Kaya Dunia Tak Ingin, Akhirat Jauh Sekali

Cerita yang aku sampaikan ni bukan nak buka aib memandangkan kat sini takda siapa kenal aku dan ni platform yang sangat pantas untuk dapatkan nasihat yang matang dan bijak dari para pembaca semua.

Aku ada seorang kakak, anak sulung dari 5 beradik. Umur nak dekat 40-an da. Kakakku ada 3 orang anak (7, 5, 2 tahun) dan sudah 2 kali berkahwin.

Anak pertama jadi hasil terlanjur dengan suami pertama dan sebab terlanjur maka kahwin la kakak. Berkahwin tak sampai setahun bercerai masa anak kakak masih 3 bulan. Punca suaminya selalu berlaku kasar dan kedekut dalam nafkah zahir.

Setahun lebih macam tu kakak menjanda, dia terlanjur lagi dengan suami keduanya yang sekarang ni. So nak tak nak dikahwinkan lagi la kakak.

Dua2 perkahwinannya kami semua tak restu termasuk ayah kami. Tapi ayah still jadi wali walaupun hati takmau. Hanya ibu yang memberi restu walaupun tak rela sebab hati ibu sangat lembut.

Tapi kami still layan dia dan suami macam biasa la sebab nak buat apa benda da jadi. Ibu la yang banyak berlembut hati sebab tu naik lemak kakak jadinya. Kedua2 suami kakak warga asing ya jadi semua anak2 kakak ada surat lahir tanpa ada maklumat ayah mereka.

Suami kedua agak ok dari yang pertama tapi malas kerja kalau kerja pun duit gaji macam tak nampak sebab dia ambil barang terlarang (BATU. Rasanya orang SM taktau kot batu ni. Batu popular di kalangan Sabahan. Versi murah dari Dadah kot) sekarang suaminya tu dalam penjara sebab benda terlarang ni la.

Sepanjang kakak berkahwin dorang anak beranak memang tinggal kat rumah parents kami. Sudahnya kakak kahwin dengan suami tak guna mestilah dia takda duit kan nak menghidupkan anak2nya tu jadi parents kami la yang memberi nafkah.

Parents kami tak kerja ya. Dapat duit dari kami anaknya yang lain. Ibuku pula diusianya yang sangat senja masih bertungkus lumus bangun awal pagi untuk membuat kuih untuk dijual. Dari situ la sumber kewangan parentsku.

Kakakku? Macam tajuk di atas, dunia akhirat dia tak hendak. Dia pun malas nak fokus cari duit. Dia bekerja di kilang udang dengan gaji yang kadang paling banyak boleh dapat RM15 itupun sangat jarang kadang sehari dapat RM5.

Alasannya berkerja di kilang dan takmau kerja tempat lain sebab senang cuti kalau ada urusan sekolah anaknya ataupun urusan lain.

Tapi sebenarnya dia kerja tu sekadar untuk lepaskan diri dari menjaga anaknya yang super nakal tu. Jadi anak2nya parentsku la yang menjaganya. Duit gajinya tak pernah nampak ya. Jadi nak menghulur sama parents yang menjaga anaknya tu memang tidak la jawabnya.

Bukan saja malas cari duit untuk kehidupan yang senang. Sebab dalam pikirannya apa susah ada juga ibubapaku yang menafkahiku. Buat kerja nak tolong2 kat rumah tu pun dia takmau.

Balik kerja mandi kadang tak mandi terus masuk bilik sebab penat kerja. Kerja yang tak pernah nampak gaji tu. Anak2nya dia tak kisah sudah makan atau belum sebab dalam otaknya ada ibu yang boleh urus.

Kalau aku balik ke rumah parentsku lagi bila cuti, memang hanya bergaduh dengan kakak. Kami memang tak sekepala bagai anjing dan kucing. Sebab aku sejenis yang pembersih.

So kalau aku balik memang benda utama aku buat membersihkan rumah parentsku yang mcm kapal pecah tu. Memang kakak pun aku akan suruh buat benda yang sama. Tapi sebab dia malas dan akhirnya kami bergaduh.

Aku pantang kalau tengok parentsku jaga anak2nya tapi dia sedap tidur di bilik. Aku pantang kalau aku beli barang dapur, aku penat masak tapi dia sedap2 makan lepastu taknak bantu buat kerja rumah.

Aku yang ikhlas buat jadi tak ikhlas semuanya. Ibu da banyak kali masuk wad sebab penat dan banyak masalah kesihatan. So sebolehnya aku taknak ibu buat kerja rumah tapi disebabkan kakak tinggal serumah dengan ibu jadi ibu terpaksa buat semua tu.

Aku suri rumah jadi kalau balik kerumah ibu bukan sehari dua tapi sebulan dua kadang setengah tahun. So sepanjang aku balik memang akan jadi neraka buat kakak. Tiap hari kmi akan bergaduh sebab aku akan main lepas semuanya apa yang tak puas hati.

Anaknya buat nakal tapi dia sedap tidur memang air la jawapan untuk aku bangunkan dia. Dia di bilik tapi anaknya buat sepah, memang sampah hasil sepah anaknya tu akan masuk di biliknya.

Bertapa aku berdosa juga dengan anak2 buahku sebab aku pun akan pukul dorang marah habis2 kalau dorang nakal yang susahkan parentsku tapi kakak buat tak kisah.

Banyak kali kami adik beradik suarakan pendapat suruh parents kami untuk halau kakak dan suaminya dari rumah untuk menyewa rumah lain. Supaya dorang suami isteri ada rasa tanggungjawab untuk anak2 dorang.

Pernah kakak menyewa di luar mungkin dalam setengah tahun tapi rumah sewa dorang terbakar dan balik lagi kerumah parents kami.

Kami suruh cari rumah sewa lagi tapi parentsku cakap kesian anak2 kakak sebab semasa dorang tinggal di luar, Anaknya macam bukan rupa manusia sudah dengan tak mandi lapar tak makan. Hati parents ku tak sanggup jadinya. Jadi sampai sekarang la parentsku tanggung biawak hidup tu.

Kadang aku rasa kakak jadi macam tu sebab salah parentsku terlalu lembut hati dan bagi muka dengan kakak. Kalau aku balik lagi ke rumahku, memang bahagia la lagi kakak sebab tiada orang yang akan marah dia lagi.

Aku memang tak boleh untuk ulang alik ke rumah parentsku sebab jarak rumah kami jauh mau 10 jam untuk sampai. Sebab tu aku kalau balik ke rumah parentsku aku akan stay lama.

Tapi sekarang macam mustahil sebab anakku da bersekolah so balik pun hanya sekejap. Jadi berbahgia la kakakku tiada sudah aku yang akan mengganggu hidupnya.

Aku kesian dengan kakakku. Tapi makin di kesiankan makin naik kepalanya. Dulu masa di menyewa rumah, selalu aku bersedekah padanya. Sebab maklum dia orang susah. Tapi dia balik lagi ke rumah parentsku jadi hilang rasaku untuk bersedekah sama kakak.

Kadang aku rasa berdosa sebab kurang ajar padanya sebab aku adik. Banyak menasihatiku jangan terlalu kasar sama kakak sebab itu kakakku dan apa2 pun dia tetap darah dagingku. Air dicincang takkan putus. Tapi ntah lah aku ego disebabkan sikap kakak sendiri.

Tak kisah dia tak boleh membantu kewangan, setidaknya bantu tenaga. Tahu diri. Ini tidak selalu bodoh sombong. Bantu kewangan tak mampu, bantu tenaga jauhhhh sekali.

Lain lagi dengan sikapnya suka menjerit. Marah anaknya menjerit. Malu kami dengan jiran2. Siapa tak kenal dengan kakak orang yang suka menjerit tu.

Rasanya apa la yang boleh kami lakukan sama kakak ni untuk dia berubah. Ingatkan suaminya da masuk penjara terbuka la hatinya untuk berubah. Terbuka la pikirannya untuk bertaubat dengan dosa yang dia buat.

Tapi tidak makin jadi gila dia sebab sedih suami takda masuk penjara. Kesian anak2nya jadi tempat lepaskan gilanya tu

– Adik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Inilah spesis yang patut child free. Kakak dan suami2nya tak patut membiak. Ostaz ostajah kena betulkan tanggapan bodoh anak tu pembawa rezeki masuk tanpa usaha. Org melayu kena faham dan didik masyarakat untuk hasilkan generasi terjaga sempurna, bukan buat anak biawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *