Kaya Dengan Program Waqaf Al-Quran

Assalammu’alaikum. Aku Rosa bukan nama sebenar. Sebenarnya aku serba salah nak confess tentang ni. Tapi disebabkan aku tahu ramai yang nak merebut pahala waqaf Al Quran, so aku rasa ini tanggungjawab aku untuk cerita kepada orang ramai..

Haritu aku pergi bank (sekitar Selangor) & aku tengok ada perempuan promote Program Waqaf Al Quran. Aku pun singgah & cadang nak join.

Tapi terperanjat aku bila dia terangkan yang Quran dia tu harga RM650/ sebuah. Tapi kalau join haritu, akan dapat less iaitu lebih kurang RM350/ sebuah.

Bila aku tanya kenapa mahal sangat? Katanya mahal sebab setiap helaian kertas, diaorang guna pokok jenis yang sama mcm Nabi Muhammad S A.W pakai.

Pokok ape tu aku lupa. Tak guna kertas biasa. Which is aku rasa macam, erm betul ke? Sebab nampak macam kertas biasa saja..

Lepas tu dia cakap, Quran dia ikut Rasm Uthmani, ade terjermahan, ada hukum tajwid siap-siap. So aku pikir, eh dekat kedai buku RM80/ sebuah.

Dekat Shopee Quran yang lebih kurang macam ni baru dalam RM60. Aku ada beli. Ada shop yang bawah RM60 pun ada. Kenapa mahal sangat sampai RM 600++? Selepas offer pun still mahal sebab RM 350++.

Dia cakap memang aku takkan jumpa Quran ni dekat tempat lain. Memang aku cari tak jumpa sebab maybe diaorang rebrand kulit Quran tu dekat kilang.

So Quran tu brand syarikat diaorang. Tapi isi kandungan dia almost sama dengan Quran yang ada jual dekat Shopee yang harga murah tapi premium! haha. Macam produk timbang kilo gitu..

Dan baru-baru ni, aku ada terbaca status seorang peniaga online ni. Katanya staff dia berjaya dapat hampir RM5k komisen sebulan walau baru kerja & target dia lepas ni seorang staff akan dapat komisen 5 angka sebulan. Aku pun stalk, business apa dia buat.

Last- last aku tau rupanya dia promote business Waqaf Al Quran & program diaorang ni macam nak sama dengan program yang aku jumpa dekat bank tu. Yang mana Quran diaorang ni harga asal RM600++, lepas diskaun jadi RM350/ sebuah macam tu.

Aku fikir patutlah masyuk staff dia sebab kalau Shopee boleh jual RM60/ sebuah, maybe diaorang yang deal kilang dapat harga bawah RM50 agaknya. Kalau staff untung ribu-ribu, dia pulak untung berapa? Takkan dia nak tengok saja staff untung.

Tapi aku tak cakap peniaga yang buat ni salah atau menunggang atau apa. Maybe Quran dia memang betul-betul premium.

Maybe ade keistimewaan lain yang aku tak perasan. Dan maybe tak salah harga mahal sebab ada akad pembelian dengan pewakaf. Pewakaf setuju beli Quran tu.

Maybe ada orang tak kisah untuk spend RM 350/ sebuah Al Quran untuk waqaf. Tapi maybe ada yang tak perasan harganya mahal sebab tak baca betul-betul atau join ikut ‘bahagian’..

Tapi bagi aku yang kalau boleh nak pahala banyak-banyak, aku rasa tak berbaloi bayar RM350 untuk waqaf sebuah Al- Quran. Sebab aku boleh beli 5-11 buah Al Quran Premium di Shopee dengan harga RM350 – RM650 tu.

Cuma aku nak remind, if nampak program waqaf Al Quran, korang baca/ tanya betul-betul. 1 buah Al Quran akad harga berapa untuk program waqaf ni?

Sebab banyak program taja Al Quran dia ikut bahagian. Ada 1 bahagian RM20, RM30. Yang RM350 ni pun tak silap aku ada jugak ikut bahagian. Lebih kurang RM 20/ bahagian.

Tapi rugilah sebab 1 Quran tu share dengan 17 orang. Baik korang beli Quran di Shopee, sedekah saja dekat tahfiz, rumah anak yatim, pusat gadis terlanjur, sekolah agama, tempat belajar mengaji atau korang post saja dekat group daerah korang.

Kalau post dekat group, berdesup orang komen sebab masih ramai yang belum ada Quran Premium yang sekali tajwid & terjermahan camni.

Ramai yang masih tak ada Quran/ hanya ada Quran biasa tanpa tajwid & terjermahan. Dengan RM350 tu korang boleh beli 5 buah Al Quran yang kualiti premium di Shopee.

Tapi kalau korang style malas nak cari penerima, just nak bank in saja. Maybe korang boleh join program Waqaf Al Quran under Iman Care ke, Azhar Care ke. Macam Azhar Care banyak hantar ke Africa,Kemboja.

Quran dia pun still reasonable bagi aku sebab harga RM50/ sebuah macamtu walau hantar ke Africa. haha. Ada bukti bergambar yang memang diaorang pergi Afrika hantar Quran.

Aku harap takde yang buat spekulasi, tuduh orang ni atau orang tu base on confession aku ni.

Aku bukan niat nak fitnah atau tutup periuk nasi atau ape. Cuma aku nak kita buka mata untuk jadi lebih bijak dalam spend money & mencari pahala. Pulak tu di zaman Covid ni.

Kita nak mencari pahala tapi biar spend ke tempat yang betul. Maafkan aku kalau ada tersilap info atau apa. Cuma nasihat aku if nak join2 ape charity, kena baca & tengok aktiviti diaorang betul2 di facebook page diaorang..

Sekian terima kasih. Assalammu’alaikum..

– Rosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *