Kawan Yang Ada, Tapi Hilang

Assalam semua, aku Nia, rakan yang aku maksudkan di tajuk confession aku ni unik sikit.

Kenapa aku cakap dia ada, tapi hilang? Sebab dia memang hidup lagi dan masih ada depan mata aku. Hari-hari aku nampak dia, aku kerja sekali dengan dia, tapi keadaan dah tak sama macam setahun yang lalu.

Kawan aku ni, lelaki. Umur mudah beberapa tahun dari aku. Dan dia merupakan orang asal (asli). Walaupun dia orang asal, dia masih rakyat Malaysia.

Aku namakan dia, K. K datang bekerja di tempat aku bermula tahun 2018. Dia dibawah agensi pekerjaan.

K ni baik, ramah, cepat sangat belajar, dan dia selalu tolong aku. Suka buat lawak and suka mengusik aku. Aku layankan macam aku layan adik aku. Boleh dikatakan semua yang aku nak, dia akan tolong aku berkaitan kerja.

Jadi aku memang agak rapat. Tapi itula, aku rapat sebab aku anggap dia adik. Tapi K tak anggap aku adik, dia confess pada aku yang dia suka aku.

Start dari tu, aku cuba letakkan ‘gap’ antara aku dengan dia. Walaupun K banyak kali ulang pada aku yang dia memang serious sukakan aku.

Dia tak jemu-jemu ulang walaupun aku buat-buat tak dengar. Aku cakap kat K, jangan main-main. Aku tak suka. Sedangkan aku sebenarnya dah ada bakal tunang. Means dalam setahun lebih mungkin aku akan berkahwin.

Salah aku jugak, awal-awal aku tak cakap yang aku dah ada yang istimewa.

K fikir aku tolak dia sebab dia orang asal, sedangkan bukan sebab tu.

Mungkin kalau aku tak ada sesiapa masa tu, aku boleh terima dia, sebab K ni baik, rajin solat, rajin kerja, selalu nasihat aku suruh pakai baju longgar-longgar, marah aku sebab suka pakai minyak wangi banyak-banyak.

Pokokknya macam K ni sesuai nak buat suami. Cuma dia agak keanak-anakkan. Aku cuba bagitahu K yang aku dah nak kahwin, tapi dia cakap aku saja nak buat alasan.

Masa ni rasa serba salah sangat. Tinggal lagi beberapa bulan tarikh aku nak nikah, Aku sembunyikan semua sebab aku takut penerimaan K.

K langsung tak dapat agak yang aku dah nak kahwin. Sumpah rasa bersalah sangat.

Sampai la hari akad nikah, aku hantar gambar dekat officemate aku dan mintak tunjuk dekat K. (akad nikah hari bekerja). Dan selepas seminggu, aku masuk kerja balik.

Bila jumpa K, K langsung tak pandang aku, bercakap lagilah tidak. Sampai ke hari ini, aku dan K tak bercakap dan berbaik lagi.

Aku dan K dah jadi macam musuh, tapi sebenarnya aku rindu K yang dulu. Bukan rindu yang lain, aku nak jadi macam dulu. Boleh bergurau and berbual macam dulu.

Pekerja kat situ memang tahu aku dengan K memang rapat, mestilah mereka pelik bila aku dan dia macam langsung tak kenal.

K ni suka buat orang gelak, dan bila dia buat lawak and aku ada dekat situ jugak, aku terpaksa tahan gelak, sedangkan aku rasa nak gelak sangat-sangat and nak balas semua yang dia cakap.

Aku tak tahu macam mana nak betulkan. Mungkin aku kena berhenti kerja dari sini. Sekian..

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *