Assalamualaikum,terima kasih admin jika sudi publishkan story aku.
Aku seorang perempuan berusia 20 tahun dan sedang melanjutkan pengajian di sebuah IPTA di selatan tanah air.Aku mempunyai seorang kawan yang dikatakan agak rapat juga denganku.Kami sama2 berkawan ketika dari sekolah menengah sehinggalah sekarang. Kami sama U cuma berlainan course.
Ingin aku tekankan bahawa aku tiada niat untuk memburuk burukkan sesiapa.Cuma aku ingin meminta pendapat.
Kawanku seorang yang tak kedekut dan pemurah.Kalau aku susah,dia pasti tak lokek nak menolong..Tapi sejak dari sekolah,dia dikenali sebagai seorang yang mudah melenting dan kaki control.Aku pening kerana sikapnya yg mudah cemburu,terlalu cemburu sehinggakan aku tidak boleh berkawan dgn orang lain.Pernah sekali aku post gambar di media social bersama kawan2 yg lain ketika berbuka puasa,dia begitu marah dan memaki aku.Dia kata aku akan melupakannya ketika bersama kawan lain.Dia seolah olah tidak membenarkan aku berkawan dengan orang lain selain dirinya.
Ketika bergaduh dia pasti akan mengungkit segala pemberiannya padaku.Aku tidak berniat untuk memburukkan atau mengaibkan kawan ku sendiri.Namun aku sudah terlalu banyak berkecil hati dengan sikapnya yang terlalu sensitive dan sering berkata pedas.Aku terpaksa pendam kerana aku tidak mahu bergaduh dengan lebih teruk lagi.Aku sudah naik muak dengan ayatnya, “takde sape sudi tolong kau selain aku,walaupun aku mulut jahat,tapi aku tak akan tinggalkan kau macam kawan lain”.Ye,dia memang tak pernah tinggalkan aku,tapi aku sengsara dengan sikapnya yang sebegitu.
Apabila bergurau,dia akan sentiasa membahan aku dengan perkataan yang kasar dan melukakan.Apabila aku bahan dia balik,dia pasti akan memakiku semula dan dia kata aku punca dia bad mood.
Dia juga sering mengkritik penampilan ku yg selekeh dan “kurang bergaya”.Ye,aku mengaku aku seorang yang tidak pandai bergaya.Aku lebih sukakan pakaian yang simple.Namun apabila aku menukar pakaian ku kepada yang lebih “style”,dia pasti akan mencari salahku.Dia kata aku sudah berubah,sudah mula lupa diri.Dia juga akan mengkritik pakaianku yang murah.Maklumlah,aku anak orang susah.
Satu kejadian yang membuatkan aku betul2 berkecil hati apabila dia menghina ibuku.Katanya,ibuku seolah olah memerli dia.Aku tanya masa bila,namun dia tidak
menjawab segala pertanyaanku.Segala kata kesat dihamburkan.Kata2 kesat dan makian itu sudah menjadi zikir harian dalam hidupnya.
Kalau orang tanya,kenapa tak tegur dia?Jawapanku,sudah lebih seratus kali aku menegur sikapnya,namun janjinya utk berubah tidak pernah kekal.Dia mudah melenting apabila aku cuba utk menegur sikapnya.Setiap kali aku ingin menegurnya,sedaya upaya aku berusaha untuk mencari ayat yang lembut dan sopan agar dia tak tersinggung.Aku penat kerana selepas kami bergaduh,dia akan memujuk ku dan mengatakan dia sukar untuk mengawal emosinya.Aku juga sentiasa memberi kata2 semangat untuknya berubah. Bukanlah aku tidak sayang kawan sendiri.Aku berusaha mencari pelbagai cara untuk dia mengawal marah.Namun usahaku sia2.Berbuih mulut aku menasihatinya,setiap kali bergaduh,setiap kali itu jugalah aku menasihatinya benda yang sama.Aku sentiasa mendoakannya agar dilembutkan hati dan tidak marah2.Aku juga pernah menyuruhnya untuk melakukan solat sunat,berwudhuk dan beristighfar,namun dia menuduh aku berlagak islamik.Allahu..
Aku pernah ingin tinggalkan dia kerana tidak tahan,namun dia mengugut,jika aku tinggalkan dia,dia akan membongkar segala rahsia dan aibku kepada orang lain.Dia juga mengugut untuk memalukan keluargaku ke orang lain.Hari ke hari,aku berkawan dengan dia,tapi aku berkawan hanya atas dasar paksaan dan tidak ikhlas.
Untuk pengetahuan semua,aku tidak pernah memberitahu kepada sesiapa tentang sikapnya terhadap aku.Aku tidak mahu mengaibkan dia.Tapi kali ini aku betul2 meminta pendapat dan cadangan,apakah yang harus aku lakukan.Aku benar2 buntu dengan sikapnya yang semakin teruk dari hari ke hari seolah olah tiada perubahan..
– Hani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit