Hi. Namaku Mas (samaran). Aku dah lama simpan benda ni dan ia nya memberi kesan tekanan perasaan pada diri aku. Aku seorang student yang sedang berpraktikal di ibu kota.
Biasalah kehidupan student, masalah kewangan itu adalah biasa. Aku datang dari keluarga B40 & memang melanjutkan pelajaran menggunakan duit elaun semata-mata sebab tak nak susahkan keluarga & mak ayah.
Aku dapat surat penempatan untuk praktikal di sebuah sekolah rendah. Pada surat tersebut tertera nama-nama rakan sekampus aku yang akan berpraktikal di sekolah yang sama. Tempoh praktikal aku adalah 3 bulan.
Jadi 2 bulan sebelum start praktikal, aku telah pun bertanya pada rakan praktikal tentang transportation.
Yelah, nak berpraktikal pergi ulang alik sekolah mestilah kena ada kenderaan, naik grab ulang alik sekolah sangat mahal untuk 3 bulan. Tak mampu nak tanggung. Jadi kami rancang nak sewa kereta.
Memandangkan aku yang start dulu berbincang tentang transportation, jadi rakan praktikal aku pun bagi je aku “lead” conversation di whatsapp. Mereka langsam kan hal-hal berkaitan kenderaan pada aku. Jadi, aku berbincang dengan ahli keluargaku soal sewaan kereta.
Setelah aku bercerita tentang situasi aku yang hendak berpraktikal dan memerlukan kenderaan, ibu saudara aku pun bersetuju untuk menyewakan kereta lama dia pada aku.
Sebenarnya kos sewa tu belum ditentukan sebab ibu saudara aku pun faham, yang aku ni masih student dan tak minta apa-apa bayaran dahulu.
Aku tahu banyak kos penyelenggaraan kereta tu ibu saudara aku tanggung daripada resit-resit yang ada dalam dashboard depan kereta tersebut.
Kira-kira almost 3k dia spend untuk service kereta supaya selamat untuk aku gunakan transport untuk berpraktikal ke sekolah.
Oleh itu, aku minta bayaran tambang daripada rakan praktikal aku sebanyak RM 100 sebulan termasuk duit minyak.
Mereka pun bersetuju, jadi kami pergi praktikal secara carpool. Ibu saudara aku tak bagi orang lain drive kereta tu, jadi aku lah sorang sahaja yang jadi driver & pegang kunci.
Isu yang berlaku adalah pabila selepas 1 minggu berpraktikal, 3 rakan praktikal aku mula meluahkan rasa tidak puas hati kerana mereka bayar sewa kereta tapi tak dapat nak guna kereta tu.
Aku pun tak kenal sangat dengan rakan praktikal aku & kereta ibu saudara aku adalah kereta manual.
Aku terangkan yang aku tak berani nak bagi diorang drive kereta tu sebab kereta tu bukan kepunyaan aku. Rakan praktikal aku pulak mula claim diri ada lesen manual dan dah selalu drive kereta auto.
Aku terdiam sendiri sebab kereta manual dengan auto sangatlah berbeza,
Dan kedua, aku belum kenal lagi dan aku tak ada rasa percaya sebab diorang punya perangai tak cermat dengan kereta aku; hempas pintu, duduk menghempas (badan mereka agak plus size) sampai rasa mengendur seat kereta,
Dah bagitau kereta baru hantar car wash & vacuum tapi masuk kereta tak ketuk kasut dulu walaupun aku sering ingatkan. Itu isu remeh yang aku tak nak perbesarkan.
Sebab kan mereka tak puas hati tak dapat guna kereta, mereka bertiga confront aku untuk minta izin gunakan kereta untuk kegunaan dalam kampus sahaja.
Tapi aku jawab aku tak boleh bagi immeadiate respond dan perlukan masa dahulu untuk mempertimbangkan permintaan diorang. Aku nampak muka diorang masih tak berpuas hati dan air muka mereka menunjukkan mula rasa annoyed dengan aku yang ada trust issues.
Dijadikan cerita, keesokkan pagi semasa perjalanan ke sekolah sekitar jam 6.40 pagi, kereta aku berselisih & berlanggar dengan kereta rakan praktikal yang lain dalam kawasan kampus.
Aku sangat terkejut & terus turun kereta. Lagi 3 orang rakan praktikal aku hanya duduk sahaja dalam kereta & berdiam diri (still tak puas hati ?).
Nampak macam aku sorang sahaja yang risau & panik waktu tu. Tangan aku menggeletar dan aku ketakutan tapi aku teruskan juga drive sekolah pagi tu. Aku dengan rasa traumatik, mula nak marah dengan reaksi diorang yang seolah-olah tidak peduli.
Aku cakap pada mereka, ini (accident) adalah risiko yang aku tak nak korang ambil. Accident tu berlaku bukan di kawasan luar tetapi hanyalah kurang 500 meter dari asrama kami. Aku cakap macam tu sebab rasa terkilan.
Accident pagi itu berpunca dari beberapa faktor. Tapi dalam peraturan lalu lintas, pihak aku lah yang perlu bertanggungjawab untuk bayar ganti rugi kereta yang aku berlanggar tu.
Aku jadi berserabut sebab aku kena tanggung kos baiki kereta ibu saudara aku & kos baiki kereta tuan kereta yang aku terlanggar.
Rakan praktikal aku hanya berdiam diri & tak provide apa-apa mental support. Mereka juga nampak macam mengasingkan diri dari aku.
Mereka hanya seen sahaja mesej di whatsapp bila aku minta mereka cari pengangkutan lain untuk ke sekolah. Impak dari accident tu aku jadi trauma dan takut nak drive.
Aku lagi stress sebab aku rasa tanggungjawab aku berat sebagai driver kena sentiasa awas dengan jalan raya, lagi-lagi aku bawa kereta manual di ibu kota.
Aku decide ambik cuti seminggu tak drive ke sekolah. Sepanjang tempoh tu jugalah, rakan praktikal tak tegur aku dan buat hal masing-masing.
Aku rasa sedih tapi aku masih pergi sekolah seperti biasa. Guru-guru di sekolah mula perasan dengan perubahan kami tak pergi ke sekolah bersama & naik kenderaan yang lain, tak bertegur sapa, nampak aku jalan/makan sorang diri dll.
Pentadbir sekolah juga ada panggil kami untuk selesaikan isu ni sebab tak nak perkara ni berlarutan & menjejaskan imej kami sebagai guru pelatih kerana beranggapan kami tak matang dan tak professional.
Aku pun tak nak isu kereta ni menjadi punca performance aku tak cemerlang semasa praktikal sebab emosi terganggu.
Untuk ketenangan jiwa aku, aku decide untuk confront rakan praktikal aku bagitahu aku dah tak nak carpool dengan mereka. Aku refund semula duit tambang mereka. Soal duit bayaran ganti rugi accident kereta tu diorang tak tanggung & 100% atas tanggungjawab aku.
Diorang ada cakap suruh aku ambil sahaja baki duit tambang tu walaupun aku dah tak carpool dengan mereka tapi aku rasa tak selesa nak terima memandangkan diorang pun student macam aku.
Terasa berat nak buat keputusan macam tu, tapi bab duit ni aku tahu ada orang sanggup berbunuhan bab duit…. Jadi aku senangkan diorang walaupun aku tersepit. Aku tak terima apa-apa bantuan duit dari mereka mahupun mental support.
Ingatkan settle takat tu sahaja, tapi kami masih buat hal masing-masing dan tak sehati sejiwa.
Bila kami duduk bersama, mereka hanya bercakap sesama sendiri tak include aku dalam interaksi mereka. Mereka bertiga ke sekolah sama-sama dan sentiasa berbual sesama mereka sahaja.
Aku pula selalu membawa hal sendiri, bergaul dengan guru-guru yang lain dan bergerak secara lone-wolf sebab dah rasa pahit dan kelatnya kehidupan student yang berpraktikal tanpa elaun dan tidak bergaji.
Ada terbit rasa serik nak tolong mereka tapi aku tak nak dendam. Jadi untuk tak disakiti lagi, aku jauhkan diri dari mereka yang pernah buat aku sakit. Mak di kampung pun pesan supaya buat baik berpada-pada sahaja.
Tapi aku juga rasa tak selesa bila orang di sekeliling mula nampak aku negatif dan mula bercakap hal ni sedangkan diorang yang mengajar dan mendesak aku untuk bertindak macam tu.
Tolong bagi nasihat, usia saya masih setahun jagung.
– Mas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit