Salam semua, saya kenalkan diri saya R (bukan nama sebenar) seorang pekerja swasta di salah satu bandaraya, saya dah bekerja di sini sudah hampir 10 tahun, bekerja dalam bidang dokumentasi (bukan bidang sebenar).
Saya nak kongsikan berkaitan kawan sepejabat saya, dia bujang berusia 45 tahun mungkin boleh dikategorikan anak dara tua, dia bukan tak nak berkahwin tapi tiada siapa yang lekat dengan dia, saya pun tak tahu jodoh dia kenapa payah.
Saya namakan dia X, berumur 45 tahun saya dah kenal dia selama 10 tahun kerana bekerja bersama, dan dia dan saya tak leh elak sebab hanya kami berdua sahaja di bahagian dokumentasi ini.
Peribadi dia pada permulaan perkenalan, sebab dia dulu masuk dalam setahun lebih awal dari saya dan saya lebih muda sedikit dari dia, jadi saya panggil k.X, awal kerja dia sudah tunjukkan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan, semuanya perlu melalui dia,
Sedangkan jawatan saya sedikit tinggi dari dia, pada minggu pertama saya kerja rakan-rakan ofis mula datang kepada saya memberi amaran kerana k.X ni seorang yang merimaskan dan menjadikan kita tidak selesa.
Selama saya kenal dia 10 tahun ada beberapa tingkahlaku dia saya nak tegur, saya pernah tegur dia secara baik tapi dia tetap tak berubah dan menyalahkan saya tak memahaminya.
Tingkahlaku dia yang pertama, kalau kawan² berkumpul bercerita, contoh mereka cerita tentang anak mereka, dia akan menyampuk dan ceritakan tentang anak saudaranya sampai habis dan sangat² panjang sehingga semua orang tak ada mood nak dengar.
Bila ada yang keluar makan dan dia tahu mereka tak ajak dia, dia akan sound dalam group dan akan sebut² depan mereka sebab tak ajak dia dan akan membebel tanpa henti.
Bila kita buat sesuatu dengan erti kata tanpa dia, dia akan sentap marah dan mula burukkan orang tersebut dan mula cari kesalahan orang lain.
Kurang hormat pada orang berpangkat rendah biasanya cleaner akan jadi mangsa leteran dia setiap hari, cerewet dan setiap hari bising pada cleaner sehingga cleaner berhenti, lepas berhenti baru dia bagitahu sebab tertekan dengan k.X.
Bila seseorang tu dia rasa selesa, dia akan bertandang ke rumah orang tu, dia akan ikut orang tu ke mana, dia wajib tahu orang tu punya program dan wajib bagitahu dia..
Ini beberapa sebab orang rimas dengan dia sebab dia over bab nak berkawan, sehingga semua dia nak control.
Dari segi kerja pula dia suka komplain orang lain punya kerja tapi dia tak nak buat dia cuma pandai kritik aje.
Hubungan kekeluarga, persahabatan dan pekerjaan semuanya ada yang dia bergaduh tapi dia tak faham kenapa mereka bergaduh dengan dia dan dia selalu rasionalkan tindakan yang dia buat betul dan merasakan semua orang cemburu padanya.
Kalau orang yang dia tak suka tetiba berbaik dia mula bersangka buruk cakap orang tu cuba nak sihirkan dia dan sentiasa merasakan ada makanan nak sihirkan dia.
Dia masih belum berkahwin tapi suka menyibuk rumah tangga orang lain dan selalu bagi nasihat kena buat apa, seolah² orang tu tak tahu apa yang perlu dilakukan.
Kini ramai yang elak untuk dia ada dalam apa-apa aktiviti, kalau ada program senyap-senyap aje buat, masih ada yang menjaga hati tapi masih ada juga yang tunjukkan tak suka dia, bila tunjuk biasanya bergaduh la lepas tu.
Untuk k.X, kalau saya diberi peluang untuk ada kawan, kalau bukan kerana kita rakan sekerja saya rasa belum tentu saya mampu bertahan,
Sebab k X, tak pernah sedar apa yang dilakukan dan selalu minta maaf bila time buat silap tapi ulang semula, minta maaf balik, lepas tu ulang lagi sehinggakan nilai kemaafan tu orang dah tak pandang.
Cuba tanya pada diri berapa ramai orang berikan alasan pada k.X, berapa ramai yang buat muka bila k.X nak mula bercerita?
Berapa ramai yang teruja ajak k.X untuk join mereka? Dan berapa ramai orang berikan pelbagai alasan untuk k.X jangan join mereka?
Belajarlah memahami pesekitaran, R kasihankan k.X, sebab mereka selalu gelakkan dan mengutuk k.X kat belakang dan ada juga yang siap menilai setiap masa kelakuan k.X untuk dijadikan bahan umpatan.
Belajarlah untuk tak perlu over nak tahu semua dan tunjukkan semua k.X tahu.
Saya mengharapkan yang terbaik untuk k.X.
Dan saya juga mengharapkan pembaca mampu bantu saya untuk berikan pandangan dengan sebegini untuk dia sedar tentang diri dia.
– R (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit