Hi Assalamualaikum.. Pertama kali saya cuba luahkan isi hati yang kekadang tu cuba diabaikan tapi ada masa menggamit di fikiran.
Beberapa tahun lepas saya bekerja di syarikat perumahan yang antara berkembang pesat di selatan tanah air. Bekerja di branch office. Hanya berdua staff di ofis ini.
Jadi junior yang sangat patuh terhadap seorang staff yang saya anggap ibarat kakak. Seorang senior dalam bidang pembangunan perumahan. Dia juga tempat untuk setiap kerja perlu dirujuk.
Kakak ni saya tidak menuding seburuk2 sifat yang ada pada dia. Mana ada manusia sempurna. Ada baiknya juga. Dia dan saya berhubung berkenaan kerja hanya melalui fon. Jumpa pun cuma waktu annual dinner atau majlis company.
Saya tempat luahan segala.tapi kelemahannya pada kata kata. Jenisnya bila ada staff baru masuk terutama sebangsa kita, dia akan angkat phone dan kutuk ape saja yang terlintas di kepala.
Dari hal kerja, peribadi seseorang tu semua ke telinga saya. Bukan tidak untuk menolak, berdalih tukar topik.
Tapi dia akan repeat memburukkan saja siapa saja yang cuba2 nasib masuk bekerja bersamanya. Semua tak kena pada junior2 tu. Sampai la kalau ada yang tak tahan akan surrender dan blah dari syarikat.
Antaranya die akan tengok luaran orang tu, kutuk. Belajar tinggi tapi buat kerja teruk, makannya kutuk. Sampai ke mulut busuk berbau pun di angkat telephone call saya bagitau mulut si polan ni busuk bau kentut.
Saya terfikir mungkin kalau saya sebumbung dengannya. Ini juga yang perlu saya hadap. Alhamdulillah saya jauh. Dia juga selalu korek hal peribadi saya di sini dan sorang lagi staff.
Bila bercakap dalam telephone ni kebaikannya adalah kurang sikit melatah dalam berkata. Kebiasaannya saya cuba elak dengan cara tanya hal kerja. Fuhh taktik ni kekadang menjadi.
Tahun berganti tahun,yang dikutuk mulut busuk nampaknya boleh makan sepinggan berdua. Alhamdulillah saya kira dia mungkin dah boleh berfikir dengan waras.
Untuk pengetahuan, segala urusan dr branch office (office yang saya kerja) perlu dan wajib dirujuk kepada kakak ni sebelum sampai ke bos. Dikira dia ibaratnya senior staff yang manage kami.
Satu hari saya dapat berita sedih, notis telah dikeluarkan oleh hq (ofis kakak ni bekerja) untuk kami membuat pilihan sama ada ke ofis hq atau sign surat perjanjian untuk berhenti tanpa sebarang tuntutan terhadap company.
Untuk pengetahuan lagi, Segala surat sebelum disampaikan kepada kami, di ditulis oleh kakak ni sebelum boss tandantangan. Dan masa ni la semuanya jelas depan mata.
Dari tarikh surat dikeluarkan, kakak tu langsung tak pernah call, WhatsApp atau mencari kami di sini untuk menerangkan situasi sebenar secara professional.
Sedangkan digelarnya diri dia senior kami. Malah segala urusan perlu melalui dia sebelum ke bos walaupun hal cuti segala.
Hampir 10 tahun saya bekerja dengannya ini satu perkara yang saya terkilan dengan seseorang sehingga hari ini.
Saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerja ke ofis hq. Kalau ke sana saya tau apa “makanan” yang perlu saya hadap.
Atas kekangan jarak dan pengurusan keluarga saya korbankan bidang kerja saya. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Staff sorang lagi juga tidak meneruskan khidmat ke sana. Dia pjj dengan suami. Dan sekarang tinggal di kl bersama suami. Alhamdulillah..
Dan berkenaan “kakak yang baik” ni. Sehingga ke hari terakhir saya bekerja.
Dia kuat mengumpul kekuatan untuk tidak explain/ menerangkan situasi sebenar yang perlu untuk kami hadap di sini. Cuma status WhatsApp berbaur sinis kepada kami yang mengambil keputusan untuk tidak ke hq.
Tergamak seorang senior. Bukan nak salahkan keputusan syarikat. Saya lebih kepada memikirkan mengapa ada seorang kawan sebegini. Kering hatinya.. Kawan disini sama2 bekerja bukan sebulan dua, malah hampir 10 tahun.
Rupanya di sana dia berbaik pula dengan staff mulut busuk, kentut berbau yang pernah dia kutuk2 bagitau saya.
Andaikata saya nak bertindak jahat boleh sahaja saya apikan mereka berdua. Tapi ape beza saya dan dia kalau saya buat macam tu kan.
Untuk kakak senior, saya terkilan dengan perbuatan awak. Jangan awak ulang ape yang awak buat ni pada orang lain. InsyaAllah jangan risau. Segala kutuk keji yang pernah awak kata tu saya simpan sahaja.
Hikmahnya sekarang Alhamdulillah saya berhenti kerja berlalu pergi dari toxic yang mungkin bergelumang di setiap hari andai kami sebumbung.
Dan dari setiap status WhatsApp, story/ status fb saya tau dia masih terus dengan perbuatannya cakap keji hal orang lain dibelakang. Teruskan.. Dan sifat ini tidak ke mana.
Cuma sesekali saya terserampak staff “kentut busuk, mulut busuk” yang kini sangat baik dengan kakak itu.
Saya terlintas rasa simpati dengan staff yang polos itu. Inilah dia situasi saya dahulu. Baik dengannya. Mungkin juga dia kutuk saya di belakang. Ye bukan mungkin. Ini pasti. Saya juga polos waktu tu. Semoga kakak senior berubah seiring usianya..
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara ini. Mungkin ada yang kata saya kurang bijak buat keputusan meninggalkan kerja yang orang lain tertunggu2 nak dapatkan.
Tapi pada saya hanya circle toxic ini saya kecilkan dalam hidup saya. Selain dari itu cukup luas rezeki di luar ini rupanya. Alhamdulillah syukur.
– Samaira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit