Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera to all IIUM Confession Fans.
Nama aku Bilis. Sebab kawan aku kata aku kurus. Seorang wanita (kena bagitahu untuk faham cerita). Okey lets move on.
Aku selalu baca confession dalam ni. Sesungguhnya aku pun cuma nak meluahkan dan meminta kata-kata semangat/ nasihat di page ini. Sebab aku tengok ramai kaunselor bertauliah dalam ni. Alhamdulillah.
Kawan v4ksin atau Kawan Toksik.
Sempena pandemic Covid 19 ni, maka aku memilih tajuk ini dengan jayanya. First of all, aku nak mintak maaf kalau penulisan ni panjang. Semua boleh minum air kopi siap-siap.
Aku nak cerita tentang seorang kawan yang aku kenal waktu aku mula nak belajar erti berdikari. Selepas habis SPM, aku dapat melanjutkan pelajaran di satu universiti tempatan. Aku pun mula berkenalan dengan seorang kakak senior di situ.
Alhamdulillah, perkenalan kami sangat best. Dia layan aku macam adik kandung dia sendiri. Dia selalu ajak aku ke surau, join halaqah surau dan mengaji sama-sama.
Dia dulu sekolah asrama jadi dia dah biasa dengan aktiviti semua ni. Aku pulak dari sekolah harian biasa jadi terkapai-kapai lagi. Aku rasa seronok dan tenang ada dengan dia. Dapat join program-program macam ni.
Dia umpama salah satu sebab aku mula dapat hidayah untuk berubah. Aku takdelah sosial atau liar sangat. Cuma kalau pakai tudung selempang kiri kanan tu biasalah.
Semenjak kenal kakak ni, aku biasakan pakai tudung tutup dada, pakai handsock dan pakai stokin. Sebab tu aku jadi sayang kan kakak ni.
Kami rapat macam adik beradik. Kami berdua tinggal di kolej tapi blok kami lain-lain. Tapi, kami selalu tidur bersama.
Kadang-kadang aku tidur bilik dia, kadang-kadang dia tidur bilik aku. Sampaikan roommate kami pun dah kenal. Bukan sekadar roommate, floormate pun kenal. Kami ni macam belangkas. Kalau takde kat bilik, tahulah mana nak cari.
Kami amat rapat sampaikan keluarga pun dah kenal satu sama lain. Bukan setakat keluarga mak ayah, adik beradik sampai ke atuk nenek saudara mara pun kenal.
Rapatnya kami sampaikan no pin akaun bank pun masing-masing tahu dan siap boleh pegang kad bank tu. Itulah gambaran rapat dan percayanya kami antara satu sama lain.
Satu hari, aku perlu ke satu universiti terletak jauh dari universiti kami. Tempohnya selama 6 bulan sahaja untuk buat Research. Tentu sekali aku gembira, satu pengalaman baru untuk aku.
Maka aku bersetuju. Dia dah sedih sebab kene berjauhan. Aku cuba tenangkan dia. Insya Allah kalau dalam 6 bulan tu, aku ada balik, aku akan jumpa dia. Dia pun akur.
Maka, selamatlah aku ke universiti baru. Di universiti kami pun mula menerima pelajar baru (intake untuk semester baru).
Pada awalnya semua ok. Sehinggalah dia terlibat dengan sesi orientasi pelajar baru. Ketika sesi orientasi dia call aku setiap malam sebelum tidur. Ketika dia sedang free pun, dia pasti akan whatsapp aku.
Tapi, habis sahaja orientasi. Dia diam. Aku fikir dia mesti penat. Baru habis orientasi, handle pelajar baru lagi. Aku pun bagi dia ruang dan masa. Tapi aku tak pernah miss ucap selamat pagi dan selamat malam. Unfortunately, dia balas ala kadar jer.
Seminggu selepas habis orientasi, sikap dia makin nyata berubah. Dia selalu kata dia sibuk. Sebab dia kena uruskan seorang pelajar baru (perempuan) yang sedang sakit. Aku namakan Sambal. Sambal tu selalu kerasukan dan perlu ada teman.
Jadi, dia yang selalu teman Sambal. Aku pun fahamlah situasi dia. Maka aku pun takde tanye kalau dia takde whatsapp atau call aku. Aku akan cuba call dan whatsapp dia dulu. Tapi, satu masa. Dia tak angkat langsung call aku.
Seorang kawan dia hubungi aku melalui messenger FB. Katanya, kakak tu busy sangat handle Sambal tu. Kakak tu memang setiap malam tidur kat bilik Sambal sampai tak balik kolej sendiri.
Kadang-kadang kawan dia ni pun akan bawa Sambal ni berubat dengan ustaz disebabkan gangguan tu. Aku pun ok saja lah dan doakan moga urusan mereka dipermudahkan.
Satu hari, aku dapat call dari dia. Dia kata tengah nak ke dobi. Basuh baju, jadi baru sempat call aku. Kami pun sempat bertanya khabar dan berkongsi cerita semula.
Dia pun mula buka cerita tentang Sambal. Sambal kena gangguan teruk at the same time ada depression. Sebab tu dia susah nak tinggalkan Sambal sorang-sorang.
Aku pun memahami dan rasa kesian kat Sambal tu. Aku doakan yang baik-baik jelah.
Pada pertengahan semester, aku dapat balik rumah. Aku pun ajak dia untuk jumpa. Dia pun cakap ok. Jadi kami jumpa kat mall. Alang-alang jumpa, hangout terus.
Nak dijadikan cerita, aku pegangkan fon dia waktu dia ke toilet. Ada whatsapp masuk. Dekat notification tu aku terpandang ayat ‘sayang’. Aku dah rasa lain. Jantung aku dah dupdap. Aku bukak whatsapp tu. Rupanya tu whatsapp dia dengan Sambal.
Sambal tanya, tengah keluar dengan Bilis ker. Bila nak balik. Dia rindu. Dan dorang bahasakan diri.
“Baby” dan “Sayang”.
Aku pun macam. What??? Apa yang mata aku tengah tengok ni. Otak aku froze kejap. Apa ni?
Bila dia muncul. Aku diamkan dulu. Kitorang pergi makan. Aku buat rileks lagi. Aku cakap kat dia aku nak tumpang tidur bilik dia malam tu.
Muka dia berubah. Nampak dia tak selesa. Dia cakap malam tu dia busy. Ada program kolej. Habis lewat malam. Esok pagi pun ade mesyuarat untuk program kolej lagi. Dalam hati aku dah…… Eleh.
So, aku pun balik rumah, tak jadi tidur bilik dia dan kemudian aku meneruskan sesi belajar di universiti baru tu. Kami pun mula hambar. Dia memang sentiasa dengan alasan sibuk. Takde masa. Penat. Macam-macam alasan. Aku akur saja lah. Waktu tu aku naif. Sangat naif.
Aku seorang yang cuba untuk memahami manusia. Semua benda aku percaya. Dalam masa sama, lagi mudahlah untuk dia buat kerja-kerja dia di sana.
Tapi, Alhamdulillah. Aku tak tinggal untuk ke surau di tempat baru. Masih join halaqah. Aku temui kekuatan. Jumpa kawan-kawan yang baik.
Setelah habis tempoh 6 bulan di universiti baru. Aku balik rumah untuk cuti sem. Tapi, dia tak balik rumah dia. Dia kena stay di kolej. Alasannya, ada program universiti. Tapi, aku tahu, dia tak balik sebab nak teman Sambal. Sambal dari broken family.
Mak ayah dia boleh kata toxic. Suka maki dan marah-marah Sambal tanpa sebab. Selalu jugak kutuk-kutuk Sambal tak cantik, gemuk, macam-macamlah. Kalau aku, aku pun sedih mak ayah cakap macam tu.
Dan sebab tulah Sambal ada depression. Jadi, mereka berdua stay di kolej sebab Sambal taknak balik rumah dia. Aku tahu, tu reason dia tapi, aku diamkan saja lah.
Kenapa aku tahu dia tipu? Ingat tak kawan dia yang messenger aku kat FB? Kawan dia pun terlibat dengan program universiti tu. Tapi program tu seminggu jer. Bukan satu cuti sem. Hahaha. Bukan main banyak pengorbanan dia untuk Sambal tu.
Jeles? Ye, aku jeles sikit. Dulu setiap masa kami berwhatsapp dan on call. Tak pernah miss. Dan dia pun memang seorang yang jenis akan balik rumah dia bila ada peluang. Dia masih ada mak ayah di kampung.
Semenjak ada Sambal, macam tu jer dia tinggalkan aku dan buat alasan yang pelbagai pada mak ayah dia untuk tak balik kampung.
Tapi, yang lagi aku sakit adalah dia sorok semua ni dari aku dan tipu aku. Dia bukan busy sebab aktiviti kolej. Tapi busy sebab melayan Sambal. Erm.. sedap pulak kalau masak sambal udang ni. Okey. Melalut kejap.
Waktu cuti sem ni aku dah jadi anxious. Aku ada email dan password FB dia. Hati aku tergerak nak on FB dia. Aku tak tahu kenapa, perasaan tu kuat sangat.
Sampai hari ketiga perasaan tu masih datang, akhirnya aku on FB dia. Ternyata tindakan aku tepat. Di messenger FB nya, aku tertangkap satu conversation antara mereka berdua.
Messenger tu waktu mereka di fakulti (Aku dan dia beza fakulti tapi dia dan Sambal satu fakulti). Mereka messenger nak tunggu di mana lepas kelas. Rindu. Rasa nak peluk. Nak cium. Eeee gelilah aku baca semua tu.
Aku cepat-cepat log out dan air mata aku menitis. Aku in denial. Betul ke apa yang aku baca ni?
Aku whatsapp dia, call dia. Aku mintak penjelasan. Apa semua ni. Dia sangat terkejut. Hubungan sulit dia terbongkar.
Dia terus tukar password FB. Dia kata dia nak tolong jer Sambal tu. Tolong sampai kena cium-cium? Dia diam. Aku hampa, sedih sangat. Apa yang dorang buat sebenarnya? Aku taknak bayangkan.
Cuti sem, aku sibukkan diri dengan baca buku-buku ilmiah. Aku anggap Allah sayang aku sebab tu Allah uji macam ni. Sakit sangat. Aku ambil berat pasal dia. Siap belanja macam-macam bila dia kata takde duit. Duit tinggal RM10 pun aku still usahakan jumpa dia dan belanja dia.
Paling sedih, kenapa dia sampai ke tahap macam tu dengan Sambal. Aku dah tak ambik tahu pasal mereka berdua. Aku teruskan kehidupan aku dengan sem baru dan sem-sem seterusnya.
Tapi, aku menangis tiap malam. Macam aku kata di awal tadi, dia umpama satu sebab aku berubah.
Dan kini orang tu jadi lain dan takde sama-sama dengan aku. Tentu sekali aku sedih. Tapi aku tak nak berubah sebab manusia. Hikmahnya, hampir setiap malam aku bangun tahajud.
Aku bersyukur pada Allah. Dalam mereka sedang hanyut, sekurangnya aku makin dekat dengan Allah. Tapi, memang self esteem aku jatuh sungguh waktu tu. Aku rasa useless sebab kena tipu, kena tinggal dan sampai ke tahap macam tu hubungan mereka.
Allah… Long story short. Kami masuk hujung sem. Dia dah habis belajar di Universiti aku tapi dia sambung belajar ke peringkat seterusnya di Universiti lain.
Waktu ni, dia cari aku semula. Dia datang Universiti aku. Tapi, aku nampak keadaan dia tak terurus. Tak ceria macam mula-mula aku kenal dia. Dia pergi bilik aku.
Aku layan dia endah tak endah. Satu malam, dia kata nak tidur di bilik aku. Mata dia bengkak. Aku kesian tengok dia. Aku pun bagi dia tidur bilik aku.
Malam tu waktu tengah tidur, dia cuba peluk aku. Tapi aku tepis tangan dia. Dia tersentak dengan perbuatan aku. Dia bangun dan keluar dari bilik. Aku tengok jam waktu tu pukul 2.30 pagi !
Weh ! dah kenapa dia keluar pagi-pagi buta ni. Mula-mula aku buat tak tahu jer. Aku tidur. Tapi, hati aku tak tenang. Takut jadi apa-apa kat dia. Kena culik ke kena rasuk ke nanti aku jugak yang susah.
Aku pun keluar cari dia. Alhamdulillah aku jumpa dia kat surau. Aku ajak dia masuk bilik semula. Dia cakap tak nak. Dia kotor. Dia banyak dosa. sambil nangis-nangis dia cakap tu. Aku dah macam…
Ya Allah. Pukul 2.30 pagi ni. Kat surau. Takde orang. Dia nangis pulak…
Aku cakap, jomlah balik bilik. Jadi apa-apa kat sini nanti susah. Akhirnya dia akur dan ikut aku balik bilik. Aku pun terus ke toilet dan ambil wudhu’. Aku solat sunat. Selesai solat, aku pandang dia tengah baring di katil. Aku suruh dia solat, dia kata dia period. Ok. Takpelah.
Mungkin sebab hormone tak stabil kot tadi. Aku pun sambung tidur. Dia peluk aku lagi. Kali ni aku biarkan sebab aku takut dia keluar bilik lagi. Aku dah ngantuk sangat lepas solat tadi, so kalau dia keluar lagi, takde masa aku nak kejar dia lagi.
Keesokan paginya. Dia ceritakan kisah yang jadi antara dia dengan Sambal sampai dia terpaksa tinggalkan aku macam tu saja. Dalam hati aku dah. Eleh…
Panjang sangat dah cerita aku guys. Aku sambung next entry ya kalau ramai nak tahu. Aku terima dia semula sebab dia kata dia nak berubah. Dia nak jadi macam dia yang dulu.
Tapi, kisah makin menarik sebab kebodohan aku/ kelembutan aku semua diambil kesempatan oleh dia lagi. Aku tak nak ada orang terkena macam aku. Kemudian korang nilailah orang-orang macam ni kawan v4ksin atau kawan toksik.
– Bilis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit