis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit