Saya ada satu kawan ni yang memang obses gila dengan artis K-pop.Yela siapa je yang tak suka tengok rupa,watak,talent and etc diorang yang boleh dianggap sempurna.Masalahnya dia ni memang obses gila sampaikan bila berborak dengan dia memang semuanya pasal artis K-pop.Ok,saya bukanlah nak burukkan kawan saya,harap cerita saya dapat diambil sebagai nasihat kepada korang yang memang fanatik sangat dengan k-pop.Ok ceritanya bermula sewaktu saya berada di sebuah sekolah berasrama penuh ketika saya berumur 13 tahun.
Biasalah,jumpa kawan -kawan baru mesti ada banyak benda korang boleh borak.But sorang ni even baru masuk asrama,terus cari kawan and borak pasal artis k-pop.Saya lah yang jadi sasarannya sebab katil saya dengan dia sebelah-menyebelah je.At first,saya tak kisah la dia nak cerita pasal artis k-pop ni but makin lama saya jadi meluat and makin bosan bercakap dengan dia.Bayangkan dalam kelas waktu cikgu tengah mengajar pon dia still cakap pasal benda tu,iron baju pon nak cakap pasal benda tu.Senang cerita,24 jam dia asyik cakap pasal k-pop sampai takde topik lain dia nak cakap.
Barang-barang dia pon semua berasaskan K-pop style tapi tu saya tak kisah sangat la.Yang paling kronik,waktu nak solat berjemaah pon dia sempat lagi cerita pasal ‘IDOL’ dia sampaikan kawan-kawan saya yang lain jadi rimas.Sampai la satu hari ni dia tak bercakap langsung dengan saya dan kawan-kawan saya yang lain.Bila saya tanya kenapa,alasannya ‘sakit kepala’.Jadi saya pon diamkan diri dan hari berjalan seperti biasa.Perasaan saya waktu tu adala sikit rasa aman bahagia tapi bila sampai 3 hari dia tak bercakap langsung dengan kitaorang saya jadi pelik.
So saya decided untuk tanya dia and bila saya tanya dia ,tiba-tiba dia menangis.Dia mintak maaf dekat saya dan terus peluk saya.Dia cakap dia taknak dah cakap pasal artis k-pop dan taknak dah sakitkan hati saya pasal benda tu.Dia cakap dia sedar yang kitaorang rimas bila dia cakap benda tu dan dia rasa yang saya macam palaukan dia.Saya jadi kesian dekat dia dan lepastu kitaorang yang lain berkawan seperti biasa.
Alhamdulillah,selepas kejadian tu dia dah berubah jadi manusia yang lebih baik dan dah tak sefanatik seperti dulu.Saya rasa bersyukur sangat .My point is,bila kita minat akan sesuatu benda tu please jangan terlampau fanatik sampai benda tu jadi lagha.Kelak akan membinasakan diri sendiri.Sekian sahaja daripada saya.
– puteri salju
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit