Assalamualaikum semua. Okay ni first time aku buat iium confession ni. Kenalkan aku lina (bukan nama sebenar),pelajar perubatan sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Sekarang dah tahun ketiga. Alhamdulillah.
Macam tajuk kat atas tu,kawanku insecure. Obviously aku nk cerita psl kawan aku. Dah tiga tahun aku tahan. Sakit wooo.
Cerita dia macam ni. Aku kenal sorang perempuan ni. Lembut je. Cakap pun ayu je. Siap ber “awak sy” lagi ngan aku. Haha. Lawa lah jugak. Tiap sem tiap tahun tiap exam dapat dean list. Die takpernah fail mana2 exam pun. Lain lah aku ni. Fail tu macam makan kuaci je. Maklumlah hardcore gile kot course ni. (Alasan bukan main).
So tiap kali sebelum exam biasalah kan semua orang struggle nak skor. Let say nama kawan aku ni tipah(bukan nama sebenar). Tipah ni setiap kali sebelum exam dia akan tanya aku study smpai mane dah. Okay standard ah kan tanya macam tu. Mulamula tu aku takkisah sangat.
Tapi lama2 dia macam nak tahu setiap aktiviti yang aku buat dalam bilik. Soalan klise die,bangun pkul berape pg td? Buat ape bangun awal? Tido pkul berape malam tadi?. Setiap hari dia akan tanya soalan ni. Yes setiap hari. Lama lama aku rasa macam asal minah ni sibuk nak tahu setiap apa yang aku buat doo.
Pernah sekali dia masuk bilik aku secara tibatiba. Tak ketuk pintu tak bagi salam apa pun pastu die tengok meja study aku. Dia tenung je. Aku pulak masa tu tngh main fon rehat 5min lps study. Lama jugak la dia tenung meja aku. Dalam 2min macam tu tercegat depan pintu tenung meja aku. Pastu dia pegi kat meja study aku die belekbelek apa yang aku baca. Aku perhati je. Pastu aku tanya kenapa? Dia tengok aku and then senyum. Dia jawab ‘saje je. Hee.’ Pastu die cepat2 keluar tutup pintu.
Satu hari tu,kitorang gi beli makan tengahhari. Then dia tanya. Semalam pukul 3 saya nampak bilik awak cerah je. Awak tido pukul brpe smlm? Buat ape? Study? Then aku niat nak test die. Aku cakap tak. Main phone je. Lepas tu aku nampak die tunduk and senyum. Start tu aku rase pelik dah. Sangat pelik kot. Lepastu dia tanya lagi lepas balik makan ni nak buat apa? Pastu aku cakap ntah tido kot. Haha mase ni aku macam geram ngan dia sampai aku cakap tido. Sedangkan minggu depan dah final kot. Lepastu dia senyap.
Hari seterusnya,aku duk study dalam bilik. Pastu ada orang ketuk pintu. Si tipah ni lah sape lagi kan. Eh pandai pulak kali ni nak ketuk pintu. Grr. Die masuk bilik aku terus duduk kat katil aku. Dia tanya aku buat apa?. Memang jelas lagi nyata lah buku berselerak atas meja aku pegang pen lagi dia nak tanya buat apa. Lepastu dia duduk je kat atas katil aku. Aku pulak tak best ah. Xkan nak buat bodoh je die kat situ. So aku stop study teman dia borak jap. Masalahnya dia start masuk bilik aku pukul 9malam. Kitorang borak sampai pukul 12. Habis burn waktu study aku. Bile pukul 12 terus dia ckp eh takpelah study lah dulu. Saya nak tido. Aku macam ok lah dia nak hilangkan bosan je kot tadi. Pastu aku sambung study sampai pukul 3 macam tu. Masa nak off lampu bilik aku,aku nampak bilik die terang benderang lagi. Lupe nak cakap bilik dia sebelah bilik aku je. I was like what? Tadi ckp nak tido. Tak kisah la dia nak study pun kan tapi perlu ke cakap nak tido pastu pergi study? Apa masalah die sebenarnya ni? Oh untuk yang otak udang nak cakap ‘maybe dia tido tak tutup lampu’. No dia jenis tak boleh tido kalau ada cahaya.
Itu saja cerita aku. Sampai sekarang aku terfikir kenapa dia nak insecure dngn aku. Dia bijak tahap dewa dah kot. Habis je lecture dia dah boleh explain balik semua lecture td. Memang completely bijak. Tapi memang nampak sangat ah dia nak compete ngan aku. Weyy aku fail berpuluh kali kot nak capai tahun tiga ni. Dia tak pernah fail even sekali pun. Aku dah lama tahan benda ni. And yang aku perasan dia buat perangai pelik ni dekat aku je. Maybe sebab aku duk sebelah bilik dia? Hm idk.
Itu sajalah luahan hati aku. Kalau siapa2 ada cadangan tolong lah bagitahu aku. Aku betul2 buntu. Aku dah pernah ckp dngn dia xyh lah tanya aku buat apa tiap hari. Aku pemalas orang nya. Tapi still dia tak percaya.
– Lina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit