Keajaiban Berdoa

Assalamuailakum..

Firstly aku bukanlah seorang penulis yang handal.Last aku tulis karangan berjela-jela pun waktu aku SPM. Walaupun aku seorang cikgu,penulisan aku memang tak sehebat housemate aku..Yelah housemate aku penulis novel kot.. Dan sebenarnya aku malas nak menaip tapi sebabkan hari ni doa aku untuk orang dimakbulkan so aku happy..bila happy aku jadi rajin tetiba nak menaip..haha

Sebenarnya kat sini aku nak bercerita keajaiban berdoa yang aku pernah lalui:

Kisah 1

Waktu aku SPM dulu, aku kerja kat Putrajaya. Dan tempat kerja tu sediakan rumah untuk kitaorang.Ditakdirkan aku duduk dengan seorang kawan aku dan seorang lagi perempuan ini. Kitaorang ada 3 bilik..so seorang akan dapat 1 bilik la kan. Aku namakan perempuan ni sebagai “T” la ye.. Mula-mula aku kenal dia, dia seorang yang heavy smoker.. Tapi benda tu biasa bagi aku sebab aku ada kawan perempuan yang hisap rokok. Tapi T ni lagi dasyhat, dia minum arak dan ambil ganja.. Waktu dia ambil ganja tu,dia hisap depan aku..Time tu ak blur kot sebab aku tak tahu ganja tu macam mana rupanya..Yelah baru lepas SPM kot.. baru dapat tengok dunia luar. So aku cerita la kat kawan aku and dari situ baru aku tahu yang T ni hisap ganja.

Ada 1 hari tu T baru balik dari langkawi, dia bawak balik berbotol2 arak dalam bilik. Siap mabuk lagi dalam bilik dia.. Tapi yang aku respect, even dia minum arak..tak penah pun dia minum kat ruang tamu.Aku terkejut jugak la.. tp time tu aku xdelah terpengaruh nak minum arak..eee..tak koser la teman nk rasa.. Tapiii since aku duduk dengan dia.. dia selalu tengok aku solat.. Dan 1 hari dia minta aku ajarkan dia macam mana nak solat.. korang tahu tak apa perasaan aku..ofcourse la aku happy..walaupun aku bukanlah solat sempurna sangat tapi apa yang ak praktikkan aku ajar dia.. Dia belajar solat.. botol arak dia semua dia buang kat luar.. Cuma part hisap rokok je dia ambil masa.lepas tu kitaorang dah tamat kontrak kerja.. Masing-masing bawa haluan.. tapi korang tahu tak sepanjang aku berkawan dengan dia, aku hampir setiap hari doakan untuk dia.. Aku minta pada ALLAH berikanlah dia hidayah..

Lepas 5 tahun kalau tak silap aku, aku add dia dalam fb.. Korang tahu tak…dia dah berubah..totally jadi muslimah., SubhaALLAH.. Allah makbulkan doa aku 5 tahun yang lepas.. Tengok muka dia, Ya ALLAH sejukkk wehh.. bercahaya.. Bila jumpa dia, dia cakap “ i still ingat sampai bila2 macam mana you ajar i solat dlu”.. dan sekarang dia ditakdirkan dengan lelaki yang soleh dan inshaALLAH anak yang solehah

Kisah ke 2

Kat sekolah aku ni ada seorang cikgu ni.. Dia nak sangat sangat anak perempuan.. Dan aku doa kat ALLAH.. “Ya ALLAH, kau berikan kakak A ni zuriat perempuan”.. lepas beberapa bulan, aku nampak dia happy waktu aku duduk kat kantin. Aku tanya dia kenapa happy sangat.. Rupa-rupanya dia tengah mengandung weh..anak perempuan.. Kau faham tak apa perasaan aku.. Aku happy wehh.. aku rasa macam aku plak yang mengandung.. Aku sebak sebab Allah dengar doa aku..

Kisah ke 3

Waktu aku jadi cikgu ganti, aku berkawan dengan seorang kakak ni.. umur 40 lebih dan masih tak berkahwin.. Aku tanyalah dia macam mana dia hadapi semua ni..Yelah umur 40 dan tak kahwin..aku ni baru 26 thn setiap hari orang tanya bila nak kahwin, balik sekolah je aku nangis bawah bantal sebab stress kena tanya soalan yang tak masuk dalam exam..korang bayangkan pelajar aku dari pagi sampai ke malam pelajar tanya “Cikgu,bila nak kahwin?” hahah..

Waktu nie aku tanya sebab aku nak motivasi dari kakak tu..Maklumlah orang yang nak masuk meminang aku dah masuk meminang orang kampung dia.. Mahu aku tak frust tertonggeng2..wakakakak..Aku tengok dia.. Dia redha.. Dia kena jaga ayah yang sakit dan tua.. Aku tengok dia..aku cuba letakkan aku ditempat dia.. dan aku doa “ Ya ALLAH, kau berikanlah jodoh pada Kakak S, kalau tidak didunia inshaALLAH di akhirat” Yelah.. siapa yang taknak kahwin kan.. Siapa yang minta dicop anak dara tua. Korang tahu tak, tadi aku solat kat masjid negara sebab kebetulan aku ada ceramah kat area situ..Aku terserempak dengan dia.. Aku pelik kenapa dia kat masjid.. ada kelas mengaji ke? Sebab kakak S ni 1 kelas mengaji dengan aku kt masjid negara walaupun 1 kelas mengaji tapi kitaorang jarang jumpa sebab kadang2 aku tak pergi kelas mengaji. Pastu dia cakap dia ambil kursus kahwin..Aku pelik jugak pastu aku tanya dia “akak nak kahwin ek?” Pastu dia cakap inshaALLAH tahun depan.. Korang faham tak sekali lagi apa perasaan aku? Aku nak nangis wehh.. nangis sebab pada usia dia 40 lebih ALLAH bagi dia jodoh dan dalam tempoh tu dia bersabar.. dan aku sebakk.. doa aku untuk dia ALLAH makbulkan..Aku happy gila.. Aku pegang tangan dia.. Aku cakap aku doakan semoga ALLAH mudahkan urusan dia..

Kesimpulannya aku bukan nak cakap aku ni malaikat semua doa aku ALLAH makbul.. Tapi aku nak cakap kita ni bila berdoa kena doa untuk orang lain jugak.. Aku pernah baca kadang-kala apa yang kita minta/doa dan ALLAH makbulkan bukannya datang dari usaha kita sendiri tetapi datang dari doa orang sekeliling kita contohnya mak ayah kita..

Bila korang nampak ada orang susah hati tak dapat zuriat,korang tolong doakan orang tu dipermudahkan dapat zuriat soleh/solehah
Bila korang tengok ada kawan-kawan bujang (macam hakakk) tak bertemu jodoh, korang tolong doakan mereka semua diberikan jodoh yang tepat, dengan orang yang tepat pada waktu yang tepat
Bila korang rasa orang tu dalam kesusahan, korang doakan moga ALLAH segala urusan dorang.
Tak kira apa pun, kita doakan untuk orang sebab setiap kali awak berdoa untuk mereka, dan mereka tak pernah tahu tentang doa awak terhadap mereka.Malaikat akan doakan pula pada awak

Tolong doakan untuk aku. untuk kita. dan untuk semua umat Islam

– Siti Khadijah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit