Keadaan Yang Memaksa

Nama aku Parker (bukan nama sebenar) aku saja pilih nama ni sebab nama Parker merupakan nama watak yang jadi superhero tetapi loser.

Sebelum itu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada admin sebab sudi publishkan confession orang seperti aku yang tersakiti. Aku berumur 35 tahun, semestinya single but not available dan bekerjaya.

Okay… masuk ke cerita hidup aku…

Aku ditakdirkan untuk berhadapan dengan nafsu diri aku yang tak normal. Aku g4y. Benda ni aku perasan seawal umur aku 8-9 tahun lagi.

Macam mana aku boleh yakin aku ni tak betul masa tu? Sebab masa kanak2 lagi aku dah suka tengok orang lelaki mandi dan tinggal spender kemudian nampaklah benjolan mereka.

Maklumlah dulu duduk kat kampung dan mandi beramai2 kat sungai je. Kemudian benda ini semakin jadi lebih teruk apabila aku bersekolah asrama yang mana pergaulan bebas antara lelaki sangat kurang batasnya.

Masa ini kalau nak tengok kawan2 lelaki yang berseluar dalam memang puas lah. Lagi2 lelaki yang kena dengan taste kita. Memang nafsu berkobar-kobarlah jadinya. Jadi tak menentu…

Dulu masa kanak2 aku fikirkan nafsu aku akan menjadi normal bila meningkat dewasa.

Tetapi tidak.

Tapi itu di masa lalu aku kira2 beberapa belas tahun lepas…

Berganjaklah usiaku semakin dewasa. Nafsu aku semakin teruk. Pernah terpalit dengan dosa g4y selama 5 tahun dan telah bertaubat sejak 7 tahun lepas.

Masa berkecimpung dalam dunia g4y itulah masa aku merasakan perasaan disayangi dan menyayangi orang yang kita betul2 cinta. bahagianya, sedapnya, indahnya hanya orang yang pernah bercinta pertama kali yang tahu.

Kalaulah cinta aku dan pasangan aku halal maka akulah manusia di bumi yang paling rasa bahagia masa tu. Tapi apakan daya cinta itu CINTA TERLARANG. Jadi aku bertaubat.

Bertaubat sebab pasangan curang. Hasil daripada perhubungan bodoh aku itu buat aku paham erti sakitnya dikhianati oleh orang yang sangat disayangi.

Terima Kasih Allah kerana beri aku peluang untuk merasakan apa itu cinta antara manusia yang kita sayang dan merasakan apa perasaan dikhianati oleh orang yang dipercayai dan disayangi. Sangat manis dan sangat pahit.

Trauma untuk bercinta sesama jenis…insaf…

Tapi kepahitan hidupku tidak berakhir di sana tapi rasanya baru di fasa permulaan…

Usiaku terus berganjak dewasa, berkerjaya malah mempunyai pengaruh dalam masyarakat dan sering jadi perhatian umum.

Terlalu banyak aktiviti yang aku lakukan semata-mata untuk menyibukan diri agar lupa bahawa aku sedang menghadapi masalah paling besar dalam hidupku dan tiada solusi untuk menyelesaikannya.

Namun badan sudah mula merespon. Dengan usia aku sekarang badan dah tak kuat untuk hadap semuanya. Perasaan dah mula memberontak setiap malam terutamanya ketika hendak tidur.

Tiada siapa bagi perhatian, tiada siapa paham perasaan, keinginan dan masalah aku. Aku lonely dan benda ni buat aku depression. Air mata dah kering dan tak larat nak nangis dah untuk hadap semua ini.

Selalunya aku akan terus ke kebun belakang rumahku sehingga maghrib dan kadang2 aku habiskan masa bersama kawan2 atau game selepas balik dari kerja.

Solat aku tak tinggal tapi jiwa aku kacau. Kadang2 aku persoalkan kenapa Allah pilih aku untuk hadap semua ni. Kenapa harus aku? Apa fungsi manusia g4y ni hidup kat dunia.

Orang2 g4y ni tak boleh sumbangkan populasi pun kepada populasi dunia. Tapi kadang2 aku bersyukur sebab aku yang kena hadap benda bodoh ni dan bukan antara adik beradik aku.

Kesian der kalau adik lelaki atau abang aku yang kena. Benda ni sangat menyakitkan dan mencabar. Buat aku rasa tak nak hidup dan bunuh diri.

Yelah. Lonely… Depression…

Sekarang ni aku tengah dilemma untuk berkahwin. Yelah, family dah bising bila nak kahwin, tinggal aku seorang je lagi tak kahwin daripada 5 orang beradik. Aku pula bukan bongsu.

Sekarang ni aku dah mula berkawan dengan seorang perempuan, setiap masa berwhatsapp dan calling.

Aku rasa korang boleh tahu kot apa perasan aku masa berhubung dengan perempuan ni.

Bosan, tak ada apa yang menarik, merimaskan dan merisaukan bila awek aku bercakap hal rumah tangga. Lagi2 bila dia cakap u nak ada berapa orang anak.

Selain family, saudara mara aku dan kawan2 aku pun kerap bertanya. Bila nak kawin. Dan selalu juga soalan diajukan “parker ni g4y ke?”.

Hampir setiap hari aku jadi bahan gurauan dan diajukan soalan “bila nak kawin” wtf, meh jadi diri aku. Baru kau faham betapa strugglenya aku nak teruskan hidup.

Dan aku yakin kalau aku berkahwin pun adalah semata-mata nak tutup aib aku. Peratusan nak bahagia tu cuma 1.0%. Mungkin nafkah zahir tu okay lah. Tapi batin tu?

Boleh ke kalau setahun sekali je buat hubungan kelamin atau sekali seumur hidup atau tak payah langsung? Emm. Risaulah…

Tak tahulah berapa lama boleh survive kehidupan rumah tangga aku. Setahun dua je kot… kesian perempuan tu jadi mangsa aku kalau berkahwin dengan aku.

Tapi ini semua disebabkan stigma masyarakat yang menjadikan kahwin itu sebagai suatu kewajipan.

Aku rasa persoalan bila seseorang tu nak kahwin dah tak rasionallah zaman sekarang.

Sudah tentu setiap orang ingin berkahwin dan bahagia tapi disebabkan masalah yang kita tak tahu menyebabkan orang tu tak berkahwin. Jadi tolonglah jangan paksa orang lain untuk berkahwin.

Perkahwinan ni automatik bila seseorang tu dah ready.

Lagi satu aku rasa sebab persoalan yang terlampau kerap diajukan pada seseorang itu bila nak kahwin yang menjadikan seseorang terpaksa berkahwin kemudian wujudlah rumah tangga tidak bahagia, bercerai, porak peranda dan lain2.

Lebih-lebih lagi kaum LGBTQ ni. Bila LGBTQ ni berkahwin sudah tentu ini salah satu faktor penyumbang kepada rumah tangga yang tak kekal.

Lagi satu pendapat aku bila kaum g4y ini dipaksa berkahwin dan menghasilkan anak, berkemungkinan besar akan lahir generasi LGBTQ yang baru dan begitulah seterusnya.

Yelah! bukankah kaum LGBT itu mempunyai kelainan hormon dan sperma/ovum itu dipengaruhi oleh rangsangan hormon.

So bila sperma/ovum yang dihasilkan daripada hormon yang pelik dan terhasilkan manusia yang pelik. Ini pendapat aku jer. Dari segi logik lah kot…

So stop push dan beri tekanan orang lain bila nak berkahwin. Soalan tu mungkin bagi you all yang normal adalah soalan baik dan merangsang kepada populasi dunia.

Tapi orang macam aku ni. Soalan itu menyakitkan hati. Kadang2 aku menyumpah serapah dengan orang yang macam ni.

Aku harap keturunan kau nanti akan hadap benda yang aku lalui. Baru kau tahu berapa pahitnya hidup orang macam aku. Haha. Mentang2 bernafsu normal… untunglah…

Hmmm. Bolehkah dan perlukah lelaki macam aku ni kahwin?

Adakah kaum LGBTQ ni berkahwin dan kekal hingga ke akhir hayat?

Apa fungsi kaum LGBTQ ni diciptakan.

Korang rasa kalau LGBTQ ni tak kawin. apa yang perlu kami buat sepanjang hayat? macam mana nak teruskan hidup.

Kepada awek aku. Kalau kita ditakdirkan berkahwin. Aku minta maaf sebab keadaan memaksa… aku adalah lesson kepada awak… sorry…

Insan kelainan nafsu,

– Parker (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *