Kawan ‘V4ksin’ atau Kawan Toksik II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kawan-v4ksin-atau-kawan-toksik/).

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera to all IIUM Confession Fans. Bersiaran kita kembali. Ramai marah dengan confession aku di part 1, huhu.

Terima kasih atas teguran semua. Ada di ruang ‘commet’ kata. Aku di grooming. Ye, sebenarnya betul. Ketika jadi tu, aku tak sedar. Aku cuma anggap dia ibarat kakak kandung sendiri. Pasal call, whatsapp setiap hari tu pun.

Conversation kami lebih kepada isu semasa dan aktiviti kolej. Tapi, itulah salah satu cara aku di grooming oleh dia rupanya. Aku ingat sebab dia nak ambil berat sahaja.

Jadi, bila aku dah terbiasa macam tu, maka aku pun buat benda sama. Wish selamat pagi, selamat malam. Aku tak sedar waktu tu.

Maaf, tak ada niat nak menormalkan perkara songsang. Sebab tu aku geli tengok whatsapp mereka yang bahasakan diri dengan gelaran macam tu.

Tapi, macam ayat aku di introduction part 1, aku tak nak orang lain terkena juga. Sebenarnya aku nak share perkara ni sebab dah ada 3 orang junior aku mengadukan hal yang lebih kurang sama pada aku.

Dari situ aku sedar. Memang ada jadi macam ni rupanya. Dari cerita zaman sekolah asrama, lagi banyak compare to universiti.

Sorry bagi yang cakap memalukan pelajar universiti saja. Majoriti pelajar universiti is ok dan jujurnya aku enjoy dengan zaman universiti. Aku cuma nak pesan, berhati-hatilah.

Jika anda ibu bapa, jaga anak-anak. Untuk maklumat para kommentar yang cakap aku lesbian. Alhamdulillah aku dah kahwin, menanti anak kedua sekarang (Doakan aku dipermudahkan).

Aku buat confession di sini more kepada awareness orang macam ni ada, bukan nak menormalkan aktiviti songsang.

Sambungan…

Jadi keesokan paginya dia cerita kat aku apa jadi pada dia dan Sambal dalam lebih kurang tempoh 3 tahun tu. Sambal memang dalam keadaan emosi yang tak stabil. Setiap kali bergaduh, Sambal akan pukul diri sendiri atau pukul dia. Sampai bengkak-bengkak tangan.

Banyak kali juga Sambal cederakan diri dengan menoreh pergelangan tangan. Alhamdulillah nyawa Sambal masih belum Allah tarik.

Aku agak terkejut dengan cerita tu tapi, apa kaitan dengan dia tinggalkan aku macam tu saja? Dan dalam keadaan Sambal macam tu pun, perlu ke sampai panggil sayang baby bagai.

Dia cakap, dia akui memang dia sayang Sambal. Macam mana dia sayang aku, macam tu dia sayang sambal. Dalam hati dia, kami duduk sebelah-sebelah.

Then aku tanya dia. Kalau sayang tu sama, then kenapa tinggalkan aku gitu saja. Aku anggap dia macam kakak sendiri dah. Tanpa sepatah, siap menipu dan alasan lagi.

Cakap saja lah situasi sebenar. Kan senang, boleh aku tolong Sambal sekali. Dia diam.

Aku tahu dia tak boleh nak bagitahu hal sebenar sebab dia bukan sayang saja Sambal tu. Dorang tu dah macam bercinta. Itu yang buat aku sedih dan kecewa. Seorang yang bawa aku kepada kebaikan, macam mana boleh ke arah macam tu.

Dia cerita lagi bla bla bla. Sesungguhnya tak ada ape yang aku nak tahu. Aku dah tak kisah. Menipu itu pilihan, jujur itu pilihan. Tapi kenapa dia memilih untuk menipu?

So, aku pun pilih untuk tak ambil tahu hal mereka. Sekarang, kenapa dia cari aku semula? Sebab dia dah tak tahan dengan sikap Sambal.

Asyik mengamuk, bergaduh, maki-maki. Pernah waktu dia kat bilik aku, dia on call dengan Sambal, aku dengar Sambal menjerit-jerit dalam fon. Terkejut aku.

Aku pun belikan buku ayat manzil dua. Aku hadiahkan pada dia satu dan minta dia bagi pada Sambal satu. Semoga mereka berdua peroleh hidayah dan ketenangan.

Tu saja aku mampu buat. Aku nak nasihatkan dorang berdua. Tapi, aku pun dalam fasa perubahan dan tak tahu pun sejauh mana hubungan dorang ni.

Dan aku waktu ni pun tengah dalam keadaan bersedih, sakit hati dengan dorang. Tak rasa nak nasihat kan dia tapi more kepada, lantak koranglah. Gitulah.

Dalam masa sama, Alhamdulillah aku pun dikurniakan seorang kawan yang sangat baik dan rapat dengan aku. Aku namakan dia Udang.

So lengkaplah sambal udang bilis kita. Waktu ni, aku tak ceritakan pada Udang lagi. Sebab aku nak bahagia-bahagia saja berkawan dengan Udang.

Udang pula menjadi sumber kekuatan aku. Memang betul hanya Allah tempat pengharapan kita, tapi, emosi aku amat kacau waktu tu hingga aku perlukan bahu untuk aku bersandar.

Aku tak ceritakan pada Udang sebab aku tak nak bebankan Udang dengan masalah ni. Cukup aku boleh ketawa dan tersenyum bersama Udang, tu dah memadai.

Jadi, bila si dia tahu aku ni dah rapat dengan Udang sepanjang ketiadaan dia. Dia pulak nak merajuk dan cemburu dengan aku.

Di sinilah starting point sikap toksik dia bermula. Dia makin kerap datang jumpa dan tidur di tempat aku. Waktu tu aku masih tak dapat detect. Aku anggap dia betul-betul nak berubah sebab tu dia nak spend masa dengan aku.

Satu hari, Udang tidur bilik aku untuk kami belajar sama-sama dan dalam masa sama dia pun nak datang bilik aku malam tu.

Udang masih tak tahu siapa dia jadi Udang buat biasa saja bila nampak dia tapi bila dia nampak Udang ada, dia terus keluar bilik. Waktu tu dah pukul 11.50malam macam tu. Dalam hati aku. Dah sudah. Dia pergi mana pulak.

Aku keluar cari dia lagi. Nasib baik jumpa. Dia cakap dia cemburu aku dengan Udang. Aku cakaplah tak ada ape nak dicemburukan (Ya Allah, aku tak tahu kenapa aku naif sangat waktu ni. Patutnya aku dah soal dia. Apa sebab dia nak cemburu pulak?

Kita bukan couple pon). Kemudian, dia tidur dengan aku atas katil manakala Udang tidur di lantai beralaskan tilam dari katil roommate aku. (roommate aku tak ada waktu ni).

Sepatutnya kami semua tidur bawah atas lantai, bawak turun tilam. Tapi si dia taknak. Dia nak jauhkan aku dari Udang.

Jujurnya situasi tika tu sangat awkward. Tapi, aku takut nak bersuara apa-apa. Takut kena marah atau dia akan keluar bilik lagi. Dia ni pulak saje nak bagi Udang cemburu. Malam tu dia tidur bersungguh nak peluk-peluk aku. This is the moment aku mula rasa something yang off sangat dengan dia.

Si Udang pulak sangat baik. Walaupun dia perasan sikap dan layanan dia ni, Udang tak ada tanya apa-apa.

Tapi, disebabkan insiden tu jugak, Udang seolah-olah mula menjarakkan diri dari aku. Dia ingat aku dah ada kawan baik lain. Tapi, jika aku ajak Udang jumpa, Udang akan sentiasa ada masa. Cuma, dia dah tak cari aku dulu.

Aku faham perasaan Udang sebab situasi pada malam tu sangat awkward.

Habis belajar, aku dapat kerja dalam bidang professional tidak jauh dari Universiti dia. Dia sangat gembira. Setiap malam dia datang rumah aku. Sampai aku tanya dia, dia ok tak dengan Sambal.

Rupanya, Sambal tinggalkan dia sebab Sambal dah jumpa kakak lain. Macam mana dia buat pada aku dulu.

Macam tu dia kena dari Sambal. Dia cakap, sekarang dia tahu apa perasaan aku waktu kena macam tu sebab dia pun kena macam tu jugak. Aku tak tahu kenapa aku baik sangat.

Tapi, aku terima dan berkawan dengan dia semula. Aku biarkan dia datang rumah aku hari-hari. Kami jadi rapat sama macam awal kenal dulu. (Ye, aku bodoh. Salah aku. Sebab tu aku cakap di part 1, kebodohan aku di sini)

Ke mana-mana kami akan pergi bersama. Sekali lagi, orang mengenali kami berdua. Di mana ada dia, di situ ada aku. Selalu pesan buat baik, bersedekah, tolong orang dan banyak lagi. Aku betul ingatkan dia dah berubah. Tapi, langit tak selalunya cerah.

Satu malam waktu tengah tidur, tiba-tiba aku rasa hangat kat bibir aku. Aku buka mata. Ya Allah. Dia sedang cium bibir aku. Aku bangun, dan menjerit nama dia. Dia pun tersedar dan minta maaf berulang kali. Kemudian aku teringat conversation dia dengan Sambal yang aku pernah jumpa dulu.

Aku tanya, dia dah lama ke buat macam ni. Dari zaman asrama kat sekolah ke? Dia cakap tak. Waktu asrama sekolah tak pernah buat. Waktu dengan Sambal tu mula. Aku pun maafkan dia dan biarkan ia berlalu. Kami pun buat macam perkara tu tak pernah jadi.

Setelah lebih kurang setahun lebih. Aku direzekikan bekerja di tempat yang jauh di bahagian utara. Dengan gaji yang lebih baik, pangkat yang lebih baik.

Maka, aku pun terima. Sekali lagi, dia sedih aku akan berpisah dengan dia. Aku nak mengejar cita-cita. Tapi, aku selalu doa pada Allah. Dekatkanlah aku dengan orang yang dekat dengan Allah.

3 bulan aku di tempat baru, seorang kenalan whatsapp aku. Aku kenalkan sebagai Ketam. Ketam cakap, nak bagitahu aku sesuatu tapi dia taknak by call. Ketam ceritakan yang rupanya Ketam rapat dengan si dia hampir setahun dah. Mereka selalu berhubung.

Asalnya hanya berborak untuk urusan kerja. Tapi lama-lama jadi rapat. Waktu aku dah ke utara, Ketam pernah tidur rumah dia. Ketam terkejut sebab malam waktu tengah tidur, dia raba-raba Ketam. Ketam tak buat apa-apa sebab terlampau terkejut.

Aku dah agak, pasti ada benda yang berlaku sebab sepanjang aku berada di Utara, sikapnya berubah semula. Aku screenshot conversation Ketam dan hantar pada dia. Dia terkejut, seperti biasa.

Sekali lagi perbuatan dia terkantoi. Dia tak balas whatsapp aku. Malam tu aku terus call dia minta penjelasan. Kenapa buat macam tu dan nasihatkan dia bla bla bla.

Dia kata, bukan dia yang mula dulu, Ketam yang mula dulu. Aku kenal Ketam ni macam mana. Dan aku tahu perbuatan macam tu, Ketam bukan orang pertama. Berani lagi dia nak menipu aku. Bermati-matian dia persalahkan Ketam. Dia Whatsapp Ketam marah-marah sebab

Ketam bagitahu aku. Dia cakap itu aib. Bagi aku, itu aib yang harus dibagitahu. Supaya tak ada lagi yang jadi mangsa. Dan sekali lagi, dia menipu aku. Kali ni taknak mengaku salah dan siap salahkan orang lain lagi.

Aku completely hilang percaya pada dia. Tapi dia bersungguh minta maaf pada aku sampai dia datang ke tempat aku. Merayu-rayu. Waktu ni aku nampak sikap dia yang sebenar. Dia marah-marah, dia cederakan diri. Dia pukul dinding, makan Panadol banyak-banyak. Aku jadi sangat takut waktu tu.

Bukan salah aku, tapi aku dimarahi, ditengking. Dia pegang tangan aku kuat sangat sambil menangis dan marah-marah. Sampai aku dengan nada takut, aku cakap tangan aku sakit. Dia seolah-olah dirasuk hantu.

Kadang-kadang bila aku nampak dia macam tu, walaupun dalam ketakutan, aku peluk dia bagi tenang. Waktu ni aku rasa dia ada masalah mental. So, aku banyak mengalah walaupun salah dia. Bila perbuatan dia kantoi, dia mengamuk.

Pernah kami bergaduh dalam kereta, dia menjerit-jerit. Dia hentak dashboard kereta. Dia nak buka pintu kereta waktu kereta tengah bergerak sambil menjerit-jerit macam orang kena rasuk. Aku takut sangat-sangat. Aku tidur malam-malam dengan air mata.

Ikutkan hati aku nak lari dari rumah aku sendiri, nak pergi rumah kawan-kawan lain. Nak menangis puas-puas. Aku tak boleh menangis depan dia sebab nanti aku kena marah.

Badan aku sampai menggigil tahan takut. Emosi dia boleh jadi iblis dalam seminit dan boleh jadi malaikat dalam seminit. Aku sendiri keliru tengok dia.

Tapi, aku pun tekad untuk cuba ubah dia, tolong dia walaupun aku sendiri waktu tu takut sangat dengan dia. Waktu dia baik, dia akan jadi baik sangat. Belanja aku macam-macam. Masakkan untuk aku, basuh baju aku, gosok baju aku. Semua benda dia buat. Aku kesian dekat dia.

Aku carikan pakar Kaunseling. Tapi, dia taknak pergi. Dia in denial mengatakan dia ada mental health. Aku pun tak pasti dia ada mental health ke tak. Tapi dari action dia maki-maki aku, cederakan diri dan sebagainya menggambarkan yang dia macam tak normal.

Kami pernah ke pusat perubatan Islam untuk rawat dia. Tapi tak ada perubahan. Jadi, ikhtiar lain adalah nak bawa jumpa kaunselor.

Dia cakap, bila dia bersedia, dia akan bagitahu aku. Aku pun akur. Dia balik ke tempat asal dia dan kami pun buat aktiviti harian macam biasa.

Selepas 2 bulan, aku dapat berita lain lagi. Dia akan menghadiri satu kursus dan dia rahsiakan dari aku. Kebiasaannya apa-apa kursus dia pergi, dia akan bagitahu aku dan ajak aku bersama (kursus luar yang berbayar).

Tapi, untuk kursus tu dia tak bagitahu. Tarikh kursus tu pula, sebenarnya dia dah berjanji untuk teman aku ke selatan atas urusan kerja aku. Aku rasa tak sedap hati.

Aku siasat dan siasat. Rupanya dia tak bagitahu aku dia ke kursus tu sebab dia ada kenal dengan seorang budak lagi. Aku namakan Pahat. Siap pergi ke kursus tu pakai sedondon. Aku terjumpa gambar mereka. Aku cakap kat dia susah sangat ke nak jujur.

Kenapa nak nyorok-nyorok. Kan dah janji nak teman aku pergi selatan. Akhirnya dia tak jadi teman aku malah siap boleh pergi jalan-jalan dengan Pahat. Dia biarkan aku memandu beratus kilometer sorang diri.

Dia seperti biasa, terkejut sebab perbuatan dia kantoi lagi. Dia nak menegakkan benang yang basah. Dia cakap sebab dia tahu aku tak dapat join program tu sebab kerja, jadi dia pergi dengan Pahat. What a lame excuse. Ajak pun tidak, dah kantoi bagi alasan macam tu.

Walhal selama ni pernah sampai seminggu aku ambik cuti hanya untuk melayan kehendak dia nak pergi jalan-jalan tenangkan diri (sebab waktu ni aku yakin dia ada mental health. Aku cuba nak jadi kawan yang baik).

Tapi, dia tak jadi ikut aku pergi selatan sebab aku marah-marah dia katanya. (sedangkan waktu dia memaki hamun aku sebelum tu, aku masih setia teman dia ke mana-mana. Dahlah aku marah pun sebab salah dia sendiri). Dia cuba put the blame on me.

Rupanya dah lama dia berkepit berdua dengan si Pahat ni. Sampai kawan-kawan aku pun tahu. Ke mana-mana memang mereka berdua bersama. Patut lah aku selalu rasa tak sedap hati dan dah lama dia tak ajak aku ke program bersama. Selalu buat alasan sibuk, penat. Aku

Tak kisah pun dia keluar dengan siapa, cuma aku minta untuk dia jujur sahaja. Dan bila aku keluar dengan orang lain, kenapa perlu dia cemburu buta? Mereka siap pernah pergi bercuti bersama tanpa pengetahuan aku langsung. Pergi ke timur, utara, barat. Masuk tanah saja belum. Astaghfirullahal azim.

Tapi, aku ni. Bila nak keluar makan dengan kawan sendiri pun. Dia dah marah-marah. Halang aku. Dia buat-buat ajak aku pergi jalan-jalan.

Maka aku pun bangkit demi mental health aku. Orang yang paling aku percaya memang dah menjadi musuh utama aku. Aku contact Udang semula.

Dijadikan rezeki, Udang ajak aku pergi holiday sama-sama dengan kawan-kawan lain. Aku seronok tak terkata. Berkali-kali aku ucap syukur pada Allah. Biarlah aku nak berehat bersama kawan lain.

Malam sebelum nak ke tempat percutian, aku sedang berkemas, dia tanya nak ke mana. Aku cakap acuh tak acuh nak pergi bercuti dengan Udang.

Dia terkejut. Dia marah aku. Kenapa tak bagitahu dia. Sejak bila contact Udang semula. Dia cakap mesti dah lama contact Udang semula, kalau tak macam mana boleh nak pergi bercuti sama-sama. Aku diamkan. Biarlah dia nak bersangka buruk apa pada aku.

Dia cuba bertenang dan dia cakap nak hantarkan aku sampai ke hotel tempat bercuti tu. Aku cakap taknak. Dia pergi bercuti dengan orang lain, aku tak pernah ganggu dia. Tapi, aku nak pergi bercuti, punya dia kawal aku.

Dia marah-marah aku. Dia baling barang ke dinding sampai pecah barang tu. Aku menjerit cakap kat dia. “Apa salah aku? kenapa suka halang apa aku buat? Aku ni isteri dia ke? Bila kau buat, tak ada pulak kau cakap kau salah. Ada aku marah kau? Tengking kau?”

Aku tak ada buat apa-apa yang salah pun. Aku menangis sungguh-sungguh malam tu. Sampai menggigil lagi badan aku. Aku tak pernah marah orang macam tu sekali.

Dia terkejut tengok aku melenting untuk pertama kalinya. Dia peluk aku dan minta maaf. Esoknya, dia cakap nak hantarkan aku sampai ke tempat yang aku dan Udang janji nak jumpa. Aku benarkan sebab kalau aku tak benarkan, dia nak hantar sampai ke hotel. Dia nekad. Aku stress sangat pagi tu.

Sampai saja ke tempat udang dan masuk sahaja kereta Udang, aku rasa nak menangis. Aku rasa nak luah semuanya pada Udang. Tapi aku tahankan. Terkejut orang tu nanti.

Dahlah lama tak contact, tak jumpa. Jumpa-jumpa, nangis pulak. Hahaha. Sungguh aku lega berada bersama orang yang ‘selamat’ untuk aku.

Tapi, sekali lagi langit tak selalu cerah. Percutian aku tetap rasa suram. Hampir setiap masa dia akan call aku. Pagi, tengah hari, petang, minum petang, malam, sebelum tidur. Sampai aku tak dapat nak berborak dengan Udang.

Udang pun tanya, siapa yang call banyak sangat tu. Pakwe ke? Aku hanya tersenyum. Setiap kali on call pulak, bukan sekejap. Sampai sejam bercakap. Aku tak boleh buat alasan nak letak.

Nanti dia akan melenting dan marah-marah. Dia akan ugut nak datang tempat kitorang bercuti. Apa-apa pun aku sedikit lega bersama Udang untuk tiga hari tu tapi tiba masa nak balik rumah, aku diurung kesedihan dan ketakutan semula.

As expected, kami bergaduh besar. Dia marah aku sebab keluar dengan Udang. Dia tuduh aku macam-macam sebab ada satu malam tak angkat call dia. Padahal aku dengan Udang tak buat apa-apa pun.

Kami pillow talk, catch up life masing-masing, throwback zaman belajar dan macam-macam topik menarik. Biasalah bila kawan lama tak jumpa, macam-macam cerita. Aku silent fon malam tu. Nak tenang, focus pada diri sendiri saja.

Aku marah dia balik. Dia tuduh aku, aku ungkit balik perbuatan dia kat aku. Memang aku tak ada simpan, aku bagitahu semua apa yang aku tahu.

Dia tumbuk dinding sambil cakap, hanya Allah tahu apa yang dia buat. Aku keluar rumah. Start kereta, aku pergi mana-mana tempat yang boleh tenangkan aku.

Dia nak cabar Allah. Tak lama lepas tu, aku jumpa gambar-gambar dia dan Pahat keluar berdua. Bermacam-macam tempat mereka pergi bersama. Aku jumpa bukti dia dengan Pahat memang sampai tahap pernah bercium.

Naudzubillahhi min zalik. Nak main nama Allah, cabar Allah, maka semua Allah tunjuk satu-satu. Selama ni dia cakap aku fitnah dia. Cakap tanpa sebarang bukti. Nah, ni bukti.

Aku tunjuk gambar-gambar dorang yang aku jumpa. Terus dia terdiam. Penipu tetap penipu.

Doa aku dimakbulkan Allah. Biarlah aku tak berkawan dengan orang macam tu. Aku bagi dia nombor telefon kaunselor tu dan aku cakap, pergilah jumpa kaunselor. U need help.

Kemudian aku block dia. Block sosial media dia. Aku dah taknak tahu apa-apa pasal dia. Aku ambik cuti dua hari, aku duduk dekat hotel sorang-sorang buat tenangkan fikiran.

Tak semena-mena Udang hubungi aku waktu tu. Macam tahu-tahu aku dalam masalah. For the first time in my life.

Aku ceritakan semua masalah aku pada Udang. Benda yang aku hadap seorang, tiada siapa tahu. Aku luahkan pada Udang sampai mengalir air mata. Aku memang stress sampai trauma.

Setiap malam tidur, aku akan terkejut-kejut akibat trauma. Tapi, aku bersyukur doa aku dimakbulkan Allah. Aku doa.

Ya Allah, dekatkanlah aku dengan orang yang ingin mendekati Mu dan jauhkanlah aku dari orang yang membawa mudharat bagiku.

Allah jauhkan aku dari dia dan Allah datangkan Udang. Alhamdulillah. Dah 3 tahun kisah ni berlalu di mana 7 tahun aku perlu hadap sikap dia tu.

Tapi hingga kini aku masih ada rasa trauma. Kadang-kadang masuk dalam mimpi sampai jadikan aku badmood. Awal dulu, setiap malam tidur terkejut. Sekarang setahun dalam 3,4 kali tidur terkejut-kejut (Walau tak mimpi apa-apa).

Kalau aku nampak macam kelibat dia dan Pahat pun, aku terus menggigil, rasa nak menangis. Nampak motor yang digunakan sama macam dia pun, dada aku dah bergoncang.

Jantung aku dah laju, dada aku sakit. Sungguh, aku takut.

Alhamdulillah. Aku pun jumpa suami aku melalui kenalan Udang. Udang dan suami banyak menenangkan aku. Banyak bawa aku ke tempat-tempat tenang seperti pantai, gunung.

Dalam masa sama, aku pun semakin rapat dengan kawan ketika belajar dulu di mana dulu aku tak ada masa dengan mereka sebab terlampau sibuk dengan si dia.

Dia selalu halang aku nak bersosial dengan kawan lain. Seronok dapat catch up kawan-kawan belajar, dan di musim pandemik ni, kami selalu buat zoom. Plan untuk bercuti bersama-sama bila dah boleh travel semula.

Syukur dah tak ada kawan toksik, cemburu buta dan memaki hamun. Suami pun baik Alhamdulillah. Selalu peluk aku kuat kalau aku terkejut tiba-tiba.

Untuk anda, mereka dan kita di luar sana. Jika jumpa kawan-kawan yang macam ni. Cepat-cepat dapatkan bantuan. Jangan hadap sorang-sorang. Aku dulu memang tak suka cerita masalah kat orang dan aku hadap sorang-sorang perkara ni sampai Tujuh tahun lamanya aku hadap.

Aku akui, atas kebodohan aku sendiri. Sebab tu aku jadi trauma sampai kadang malam-malam aku menangis sorang-sorang.

Tolong doakan aku pulih sepenuhnya daripada trauma ni ya guys.

P/s : Di bahagian comment di part 1 ada sebutkan, jangan tidur sekatil dengan kawan rapat. Maafkan aku, aku jahil. Sebab dengan adik beradik pun kami tidur sekatil, se selimut. Sebantal jer tak. Maka aku buat benda sama dengan dia. Kami tak tidur sebantal. Cuma sekatil dan satu selimut.

Alhamdulillah aku pun bahagia kini bersama suami, anak dan kawan-kawan yang baik. Aku minta maaf atas salah faham di part 1. Sungguh-sungguh minta maaf. Coretan di atas aku dah karang siap-siap sebelum part 1 keluar.

Betul apa yang majoriti commentor kata, aku ni telah di grooming tapi Alhamdulillah aku tak lesbian tau. Aku bukan nak meng normalkan yang songsang. Maafkan aku atas salah faham.

Kawan v4ksin atau kawan toksik?

– Bilis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *