Nama aku Timun, aku berumur dalam lingkungan yang cukup dewasa takdelah tua sangat dan takdelah muda.
Aku nak ceritakan situasi aku menghadapi kawan toxic atau boleh dikatakan membuli/membunuh mental aku buat bertahun lamanya.
Kisah ini terjadi pada tahun 2017, aku menyambung pengajian ke tingkatan 6 di SMK Gagak. Ada beberapa ex-classmates aku yang sambung dekat sana.
Kawan baik aku? Masing masing sambung institusi lain.. Ada yang matrikulasi, ada yang politeknik.. Alhamdulillah, aku bersyukur dan bangga ada kawan macam dorang huhuu
Okay back to the story, SMK Gagak ni dia ada asrama tau. Jadi, oleh sebab rumah aku jauh dalam 20km dari sekolah, aku terpilih untuk duduk di asrama, begitu juga dengan ex classmates aku yang 2 tu, aku namakan dorang Lada dan Ayam.
Rakan sebilik aku adalah Nasi. Actually dorm tu ada juga Lada dan Ayam cuma aku dengan Nasi tidur bersebelahan tu aku terbiasa panggil rakan sebilik.
After 2 months study kat situ, si Lada bagitahu aku dia nak pindah sekolah kat SMK Parit sebab dekat dengan rumah dan lagi satu sebab air kat asrama tu asyik ada takde. Si Ayam ni aku nak bagitahu korang, dia dengan Lada adalah sepupu.
So Lada nak pindah sekolah tapi si Ayam tak nak pindah.
Lada dengan Ayam selalu sama sama tau dari sekolah rendah sampai sekarang.. Aku dengan mak si Ayam ni tak percaya sangat dengan si Ayam ni jadi mungkin dia minta si Lada ni tengoj tengokkkan anak dia.
Jadi, bila si Ayam taknak pindah sekolah, Lada ni banyak la mengata si Ayam.
Aku jadi pendengar je walaupun kekadang aku nak je balas sruh dia diam ke apa.
Satu sikap si Lada ni yang aku tak suka, dia ni kan muka suci tapi mulut busuk. Dia memang jenis suka cakap buruk orang.
Muka dia, memang muka suci. Kulit putih, bulu mata lentik, bercermin mata, berbadan sedikit berisi, pipi tembam, bibir sedikit merah jambu. Memang sape tengok dia memang akan expect dia ni baik.
Okay until one day, aku follow si Lada ni pindah SMK Parit. Bila sekolah situ, dia jadi lain sebab bff dia study situ, aku namakan tiram. Si tiram ni jenis penakut, tapi bila si Lada dengan dia, dia akan berlagak like they own the world.
Satu haritu, aku borak saje saje dengan Nasi sebab rindu kat dia, and aku pun share dekat Nasi apa yang si Lada cerita dekat pasal si Ayam. Entah macam mana, si Ayam terbaca mesej tu dan serang aku, dan si Lada terus mesej aku tanyakan hal ni.
Dia cakap aku fitnah dia weh!
Aku pelik. Aku cakaplah, “dah memang betul kau cakap pada Ayam, lagi taknak mengaku.” pastu masuk je sekolah, semua pandang serong dekat aku dan bahan, perli aku kata aku buat cerita.
Benda ni sangat kacau mental aku weh sampai aku asyik ponteng kelas, aku terpaksa pura pura buat semua benda supaya aku tak masuk kelas sebabkan dia sampaikan akak senior, cikgu semua tak suka aku..
And aku decide untuk berhenti form 6.
Sampai sekarang aku takde keberanian and keyakinan untuk berkawan.
Serius sebelum ni aku sangatlah extrovert.. Orang yang aku tak kenal boleh jadi member dalam few minutes je sebab aku tahu aproach orang but not now anymore.
Aku sedih, kecewa.
No one stands for me waktu tu.. Hari hari aku menangis.
Semua orang tahu aku minat belajar, tapi sebabkan dia aku taknak study sebab takut dengan orang orang macam ni..
Even sampai sekarang, aku benci dia dan takkan maafkan dia. Aku benci pada pembuli. Bila jadi macam ni, aku jadi seorang yang selagi boleh nak elak daripada menjadi punca kejahatan/buli macam ni.
Actually si Lada ni memang dari dulu lagi dia macam ni. Tapi aku malas layankan sebab kawan kawan aku jenis tak ambik kisah juga (pengaruh rakan sebaya hahahaha)
Entahlah.. Lagi lagi aku dapat tahu dia bertunang last week. Aku rasa macam.. Wahh, sempat lagi kau bahagia lepas rosakkan hidup aku kan?
Takpe, berbahagialah kau Lada.. Aku takkan maafkan kau selagi kau tak cari aku minta maaf. Aku tahu Allah akan balas juga cuma tunggu masa je.
– Timun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam, Dik Timun.
Esok, kita akan masuk ke tahun 2025 dan esok juga permulaan bulan Rejab. Jangan dirosakkan diri dan mental adik dengan hard feeling.
Adik tak maafkan si pembuli atas segala perbuatan jahat dia, silakan. Itu hak adik sebagai mangsa.
Tapi adik. Hukuman kifarah tak akan berjalan mulus selagi adik rasa bitter dan ada hard feeling.
How?
1) Beranikan diri untuk keluar dari kepompong ketakutan dan tutup buku lama tu. Ending buku tu dah jelas: Adik serahkan bulat-bulat pada Allah untuk jadi pelindung dan pembela adik.
2)Buka buku baru. Adik masih muda dan masih banyak hal yang best-best yang belum adik jumpa. Kalau sekarang adik tengah kerja, bagus! Kerja betul-betul. Dan cari hobi baru. Adik rasa kepala penuh dan hati sakit tiba2? Tulis perasaan tu dalam diari atau phone. Password wajib ada ok.
3)Jangan lupa, doa pada Allah. Ya Allah, engkau yg menciptakan rasa sakit dan sedih. Aku redho atas ujianmu dan aku mohon, berikan aku kemudahan untuk meneruskan hidup dengan tenang. Engkau Tuhan Maha Melihat dan Maha Mengetahui, bantulah aku.
4) Adik bukan introvert. Adik cuma trauma dikhianati dan dibuli. Boleh google apa ciri-ciri introvert, ambivert, extrovert. Untuk bangkit dari trauma dibuli bukan mudah tapi tak mustahil.
Panjang sangat ni. Apapun, jangan mengalah dan saya doakan adik timun akan bangkit dan sembuh dari trauma. Moga 2025 dan bulan rejab akan datang menjadi permulaan baru yang lebih baik untuk adik. Allahummaamiin.
terima kasih bro. your word really calm me. rasa terharu dan didengari.
been there… pernah terkena dgn kawan baik sendiri.. sama2 g holiday, sama2 redah banjir, susah senang bersama… terasa giler kot.. bernanah hati ni kan… papepun benda dah lepas, kita block je org camtu, xyah difikirkan lagi.. buat semak jammed otak je..
saya pernah ada kawan rapat , sangat rapat tp kena tikam dari belakang dgn dia..sakit? sangat sakit ye.. utk adik , buang je lah kawan mcm tu , dorg tak berguna pun..bila dah start umur 20++ awk akan rasa lg tenang tanpa kawan2 , trust me.. hidup hanya ada keluarga sahaja , kalau nak berkawan jgn terlalu rapat..cukup sekadar keluar makan atau jalan2..