Assalamualaikum.. Masalah yang aku nak cerita berkaitan dengan seorang kawan yang aku kenal di tempat kerja sekarang. Aku seorang introvert, anti social sedikit. Kerja dalam bidang khidmat pelanggan.
Bila kata seorang yang introvert semestinya memang jarang bergaul rapat dengan orang sekeliling tapi aku boleh bekerja layan customer means boleh berbual dengan stranger.
Punca aku jadi introvert sedikit sebanyak disebabkan aku hanya bergaul dengan adik beradik kerana hampir sebaya.
Selama aku belajar dari sekolah, dan university boleh kira berapa kerat sahaja kawan yang aku ada. Tapi kawan-kawan ni memang yang yang rapat.
Start kerja sampai la umur aku dekat 30 aku just enjoy bekerja dan keluar dengan adik-adik aku bila ada masa lapang.
Sampai la satu hari aku tukar tempat kerja dan kenal dengan seorang kawan ni L (bukan nama sebenar).
Aku rasa macam boleh masuk kepala dan memang betul pada awalnya kami rapat sangat di tempat kerja, bercuti sama dan banyak la buat kerja sama-sama.
Sepanjang berkawan dengan L, aku dapat tahu L ni ada suka seorang lelaki, A dan memang nampak pun dari awal aku kenal L.
A ni kawan baik L, Dia terlampau suka A, even A ni dah turn down confession dia masih berharap. Dan ditakdirkan A itu suka pada aku.
Tapi aku tak pernah pun suka A kerana aku anggap dia kawan baik. A make it really obvious in public nak chase aku jadi semua orang pun nampak benda tu termasuk L.
Start dari situ hubungan L dengan aku renggang sebab dia tiba-tiba jauhkan diri dari aku. Kami bertiga selalu rehat sama, jadi bila L menjauhkan diri aku rehat berdua saja dengan A.
Aku dah minta maaf berkali-kali walaupun rasanya bukan salah aku. sehingga satu tahap aku fed up dengan perangai ego L.
Aku tahu mungkin A sukakan aku maybe just because he just like the chase feeling. Aku tak banyak bergaul dengan lelaki sebab perangai pendiam aku sangat la over sampai dicop sombong.
Aku makin rapat dengan A sebab dia satu-satunya tempat aku meluah perasaan. Aku dan L tak bertegur langsung.
Tapi yang tak bestnya aku dapat rasa kawan satu department pulaukan aku. Memang benda-benda obvious la mereka buat, tinggalkan aku kerja sorang-sorang. Kutuk aku belakang.
Even boss aku pon macam tak nak layan aku. Aku rasa sangat mentally down sebenarnya. Rasa kena betrayed dengan orang yang betul-betul aku percaya.
Sebab aku memang seorang yang susah nak open up dengan orang. Aku tak pernah cerita buruk pasal dia. Bagi aku kalau tak baik pun aku ingat kita pernah berkawan rapat jadi tak baik nak kutuk dia.
Jadi, A la tukang dengar semua luahan aku tentang apa yang L buat pada aku. Aku boleh tegur L untuk kerja, tapi L tak professional.
Dia campur hal personal dalam kerja sampai satu tahap aku rasa mentally depressed. Pengaruh dia memang kuat, ramai orang akan ikut apa dia kata sebab L ni opposite perangai aku.
Semua orang kenal dia. Dia akan hentam aku melalui orang lain. Aku dah tak ada mood nak bangun pagi pergi kerja disebabkan nak menghadap semua orang yang macam mengikut saja cakap dia.
Aku boleh cakap L adalah orang paling toksik yang aku pernah kenal dalam dunia ni.
Aku lebih suka ignore apa L buat dari menambah masalah. Aku act kebal depan semua orang. Tapi Tuhan saja tahu sebenarnya aku dah mentally exhausted.
Aku tak menyesal tapi aku memang serik nak open up dengan sesiapa lagi lepas ni. Baik aku buat hal aku sendiri saja walaupun kekadang mood hati tisu aku sampai.
Aku tak tahan aku nangis sorang. Aku fikir ni memang kerja yang aku suka jadi aku kena perform dan ramai kat luar takde kerja sekarang. d
Dh lebih 8 bulan dan backstabbing L masih berterusan. Aku mohon semua doakan aku kuat menghadapi orang toksik macam ni. Terlampau negative sehingga menjangkiti ramai macam virus.
Aku doakan L berubah perangai menjadi lebih baik, dan semoga Allah menguatkan hati aku hadapi dugaan mencari rezeki ini..
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit