Kaya Dengan Waqaf Al-Quran II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kaya-dengan-program-waqaf-al-quran/).

Assalammua’laikum, aku Rosa bukan nama sebenar. 2 hari lepas aku ada confess tentang Kaya Dengan Program Wakaf Al Quran.

Aku tak tahu samada perlu atau tidak aku dedahkan lagi tapi aku rasa orang ramai perlu berwaspada.. Dan aku tak suka orang jual agama dengan program agama sebegini.

Mungkin kalau JUAL Al Quran RM350/ senaskah kurang laku. So gunakan Program Waqaf sebab ramai yang akan tutup mata & join sebab nak dapat pahala.

Ingat tak peniaga online yang aku cakap tu?

Sebenarnya beliau adalah influencer yang collect dana orang ramai untuk aktiviti kebajikan & program- program waqaf. Disamping aktif dengan aktiviti kebajikan, beliau juga ada bisnes. Salah satunya inilah.

Beliau sedang jv bersama seorang Pemilik Syarikat/ pemilik Pertubuhan yang menjalankan Program Waqaf Al Quran yang mana apabila aku check di website, memang program Waqaf Al Quran diorang ni berharga RM 350/ senaskhah (Harga Asal RM599).

Dan yang lagi sedih pemilik syarikat Al Quran tersebut menggunakan nama pertubuhan, nama Al Quran, nama Waqaf & pelajar tahfiz. Erm…

Pemilik syarikat Waqaf Al Quran yang juga rakan bisnes influencer itu pun pakai kereta mewah, tunjuk kereta mewah & lifestyle mewah.

Tapi aku malas nak tuduh kemewahan beliau dari program waqaf ni semata-mata sebab beliau juga ada bisnes lain seperti jual produk kering, jual Al Quran & jual buku agama.

Oh ye, team diorang ni memang ada staff online dan offline. Aku tak tahu yang duk depan bank, pergi sekolah semua tu staff offline diorang ni atau tak.

Tapi kalau iklan di fb, iklan Waqaf Al Quran under syarikat diorang ni bersepah iklan. Macam- macam iklan. Harga asal RM599 (promosi RM350). Staff online yang buat marketing.

Influencer tu sendiri yang cakap yang team  mereka berjaya raih total sales 6 angka sebulan. Perh!

Aku tak pasti samada ini sales dari Al Quran semata atau produk lain tapi kalau tengok kepada teknik gerila mereka macam hardcore promote Program Waqaf Al Quran.

Ada komen yang aku baca, kalau nak sedekah sedekah jelah. Buat apa berkira..

Tuan/puan, ini bukan berkaitan sedekah 1-2 ringgit. Mereka tak nak terima sedekah 10 ringgit 15 ringgit.. Aku sempat bayar RM50, budak perempuan dekat bank tu tuntut baki RM300 lagi.. Bayar ansuran pun boleh.. haha.

Projek Waqaf tak sama dengan sedekah biasa kerana waqaf ini pahalanya berterusan apabila barang yang diwakafkan tu digunapakai.

Contohnya Waqaf Al Quran. Setiap kali orang baca kalimatnya, kita juga akan dapat pahala. Kalau Al-Quran kita ada tafsir sekali, pahala kita juga akan berganda.

Sekarang mungkin kita tak nampak tetapi bila di dalam kubur nanti di saat kita memang perlukan pahala untuk lepaskan diri dari seksa kubur, amal jariah seperti waqaf/ ilmu yang diajar inilah yang akan membantu kita.

Sebab itu penting kita melakukan Waqaf  disamping sedekah seperti makanan.

Waqaf memang pilihan yang bijak sebab pahala yang berterusan selagi di manfaatkan. Tapi sedekah yang paling baik adalah makanan & minuman.

Itu belum lagi kalau dengan Al Quran tersebut penerima mengajarkan kepada orang lain. MultiLevel pahala & berterusan.

Sebab tu aku cakap dengan RM350 tu kita boleh beli banyak Al Quran untuk disedekahkan kepada orang lain.

Lagi banyak Al Quran di waqafkan, lagi banyaklah investment akhirat kita. Bila mati kita hanya bawa 3 perkara di dalam kubur iaitu Amal Jariah/ Waqaf, doa anak soleh & ilmu yang di ajarkan.

Ada komen yang aku baca, sebenarnya harga RM30 sahaja kalau pergi kilang di Putrajaya. Bermaksud memang untung besarlah kepada syarikat atau pertubuhan ni kalau jual RM350-RM650/ senaskhah.

Tuan/ puan, Quran mereka sama dengan Quran premium di Shopee yang ada tajwid, tafsir, waqaf & ibtida.. Aku beli Quran macam tu RM60 sahaja, saiz besar dan ada pengesahan KDN.

Kulit Al Quran keras & kertas berkualiti. Seller di Shopee itupun kedai buku juga. Bukan pusat charity. Bermaksud dengan jual RM60, kedai dia masih ada untung. Kalau jual RM350-650, berapa pulak untung?

Ada jugak pertubuhan lain yang buat Program Waqaf Al  Quran dengan menggunakan Quran Premium macamni. Tapi senaskhah hanya RM60-80 sahaja untuk Program Waqaf.

Maksudnya keuntungan mereka masih reasonable berbanding RM350-650/ senaskhah seperti syarikat X ni. Mana tak kaya raya owner!

Buat masa sekarang untuk sedekah aku hanya aktif menderma di Syria Care, Aman Palestin, MyFundAction, ImanCare, Azhar Care, Peduli Insan, Cinta Gaza,Yayasan Amal, Serantau Muslim, Muszleem & direct pusat tahfiz sahaja untuk program bina bangunan.

Sebab pertubuhan di atas nampak agak telus. Contohnya kalau kita nak derma untuk tabung yatim, kita remark Tabung Yatim/ bayar di link Tabung Yatim.

Untuk Musim Sejuk, remark atau bayar di link Musim Sejuk. Nak sedekah roti, masuk kempen Sedekah Roti. Mereka create kempen.

Contohnya Aman Palestin, aku tengok program diorang sampai kepada orang yang betul- betul iaitu mangsa perang.

Aku nak rebut pahala orang yang mati syahid memandangkan kebanyakan penerima infaq adalah balu, anak & ibu bapa mereka-mereka yang mati syahid.

Seperti yang kita tahu, orang mati syahid boleh bawa 70 orang keluarga mereka masuk syurga tanpa hisab. (Maaf jika silap). Mana tau ada di antara mereka yang berterima kasih kepada aku sebab tolong sara keluarga mereka setelah mereka syahid. .

Dan ramai yang masuk syurga tanpa hisab adalah golongan yang miskin & diuji berat di dunia. Tak mustahil mangsa perang inilah golongan yang mudah dikurniakan syurga tanpa hisab.

(Merujuk kepada ceramah ustaz). Mungkin asbab infaq/ tajaan aku, di akhirat kelak, aku boleh minta pertolongan syafaat dari mereka ini untuk mudahkan aku ke syurga kerana kita memang dibolehkan meminta syafaat dari orang lain selain Nabi Muhammad S.A.W di Mahsyar kelak.

Aman Palestin ada program Kafalah Yatim iaitu menaja secara bulanan RM100 sebulan kepada anak yatim/ ibu tunggal yang mana keluarga mereka syahid dalam peperangan. Kalau tak nak bagi RM100 pun boleh taja seikhlas hati.

Dan Aman Palestin memang diaudit tahunan & aku tak nampak pulak ceo nya berniaga program – program Islamic.

Dan mereka juga banyak program Waqaf seperti waqaf Sekolah Malaysia, hospital mental, masjid dll. Yang mana aku tengok program waqaf mereka ni harga takdelah pelik sangat.

Syria Care pula aku nampak pun telus. Sebab baru- baru ni diorg ada buka waqaf lot rumah pelarian di Syria.

Bayangkan 1 buah rumah hanya RM7,590.00 sahaja guyss! Kalau Syria Care tak jujur, aku rasa diorang boleh markup kaw kaw dah harga rumah tu. Dari RM 7,590.00 jadi RM75ribu, haha.

Tengok Waqaf Al-Quran sudah, dari harga RM30, markup jadi RM350-RM650.. 11 naskhah Al Quran = sama dengan harga 1 buah rumah pelarian di Syria.. haha.. Dekat sini kita boleh tengok perbezaan pertubuhan yang main duit dan yang tak main duit.

Mesti ramai yang cakap jangan derma ke luar negara sebab sedekah tak sampai. Sebab dulu kan ada isu pentadbir Masjidil Aqsa cakap mereka tak terima dana kerana dana seolah diseleweng.

Guys, pertubuhan- pertubuhan macam Aman Palestin ni dia tak bagi duit kepada Masjid Al Aqsa. Dia orang terus salur kepada rakyat.

Bagi bantuan makanan, perubatan, bina sekolah, bina masjid dll terus ke penempatan penduduk. Pertubuhan- pertubuhan ni nak pastikan duit derma memang dimanfaat kepada orang sepatutnya.

Kalau bagi kepada pentadbir masjid, dikhuatiri ada manipulasi oleh pihak Israel atau dana tak sampai pun kepada rakyat. Masjidil Aqsa masih dikawal Israel. Ramai yang salah faham benda ni hingga tak nak derma ke luar negara.

Tentang waqaf Al Quran, ada yang aku beli sendiri dan cari penerima. Ini sangat happy & puas hati sebab penerima tu memang nakkan Al Quran. Aku tak hantar ke masjid sebab dekat masjid banyak Quran yang tak dibaca. Korang boleh cari penerima dengan post di group.

Tapi aku syor beli Quran ada TAFSIR sekali supaya Quran tu lebih KEKAL dengan penerima. Kalau Quran tiada tafsir, takut diorang akan cari Quran yang ada tafsir selepas tu. So dah rugi kalau Quran tanpa tafsir tu dah tak digunakan lagi oleh penerima waqaf.

Kalau Waqaf melalui pertubuhan, aku join melalui Yayasan Amal Malaysia (bawah RM50/ senaskhah),  Al Azhar Care (RM50/ senaskhah) & a few pertubuhan yang harganya reasonable (bawah RM80/ senaskhah).

Jangan salah faham. Aku bukan nak korang stop menderma di Malaysia. Demi Allah bukan! Cuma aku nak korang menderma ke tempat yang betul. Tengok fb pengutip derma tu apa aktiviti / bisnes diorang selain mengutip dana awam.

Kalau boleh janganlah pengutip derma itupun menjalankan bisnes yang manipulasi agama sebab risau timbul ketidakjujuran di dalam kegunaan dana awam.

Aku harap takde orang yang spekulasi/ fitnah sesiapa. Kalau rasa tahu siapa orang tu harap diam- diam &  takde komen di komen. Aku pun takde cerita benda ni dekat sesiapa walaupun suami aku sendiri.

Aku bimbang bila korang komen akan jadi fitnah & aku risau post aku ni jadi punca fitnah. Aku pun berbelah bagi nak confess ni. Tapi aku tak suka tengok orang gunakan agama & lebih ramai orang dipergunakan. Sangat tak bagus untuk agama kita.

Dan janganlah tuduh menuduh tanpa selidik sebab aku cerita ni just untuk korang berhati2 & jangan terlalu mengagung2 kan manusia.

Nasihat aku, sebelum korang AKTIF menderma di sesuatu tempat kaji dulu aktiviti penganjur tu. Risau tanpa ketelusan, duit derma di guna untuk kepentingan syarikat sebab pengutip derma ada jalankan bisnes yang agak ‘fishy’.

Dan jikalau ada yang aktif menderma di ‘situ’, mungkin anda semua boleh PM INBOX influencer tersebut untuk tanyakan ke mana duit korang digunakan. Dan adakah duit derma diguna untuk masuk ke program Waqaf Al Quran harga tak masuk akal yang beliau sedang jalankan.

Aku harap pendedahan ni bukan bertujuan membuka aib sebab aku sangat risau kalau membuka aib orang. Cuma aku nak korang yang suka bersedekah lebih selidik kepada siapa duit yang anda sedekah.

Tanya pada hati siapa yang anda nak sangat dapat manfaat duit hasil titik peluh kerja anda. Dan tengok dulu keluarga sekeliling sebelum sedekah kepada orang lain.

Sekian, Assalammua’laikum.

– Rosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *