Kaya tak semestinya bahagia

Salam semua.Thanks admin kalau approve confession ni.Nama aku emilyn adlin.orang panggil ed je.Aku dilahirkan dan dibesarkan di Cheshire,UK.Aku ada sorang abang.Haziq nama dia.Ya,family aku berada.Family aku ada company yg diwariskan secara turun temurun.Tak,ni bukan kisah cinta ceo macam tv3 tu.Jadi orang berada di takdelah best dan kehidupan perfect macam tu pun.Tipu je semua tu

Aku membesar di UK sampai aku 16 tahun.Sekarang aku dah 22.Dah 6 tahun aku balik Malaysia.Aku dulu sangatlah liar.Parents busy memanjang.Aku terpengaruh dengan kawan kawan.Umur 12 dah pergi party berhibur kiss bagai.Yelah orang eropah kan “matang”.Parents aku tak kisah asalkan tak ganggu diorang.Umur 16 ialah umur kemuncak.Memang liar gila setiap malam keluar.Sekolah pun ponteng macam tu je.Ikut boyfriend pergi trip tu biasa.Boyfriend aku time tu dah 20.Aku hampir terlanjur sebab mabuk masa tu.Boyfriend aku yg bagi aku minum air setan tu.Pegang sesama sendiri tu benda biasa.Ya Allah,jahilnya aku masa tu.Parents aku decide nak balik Malaysia sebab nak teruskan company kat sini pulak.Aku memberontak teruk.Ya la,kena tinggal boyfriend semua kan

Dah balik Malaysia pun aku masih liar.Cuma tak boleh clubbing sebab bawah umur.Pakaian aku memang mengucap panjang la kalau tengok.Aku selalu complain sebab sini panas.Semua mula berubah lepas aku masuk universiti.Aku mula tak selesa sebab orang pandang aku semacam.Berlagak mat saleh la katakan.Sampai la ada sorang permpuan ni,Alia nama dia.Dia ni la orang first kawan dgn aku sebab masa tu semua orang taknak kawan dgn aku.

Alia ni yg nasihatkan aku supaya aku berubah.Mula mula tu aku menyampah la jugak dia ni sebab dia ni dari keluarga susah.Aku pandang sebelah mata je time tu.Tapi dah lama tu baru aku sedar dia ni kawan aku yg sebenar.Walaupun aku buat macam macam kat dia supaya dia pergi jauh dari aku,dia tetap ada.Aku mula berubah sikit sikit.Dah takde pakaian seksi.Aku mula cuba pakai tudung.Aku kerap bawak Alia ni balik rumah jugak.Dia ada ajar aku baca al-Qur’an.Aku dah tak pergi tempat tempat lagha.Mama aku tak kisah mula mula tu.Lepastu dia nampak aku berubah.

Dia cakap dgn papa yg alia hasut aku jadi macam ni.Aku bagitahu diorang yg alia yg tolong aku berubah.Diorang anggap perubahan aku ni negatif.Diorang marah bila nampak aku solat dgn baca Al-Qur’an.Abang aku pun dah tak cakap dgn aku padahal aku memang manja gila dgn dia.Satu malam tu abg aku bawak balik perempuan.Sejahat-jahat abang aku,dia tak pernah bawak balik perempuan.Aku bertengkar dgn dia sebab dia nak bawa masuk perempuan tu dalam bilik dia.Aku cuba halang tapi aku tak sengaja tertolak dia jatuh tangga.Perempuan tu lari.Aku bawa abg aku pergi hospital.Patah kaki rupanya.

Sebab kejadian tu,parents aku marah sangat dengan aku.Masa diorang sampai hospital tu,papaaku maki aku depan ward abang aku tu.Dia cakap aku ni tak guna dan macam macam lagi perkataan buruk.Diorang cakap kalau aku masih pakai tudung solat semua,aku bukan anak diorang lagi.Masa tu jugak papa aku tarik tudung aku buang dalam tong sampah.Aku memang sedih tak terkata weh.Aku balik rumah buat macam biasa.Pagi esok tu mama aku siram air kat aku.Dia jerit suruh aku berambus.Dia baling semua baju aku kat luar gate rumah.Aku sempat ambik purse aku.Ada la dalam RM1000.Aku merayu taknak keluar.Mama aku cakap aku anak derhaka.Aku buntu.Aku call Alia,dia yg tolong aku.

Walaupun dia susah,dia bawak aku balik rumah dia.Alhamdulillah,mak dia terima aku.Kad bank dengan credit card aku semua kena block.Nasib baik yuran pengajian aku dah habis bayar.Aku teruskan belajar macam biasa.Abang aku ada jugak jumpa aku senyap senyap sebab parents aku tak bagi dia jumpa aku.Dia minta maaf dgn apa yg berlaku malam tu.Dia cakap ni semua salah dia.Dia cuba pujuk parents aku tapi parents aku benci aku sebab aku dah berubah.

Aku ada pergi rumah lama aku tapi diorang dah pindah.Aku ada dengar yang papa aku dah bankrap.Cawangan kat UK pulak dah kena seleweng dgn org kepercayaan papa.Entahlah.Habis je aku dapat ijazah,aku kena kerja.Aku dah takde duit nak sambung belajar.Sekarang aku kerja part time as guru bahasa inggeris dan business online.Alhamdulillah,mampu untuk tampung diri ni dan bagi sikit duit kat mak Alia.Alia ada abang jadi sepanjang masa aku kena pakai tudung dalam rumah dia.Dah 7 bulan aku tinggal dgn dia.Abang dia tahu semua yg jadi.Mak Alia cadangkan aku kahwin je dgn abang dia.Entahlah,aku tak sedia lagi.Dengan masalah parents lagi.Aku sayang diorang tapi aku tak tahu benda apa nk buat.

Aku tak rindu nak buat maksiat semua tu.Aku menyesal bila fikir balik apa yg aku dah buat.Aku rindu family aku.Aku rindu.Aku harap hidayah sampai kat diorang.Ya,semua bunyi macam rekaan.Tapi tak,benda ni memang jadi.Korang jangan ingat orang berada tu semua bahagia.

– Ed

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit