Assalamualaikum. Tujuan aku tulis confession ni sebab nak jawab persoalan confessor yang bernama iman. Confession yang bertajuk wujudkah keadilan? Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/wujudkah-keadilan/). Aku tak pandai sangat nak tulis ayat2 puitis dan sedap dibaca tapi aku cuba untuk bagi kau faham okay?
Ok soalan kau kenapa Tuhan tak adil? Sebenarnya Tuhan bukan tak adil tapi kau belum nampak keadilan Tuhan tu sebab kau terlalu kecewa. Ye betul kau tengah kecewa tapi kau tak sedar benda tu. Manusia ni bila hati tengah kecewa dia tak sedar dia jadi terlebih sensitif.
Aku tak salahkan kau kalau kau rasa macam tak ada keadilan dalam hidup kau. Sebab benda tu kau je yang rasa. Hati tak boleh nak menipu diri sendiri. Mungkin kau jadi macam tu disebabkan oleh keadaan dan orang2 sekeliling kau yang sentiasa tak berpihak pada kau. So benda tu terjadi berulang2 kali sehingga menyebabkan kau dah fedup dan give up.
Apa yang aku boleh cakap terlalu banyak kekecewaan dan peristiwa yang makan diri kau tanpa kau sedar. Kau pernah tengok cerita joker yang duk viral tu? Ramai orang nak jadi macam dia. Orang baik yang tersakiti end up jadi kejam untuk hapuskan kesakitan tu.
Aku tak cakap kau macam tu. Tapi ramai orang yang develop diri dia untuk jadi sedikit kejam supaya tak tersakiti lagi dan tak dipijak2 lagi. Dan benda tu pakej dengan sakit hati dengan kelebihan orang lain dan mula bandingkan hidup kita dengan hidup orang.
Bagi aku benda tu biasa sebab bila kau bukak ig ke fb ke semua orang sibuk tayang hidup masing2. So bila kita yang tengah frust dengan hidup, sistem dan orang sekeliling lepastu tengok pulak hidup orang so automatik benda tu secara tak langsung sedikit sebanyak akan effect kehidupan kita walaupun tak banyak.
So sekarang ni apa yang perlu kau buat?
1) Time off (time kau tengah down elakkan main hp kalau boleh free kan diri kau dari socmed. Hanya tengok whatsup,mesej dan terima panggilan yang penting2 je. (maybe boleh gantikan dengan main game if minat or any aktiviti yang kau selesa tak pun kau tidur je puas2. Hehe)
2) Stop comparing (berhenti bandingkan hidup kau dengan hidup orang. Sebab kau tak kan tenang. Tapi bandingkan hidup kau yang dulu dengan sekarang. (kalau perlu catat apa yang kesilapan yang kau dah buat dan apa yang perlu kau ubah)
3) Berdamai dengan diri sendiri (kenal pasti punca kemarahan kau dan punca ketidakpuasan hati kau dan kalau boleh fikir cara atasi or nak selesaikan benda tu, jangan paksa diri untuk pura2 kuat kalau perlu nangis, marah diri sendiri ke teruskan jelah tapi jangan sampai memudaratkan diri kau)
4) Terima (kau jangan cuba lupakan apa yang pernah berlaku dalam hidup kau seolah2 benda tu tak pernah berlaku. Tapi jadikan benda tu sebagai pedoman supaya kau tak jatuh ke dalam lubang yang sama.
Then kau kena terima apa yang terjadi dalam hidup kau buruk atau baik sebab itu yang Tuhan nak kau rasa. Kau kena terima benda yang buruk tu memang berlaku mungkin kau tak nampak hikmahnya tapi aku yakin satu hari nanti kau akan nampak dan rasa benda tu)
5) Past is past (apa yang berlaku dalam hidup kau anggap lah benda tu sebagai pengalaman untuk mendewasakan kau walau baik or buruk benda tu yang pasti benda tu dah berlalu kalau kau undur balik masa pun belum tentu kau mampu ubah benda tu jadi lebih baik, belajar memaafkan lebih baik dari belajar melupakan. Tak mungkin kau boleh lupa benda yang dah jadi sejarah hidup kau)
6) Kenali diri (Macam kau cakap kau tak boleh faham fizik walaupun kau dah usaha maybe fizik bukan subjek yang sesuai untuk kau. tapi kawan kau tak usaha pun dapat. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing2.
Tapi silapnya ramai tak tahu dan kenal potensi diri sebabtu lah jadi huru hara macam contoh kau asyik failed math tetiba amek kos akaun sedangkan kau punya subjek hafalan macam sejarah kau selalu dapat A. Faham tak maksud aku?
Maksud aku usaha tak cukup tanpa minat yang mendalam dan tanpa kelebihan diri dalam bidang tersebut. So bagi aku cuba betul2 kenal apa yang kau nak sebenarnya sesuai dengan minat dan kebolehan kau yang sebenar)
7) Muhasabah diri (yang ni paling penting. Kau perlu sentiasa muhasabah diri. Cuba tengok apa kelemahan kau dan kalau perlu cuba tnya orang yang rapat dengan kau macam family ke kawan ke. Apa sikap kau yang diorang tak suka or nak kau ubah.
Kekadang kita tak sedar sikap kita sebenarnya yang buat orang tak suka dan Allah tak suka tapi kita tak sedar sebab takda sapa yang bagitau kita sebabtu lah kita kena sentiasa muhasabah diri supaya Tuhan tunjuk dan bagi hidayah pada kita)
8) Sangka baik (bersangka baik terhadap diri sendiri,terhadap orang sekeliling,terhadap Tuhan. pernah dengar tak Tuhan bagi sesuatu kat kita mengikut sangkaaan kita?
Sangkaan tu means kalau kau mintak yang baik2 or fikir baik2 then yang baik2 tu yang akan datang. Maybe sebab tertangguh apa yang kau nak disebabkan sangkaaan kau yang tak baik tadi atau pun Tuhan nak bagi lebih baik untuk kau tak pun apa yang kau nak tu tak cukup baik bagi kau or mendatangkan keburukan buat kau)
9) Cari ketenangan (Macam2 cara untuk tenangkan diri depends on individu tapi bagi aku tak ada cara yang paling tenang melainkan kembali kepada pencipta macam2 kau boleh buat mengaji ke, dengar ceramah ke, join usrah ke, yang paling penting jaga solat.
Ramai orang yang solat tapi hakikatnya dari segi zahir je tapi dalam hati kosong. Biasanya hanya orang yang tak tenang or ada masalah je akan bersungguh2 doa or komunikasi dengan pencipta sebabtu Tuhan bagi kau ujian. Sebenarnya Dia nak kau mengadu dan dekat dengan Dia)
10) Berserah (Bila kau dah buat segala2 nya tapi kau masih tak jumpa jalan penyelesaian dan kau rasa hidup kau masih tak berubah masa ni lah kau kena berserah. Berserah sepenuhnya kepada Dia. Ingat hidup kau Dia yang tentukan. So apa yang perlu kau risau sedangkan kau tahu perjalanan hidup kau dia dah tetapkan dari Luh Mahfuz lagi)
Akhir kata, jadilah seperti nama kau iman. Seorang yang beriman. Hanya orang yang betul2 beriman sahaja akan tahan apabila diuji. Semoga kau tabah dan tergolong dalam golongan yang beriman.
Yakinlah Tuhan benar2 sayang kan kau sebabtu lah kau diuji. Keadilan tu akn tiba walaupun bukan di dunia tapi di akhirat pasti. Itu janji Tuhan. Jangan takut jangan risau selagi ada Allah di hati, kau akan selamat walaupun seluruh dunia menentang kau. Goodluck!
– Aku yang pernah tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit