Saya nak luah sikit. Tak tahu nak letak tajuk apa.
Aku lelaki yang below average (self critic). Tak hensem, tak lawak, tak kaya. Aku ada apa pun aku tak tahu apa yang nak dibanggakan. Mudah kata, self esteem aku ni rendah.
Bila macam ni, usually aku akan acknowledge orang orang yang nak berkawan dengan aku. Dan aku akan cuba sedaya upaya untuk maintain kawan kawan.
Kalau ada apa apa, aku lah yang offer bagi kereta, belanja makan ke apa so that kawan kawan akan rasa yang aku ni ada value dalam friendship.
Semua benda aku akan cuba korbankan susah dan sakit part aku, supaya diorang selesa dan senang
Semenjak dua menjak ni, aku rasa faktab sangat dengan hidup aku.
Biasakan kalau kita tengok dalam fb post, story seller cuckoo atau agent insurans keluar jumpa client sampai cross state. Travel jauh 45 minit – 1 jam perjalanan nak jumpa potential client.
Tapi bila part aku, ejen cuckoo dan agent insurans suruh aku datang tempat diorang.
Mula mula aku fikir, takpelah, agent je pun. Tapi bila aku tengok balik hidup aku, bukan agent tu je buat camtu. Member member aku lain pun sama.
Kalau nak ajak keluar, mesti dia ajak keluar makan dekat dengan tempat dia. Bila aku ajak datang tempat aku, tau pulak erti jauh.
Aku rasa macam bodoh je life aku ni. Nampak aku ni jenis pushover, mudah nak manipulate ke apa aku pun tak tahu.
Bila tengok story member member tu, boleh pulak drive jauh jumpa member lain. Memang aku ni sampah tak bernilai ke.
Aku letih dah. Aku letih dah buat effort kat kawan kawan. Effort untuk berkawan ni. Bukan effort untuk gf ke apa. Last last, diorang lupakan camtu je.
Yang terhegeh hegeh nak keep in contact nya aku jelah. Ada la sorang dua yang contact nak keep in touch.
Tapi minta jumpa lepak kat tempat dia yang aku kena naik motor sejam lebih perjalanan. Takpelah. Kita sembang kat fon jela.
Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Nak meluah perasaan je. Ingat nak sampaikan teguran kat readers supaya jangan layan kawan macam tu.
Tapi lepas fikir balik, mungkin aku selayaknya kot dilayan macam tu. Orang yang takde apa apa dalam hidup.
Sekadar hadap ihsan orang je nak berkawan dengan aku.
Okay lah semua. Gerak dulu. Terima kasih sudi dengar luahan hati.
– Gharib (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kesian awak.. macam serupa aja nasib kita. Selalu cuba nak initiate sesuatu perkara supaya hidup rasa lebih lively. Rasa cam kita saja yang make the effort kan..
Tapi percayalah.. lagi kita rasa macam tu lagi lah ia kan tetap dalam fikiran. Lagi perkara itu akan terus berlaku. Negative feeling will give out negative vibes juga. Abaikan perasaan tu. Teruskan hidup dengan be yourself tanpa jemu. Jangan rasa down sangat.
Memang ada setengah orang yang Allah jadikan untuk menyenangkan orang disekeliling. Ikhlaskan hati.
Semoga awak tenang selalu dan dapat bertemu dengan orang yang benar-benar hargai awak.